Friday, October 5, 2012

Kebebasan bersuara? Kencing la beb!!

Baru jer mahkamah putuskan untuk membatalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan hak Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar secara harian adalah salah tafsir yang mana tindakan KDN itu menghalang hak kebebasan untuk bersuara yang mana ianya telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Lebih teruk lagi, pihak KDN langsung tidak mempertimbangkan permohonan Mkini Dotcom Sdn. Bhd, pemilik laman portal Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar harian tanpa sebarang alasan yang boleh di terima akal.

Oleh yang demikian, mahkamah mengarahkan agar permohonan Mkini Dotcom untuk mendapatkan permit penerbitan akhbar dirujuk semula kepada KDN untuk dipertimbangkan secara undang-undang.

Sebalik itu, satu NGO yang pro Umno/BN, Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) dok buat kalut mendesak pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Malaysiakini dan SUARAM konon nya mendapat pembiayaan dana asing.

Kalau dah ada bukti kukuh, dakwa jer terus. tak payah nak main sentimen politik dalam arus media perdana. Berat sungguh tuduhan yang di lemparkan oleh badan NGO ni. Tuduhan bahawa kedua2 NGO terbabit yang tidak pro kepada Umno/BN menjadi proksi kuasa asing untuk memporak perandakan negara hanya masih merupakan tuduhan sebab masih belum terbukti lagi kesahihan nya.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hassan Mad, SUARAM dan Malaysiakini boleh di anggap sebagai pelampau politik yang berniat untuk menghancurkan sistem politik negara dan kewujudan kedua2 entiti ini tidak mempunyai agenda membaiki budaya politik negara.

Wa sebagai rakyat yang mahu tahu perkembangan politik tanahair semasa ingin bertanya kepada SU Agung MPM, apakah budaya yang di terapkan oleh PERKASA dan JATI tu sesuatu yang cukup bertamadun?

Apakah merosakkan  banner, melontar cat dan memecahkan cermin bas itu budaya politik yang mahu di amalkan di negara ini? Hinggakan kini masjid pun sudah menjadi medan untuk menunjuk lagak dalam berpolitik. Apakah itu budaya yang nak diterapkan kepada golongan generasi pelapis.

Henti kan la mengampu membuta tuli. Lihat keadaan semasa dengan mata hati, jangan tengok dengan hawa nafsu. Jangan hanya di janjikan kesenangan duniawi hingga sanggup untuk menjual maruah agama, bangsa dan negara. Kasihanilah anak bangsa kita di masa akan datang. Apakah kita mahu mewariskan kepada mereka segala hutang piutang yang di cipta oleh pemimpin terdahulu. Jangan sampai anak cucu kita kencing atas kubur kita hanya kerana kesilapan kita dalam memilih pemimpin.

p/s : Kalau dah singgah tu klik2 la iklan nuffnang kat atas nun. Boleh jugak dapat sorang sikit habuan. You're my friends kan??

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

2 comments:

  1. S/U MPP Dr. Hassan Mad perlu berfikir secara profesional dan bukan emosional kerana MPP pro kepada UMNO/BN. Kita rakyat marhein ni tahu juga berfikir dan kenal yang mana intan dan yang mana kaca. Cukuplah kerajaan UMNO/BN memperbodohkan rakyat, NGO pula perlu membijaksanakan rakyat........SETUJU KAN?

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...