Sunday, October 28, 2012

Tampal atas tampal..


Tengahari semalam wa sempat la pergi menziarahi sahabat wa dekat Kg Bikam, Sungkai. Dah lama tak jumpa lagipun wa hari ni free tak buat apa2 pun. So tak ada masalah la wa nak lepak sampai ke petang pun.

Wa hantar 'MEM' wa ke rumah mertua di Tapah dulu, lepas tu wa pegi la Sungkai sorang2 sebab Mem wa malas nak ikut. Yang wa nak cerita ni bukan pasal wa melepak or pekena lemang dengan laksa sampai sengkak perut tapi perjalanan wa ke Sungkai mengundang seribu persoalan.


Dari Tapah ke Bidor jalan still cantik la. Banyak jalan baru yang di turap menggambarkan betapa hampirnya pilihanraya. Lepas jer pekan Bidor menghala ke Sungkai, dia punya jalan punya la brutal. Bertampal2 atas tampal wa cakap lu!!!

Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Menurut sumber orang kat situ, maintenance jalan berkenaan tak di jalankan dengan sempurna. Sejak dari awal pembinaan hingga kini jalan berkenaan tak pernah di turap kembali.

Apakah ini ada kaitan dengan politik? Bagi wa ada kemungkinan sebab DUN Sungkai telah menjadi kawasan yang di menangi oleh Pakatan Rakyat PRU 12 yang lepas tetapi DUN Chenderiang dan Air Kuning serta Parlimen Tapah di menangi wakil dari BN. Mungkin peruntukan untuk kawasan di sekat hanya akibat berlainan ideologi politik. Wa tak tuduh cuma wa rasa ada kemungkinan jer.


Lu orang boleh tengok gambar2 bukti betapa teruknya jalan dari Sungkai ke Bidor yang wa snap guna handphone pekak wa. Bergegar, berkocak kepala otak lalu ikut jalan ni. Yang herannya, kemana perginya syarikat yang di lantik untuk menyelia jalan ni? Wa kurang pasti syarikat mana tapi rasanya Syarikat Belati Wangsa. Takkan nak main tampal atas tampal jer. 

Kenapa boleh jadi jalan dari Tapah ke Bidor cukup cantik tapi dari Bidor ke Sungkai macam gampang. Sampai bila masalah ni akan berterusan. Takkan ni contoh ' Rakyat DiDahulukan' mengikut versi PM Najib.

3 comments:

  1. Bro itu normal,datang lah ka kubu kuat AMENO lihat lah lopak di Highway Pasir Gudang,Kota Tinggi dan jadi saya baru lalu Tganu dah lebih lima tahun jalan di kawasan Agil Ulu Tganu ta siap dari zaman Idris lagi

    ReplyDelete
  2. hahahahahah cuba lalu higway segamat kuantan...dari simpang taman yayasan segamat sampai simpang 3 bahau muadzam segamat..berapa banyak tampal..gua hari lalu jalan tu dah naik pitam..memeber wa tegolek tepi jalan gara2 langgar lobang..ada kete member gua sport rim barai..tak caya lu lalu.............

    ReplyDelete
  3. Highway Pantai Timur yang 90% siap pun dah rosak itu belum rasmi di buka,kalau dah rasmi ......Peliknya orang Tganu ta kisah jalan di Agil Ulu Tganu ta siap2 betul punya sabar atau bangang

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...