Menteri mangkuk ni kata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).
Habis tu akta ni terpakai untuk pembocor maklumat yang menguntungkan Umno/BN sahaja ke? Yang melibatkan pendedahan maklumat salahguna kuasa atau rasuah pemimpin Umno/BN akan berhadapan pulak dengan tindakan mahkamah. Begitu ke?
Habis tu akta ni terpakai untuk pembocor maklumat yang menguntungkan Umno/BN sahaja ke? Yang melibatkan pendedahan maklumat salahguna kuasa atau rasuah pemimpin Umno/BN akan berhadapan pulak dengan tindakan mahkamah. Begitu ke?
Nampak tak undang2 negara ni ada double standard. Kini yang makin nampak dengan jelas dan pasti, pemimpin Umno/BN kelihatan kebal dari undang2 ciptaan mereka. Undang2 yang di cipta hanya untuk rakyat biasa dan bukan melibatkan pak2 menteri dan anak beranak mereka. Jadi mereka kini bebas nak buat apa sahaja kerana wujud undang2 terpilih terhadap mereka.
Tengok pulak kes Khir Toyo yang rembat duit rakyat RM berjuta2 tetapi hanya di kenakan hukuman penjara setahun sahaja sedangkan seorang rakyat biasa yang didapati bersalah mencuri buah rambai seguni di Terengganu di hukum penjara 7 tahun. Buah rambai yang bernilai cuma RM25 di hukum penjara 7 tahun sedangkan yang merompak harta rakyat Selangor dalam jumlah yang besar cuma di penjara setahun saja. Tu pun hukuman belum dilaksanakan kerana menunggu proses rayuan.
Kalau rakyat biasa, dah lama dah merengkok dalam penjara selepas sahaja hukuman dijatuhkan. Mana ada masa hakim nak tangguh2 dah sementara menanti rayuan. Silap2 rayuan pun tak boleh buat ataupun tak di layan.
Macammana rakyat nak yakin dengan sistem perundangan negara kalau hukuman pun terpilih2 bergantung kepada status seseorang? Atau mungkin ini sebab kenapa Umno begitu menentang perlaksanaan hukuman hudud yang berasaskan Al Quran.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??