Wednesday, October 3, 2012

Akai ada ka???

Kan wa kata, lepas gula, minyak dan elektrik naik, tak mustahil jugak lepas PRU13 jika Umno/BN masih kekal berkuasa, rakyat akan dikenakan cukai baru, GST.

Cabaran telah dibuat oleh wakil MP dari Pakatan Rakyat supaya kebinet PM Najib untuk menafikan bahawa GST akan di perkenalkan jika Umno/BN masih berkuasa selepas PRU13 nanti..

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk menafikan bahawa kerajaan berhasrat untuk melaksanakan cukai GST selepas Pilihanraya Umum ke 13, pada tahun 2014.

Bukan setakat Liew Chin Tong saja yang mencabar PM Najib malah MP Lembah Pantai yang di wakili oleh seorang wanita muda turut menempelak PM Najib dan kerajaan kerana tidak berani untuk memaklumkan secara jelas hasrat untuk memperkenalkan cukai baru terhadap rakyat.

Letih wei dengan beberapa kenaikan mendadak yang rakyat alami kini. Bantuan yang di beri secara one off tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan keperluan. 

Dah la kini rakyat sudah cukup terbeban, kini jika keadaan politik negara jika tidak di ubah bakal menyaksikan kebangkitan rakyat. Rakyat bukan nak pakai smartphone jika belanja keperluan asas pun tak tertampung. Tak tau la pulak jika di mata Pak2 Menteri kabinet PM Najib nampak bahawa smartphone merupakan keperluan asas  bagi rakyat miskin..

Tak ada langsung kah dalam barisan kabinet PM Najib ni yang sedikit perihatin dengan nasib rakyat golongan bawahan. Apakah mereka semua bebal hinggakan tak reti nak bezakan samada smartphone itu menjadi antara barang keperluan asas atau tidak.

Wahai Pak2 Menteri.. 
Jangan la di bandingkan rakyat biasa dengan komuniti korang. Memang bagi korang smartphone itu satu keperluan tapi bagi rakyat, beras, gula, kopi, elektrik, air dan lain2 barang keperluan itu lebih mustahak dari sebuah smartphone yang diskaunnya cuma RM200 tapi harganya mencecah ribuan ringgit.

Cer fikir sikit....!!!!

4 comments:

  1. Diorang nak fikir buat apa bro...??? Kita ni bukan adik beradik dia... Yang dlm fikiran dia, nak jadi jutawan, anak bini jutawan, harta 7 keturunan tak habis makan... Ingat tak satu masa dulu bekas menteri mengeluh sebab mahal bayar tol?? Aku pun dah lupa sapa dia.. Masa jadi menteri tak bayar tol, mana dia tahu beban yg ditanggung oleh rakyat??? Tu baru satu contoh..

    ReplyDelete
  2. BN, mengikut laporan populariti survey sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Geneva, Switzerland yang diiktitaf oleh International Business Group untuk menjaga kepentingan pelaburan mereka di dalam negara ini baru-baru ini telah mengeluarkan laporannya yang menyatakan bahawa populariti Najib dan BN telah jatuh merudum dan besar kemungkinan, BN akan kalah di PRU 13 nanti.
    Kalau perkara tidak ditangani dengan betul, ada yang akan menarik keluar pelaburan mereka dan berpindah ke negara Cina nanti, FDI pun akan terus merudum sama.

    ReplyDelete
  3. Bhai Madie...

    Gua nak tukar tepon gua la... boleh dapat ker rebat nih... gua bukan la remaja pon... hahaha

    ReplyDelete
  4. wa baru 21 thun, 14 tahun dulu..
    keh keh keh keh keh..

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...