Tuesday, October 2, 2012

Gula, elektrik naik. Lepas ni apa pulak yang naik???

Masa pembentangan budget minggu lepas, harga gula terus naik lagi 20 sen. Minggu ni pulak elektrik punya tarif pulak naik lagi. Makin hari makin membebankan rakyat jer segala keputusan yang telah di buat oleh pihak regim yang menguasai tampok pemerintahan negara.

Pembentangan budget baru2 ni langsung tak sentuh tentang fungsi IPP yang paling banyak menerima sudsidi dari kerajaan. Yang lucu2, jadi bahan lawak rakyat pulak yang di diskaun oleh pihak regim kerajaan sekarang.

Dari pemikiran akal para pemimpin yang ada dlm gabungan Barisan Nasional ni tak ada ke yang cerdik sikit, yang mampu untuk memberi idea untuk meringankan beban rakyat. Rakyat bukan nak smartphone murah tapi rakyat mahukan barangan keperluan harian murah.

Gula2 budget yang di bentangkan kononnya untuk rakyat kini bertukar secara senyap dengan kenaikan yang lebih tinggi terhadap barangan keperluan terutama elektrik yang sudah tentu merupakan keperluan asas rakyat. 

PM Najib dan sekutu Pak Menteri nya boleh la. Bil elektrik depa semua rakyat yang tanggung. Kita rakyat ni terpaksa perah keringat untuk settle kan bil2 yang di terima setiap bulan. 

Secara terangan imbuhan yang di taburkan oleh pihak regim kerajaan kini telah mula di kutip kembali dari rakyat. Kenaikan harga gula, minyak serta kejatuhan harga sawit dan getah sementara GST menanti perlaksanaannya jika mereka masih kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.

Alasan paling bangang, malah paling meluat sekali jika di beri ialah untuk mengajar rakyat supaya berjimat cermat bagi mengelak melakukan pembaziran tenaga. Di samping itu jugak ini merupakan alasan bagi pihak Pak2 Menteri untuk membina lebih banyak loji tenaga nuklear untuk pembekalan tenaga.

Heran rakyat di suruh berjimat cermat sedangkan Pak Menteri terutama bini kedua PM Najib berbelanja tak ingat punya bila bershopping di luar negara. Dah jadi macam ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus dah wa tengok regim kerajaan sekarang ni.

3 comments:

  1. Bhai Madie...

    Lepas nih yang naik aderlah darah... hahaha... darah jadi tinggi.... hahaha

    ReplyDelete
  2. darah naik, alamat regim BN kena turun la..
    keh keh keh keh..

    ReplyDelete
  3. tu baru nk mula tu.. dah menang pru 13 siap lah hangpa minyak gerenti naik, minyak masak naik, lepas tu akan ada GST.. oh pekerja kerajaan dapat bonus ye.. siaplah peniaga2 dh dok kira2 naik kan harga barang..

    So apalagi undilah BN (Barang Naik)

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...