Thursday, October 11, 2012

Isu Nasa : Apa tindakan PAS??

Dah makin kerap nampaknya Ustaz Nasharudin Mat Isa ni menimbulkan konflik dalam PAS dan jugak Pakatan Rakyat. Yang peliknya, Majlis Syura PAS diam membisu seribu bahasa dengan tindakan Nasharudin ni seolah mendapat restu dari majlis tersebut.

Wa bukan nak mintak PAS pecat Nasharudin, kalau pecat seperti bagi peluru hidup kepada pihak musuh tapi ambil la tindakan yang wajar dan bijak. Gantung ke hapa ke buat sementara waktu. Biar dia meraban dengan tidak membawa label PAS sekali kerana keahlian telah di gantung buat sementara waktu.

Bulan lepas beria2 Majlis Syura nak bermesyuarat membincangkan kes Nasharudin tapi lain pulak jadi nya sampaikan Tok Guru Nik Aziz bertindak meninggalkan mesyuarat tersebut. Dah makin teruk dah semangat UG meresap masuk ke dalam diri para ahli Majlis Syura gamaknya.

Isu Nasharudin dengan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh pun masih belum selesai malah Karpal Singh akan mengambil tindakan mahkamah kerana menuduh dia seorang yang anti Islam.

Bagi wa, Karpal nak saman, lantak pi kat dia. Biar mereka bertelagah sesama sendiri atas isu peribadi. Jangan bawak label parti masing2 ke dalam kancah mereka ni. 

Nasharudin bagi wa kini sengaja nak menimbulkan isu supaya dia di pecat seperti Hasan Ali kerana akan memberi political milege kat dia kemudian nanti. Sedangkan pihak Umno seperti menanti tindakan PAS selanjutnya berhubung kes Nasharudin ni untuk di jadikan bahan kempen yang sedikit relevan bagi menghadapi pilihanraya. Umum tahu Umno kini ketandusan isu untuk di jadikan bahan kempen yang berkesan bagi menghadapi pilihanraya.

Perkara pertama sekali yang perlu PAS lakukan ialah dengan memadam nama Nasharudin dari senarai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang dari tiket PAS. Kalau dia nak bertanding jugak, biar la dia gunakan platform Umno, tak pun Jati atau Perkasa. Sebab itu yang paling sesuai bagi dia kini.

Nasharudin tak lebih sekarang ni tengah baut test market untuk melihat sokongan dari akar umbi untuk membuat langkah seterusnya. Kalau Majlis Syura pun masih boleh di kontrol Nasharudin, tak mustahil nanti akan berlaku pergolakan besar2an dalam PAS. Apa yang di bina selama ini akan musnah dalam sekelip mata angkara manusia yang gilakan pangkat dan terpengaruh dengan Ketuanan Melayu ciptaan Umno.

Klik sini kalau nak baca ulasan Tok Guru Nik Aziz pasal isu Nasharudin ni..

~ JANJI ABU!!!


2 comments:

  1. Bhai Madie...

    Gua dah katakan itu hari... hahaha... Majlis Syura Ulama PAS takkan buat aper-aper pon... diorang bersetuju benar ngan aper sahaja yang Nasharuddin Mat Isa nih buat... diorang cukup bersetuju...

    ReplyDelete
  2. Ada org PAS yang aqidahnya ialah meletakkan pergantungan menang dalam PRU pada DAP dan pada PR sehingga kurang yakin bahawa kemenangan itu ketentuan Allah.

    Lantas, mereka bimbang kalau terguris hati DAP, maka Pakatan akan kalah dan PAS akan kalah. Begitulah ketakutan manusia yang taksub dan fanatik PR.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...