Friday, October 12, 2012

PM Najib dah tak boleh tidor malam...

Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.

Shaariibuu Setev yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media.

Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.

Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap dengan keputusannya," kata Shaariibuu.

Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut."

Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat.


Sumber : FB Bus Man

2 comments:

  1. hihhihi,

    Camana pulak Zul Nordin kata Najib tak terlibat?..anwar pulak katanya yg suruh dia cari jugak jalan untuk kaitkan Najib dlm kes ni..kata Zul lagi, dia lawyer kes ni jadi dia tahu sangat hujung pangkalnya ..ermm..tambah Zul Nordin, Anwar ni bapak segala pembohong..tu yg siap karpal singh suruh anwar bertaubat..hihihi..pak haji/pak lebai pas tak berani bersuara maka terpaksa le singh yg tak pakai serban ni tegur..cam tu kena sound pun anwar boleh menikus..langsung takde tanya karpal 'apasal pulak aku kena betaubat?'..maka dalam hati pak haji/pak lebai pas pun tertanya2..apa kes lee sampai anwar disuruhnya bertaubat oleh singh tu?..sebab anwar tak melawan maka kes karpal 'tegur' anwar pun senyap ruyup dan tergantung..
    maka shazly eskay pun bersumpah dlm masjid lagi yg anwar pelakon utama cerita chinadoll..pak haji/pak lebai pas tak puas hati maka dijeling2nya rakaman video tersebut..muka macam anwar, rambut macam anwar..shazly kata anwar..anwar dengan penuh perasaan pulak kata dia difitnah..siapa yg membohong ni?..tapi kata zul nordin, anwar ni bapak pembohong..pak haji / pak lebai pas pening lagi...
    hishhh..takkan anwar macam tu..yg dok fitnah anwar tu dengki ngan dia dan umno dah beli depa ni..1. dr mahadhir, 2. zul nordin, 3.wee, 4.izam, 5.chandra muzafar, 6.hassan ali, 7.ruslan kassim 8......1001...woiii..ramai nyer kamceng2 anwar dulu yg dah kena beli ngan umno..betul ke SEMUA depa tu kena beli atau anwar ni memang buruk kelaku dia??..bertambah2 serabut le otak tok haji/tok lebai pas...

    ReplyDelete
  2. Trojen horse bn semua tu.mmg patut dicantass awl!

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...