Tuesday, October 30, 2012

Setiausaha BN ada dokumen penting Pakatan Rakyat?

 Bila dokumen rahsia yang melibatkan strategi dan tektikal Umno/BN dah bocor dan jatuh ke tangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha BN merangkap ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor pun kelam kabut kata bahawa dokumen penting Pakatan pun ada di tangan dia.

Dia memberi amaran kepada Pakatan supaya jangan nak buat bising sebab dia yang ada dokumen Pakatan pun tak bising. Tak cerita pun kat sesapa sebab menanti waktu yang sesuai untuk buat pendedahan.
Huh!! Sudah la wei Tengku Adnan wei yang asal usul mana dapat Tengku tu pun masih menjadi rahsia. Lu kalau nak dedahkan, lu dedah jer la. Cerita yang belum sahih betul hujung pangkalnya pun lu orang main hentak seolah2 benda tu betul, lagi nak main2 rahsia. Sapa nak percaya kat lu.

Nampak sangat Umno/BN sekarang ni dalam kelam kabut bila dokumen rahsia yang mempunyai tektik2 kotor Umno/BN dalam usaha untuk memenangi pilihanraya sampai ke tangan pimpinan Pakatan Rakyat yang mana kebocoran ini berlaku kerana ada ahli Umno/BN yang berpaling tadah dan tak sanggup nak bersekongkol dengan Umno/BN dalam melakukan penipuan pilihanraya.

Bila perkara macam ni berlaku, Setiausaha BN ni pun baru nak keluarkan surat amaran kepada parti gabungan yang ada dalam BN supaya berhati2 supaya kebocoran maklumat sebegini tak berulang lagi. Ini mengesahkan bahawa kebocoran maklumat Umno/BN tu memang benar2 berlaku hinggakan tindakan mengeluarkan amaran pun dah dibuat.

So, Pakatan Rakyat kena take action la atas perkara2 yang macam ni. Dedahkan segala maklumat bocor yang di perolehi supaya senang ahli2 bawahan dan penyokong2 untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Jangan nak peram kasi reput sorang2.




2 comments:

  1. Kita memang sedar permainan kotor UMNO/BN untuk menang undi. Ada peti undi magiklah; padam lampu dewan mengira undilah, peti undi buang ke hutan dari udaralah, peti undi masuk sungailah dan macam2 lagi. Tapi ini dikesan selepas kiraan undi selesai. Jadi kalau ada dokumen2 sulit parti syaitan tu mengenai cara nak tipu undi PRU13, DEDAHKAN! Jangan tunggu dah lepas pilihanraya, tak ada gunanya, akan jadi kertas bungkus nasi lemak.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...