Thursday, July 19, 2012

Perlu seimbang antara undang-undang dan privasi media sosial

Kepentingan memelihara kedaulatan undang-undang dan privasi media sosial perlu mempunyai keseimbangan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf hari ini.

Beliau berkata sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi pihak berkuasa menjalin kesefahaman lebih mendalam dengan penyedia media sosial dan memahami dasar komersial yang mendasari penggunaan aplikasi media sosial.
NONE"Malaysia amat prihatin tentang jenayah yang dilakukan dan perbuatan mengenepikan undang-undang kerana kepandaian menggunakan aplikasi Internet dan media sosial kadangkala boleh mencipta 'kelubung anonimiti'.

"Kelubung anonimiti ini boleh mencetuskan pelbagai masalah sosial seperti perbuatan membuli dan mengganggu melalui alam siber.

"Malangnya, tidak ada cara difinitif untuk mengira jumlah kes ini kerana kita tahu bahawa bukan semua mangsa melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa, dan bagi yang membuat laporan pula, mereka jarang mendapat pembelaan secara undang-undang kerana unsur anonimiti yang terdapat dalam Internet.

"Oleh itu, penjenayah siber sering terlepas begitu saja daripada kesalahan yang mereka lakukan," katanya ketika merasmikan Forum Meningkatkan Keberkesanan dan Keselamatan Media Sosial ITU-Asean di sini.

Kamaruddin berkata ruang siber bukanlah tempat yang bebas daripada undang-undang, kerana perkara yang menjadi kesalahan di luar talian juga merupakan kesalahan di dalam talian.

"Begitu jugalah, undang-undang yang terpakai dalam dunia fizikal, juga terpakai dalam dunia maya," katanya.

Beliau berkata kini jumlah pengguna Facebook merangkumi antara 3.2 peratus hingga 58.8 peratus penduduk di 10 negara anggota Asean.

"Saya percaya peningkatan jumlah pengguna media sosial di rantau ini akan mendorong penyedia media sosial bersikap lebih responsif terhadap isu yang dihadapi negara anggota Asean, terutama dalam menguatkuasakan undang-undang kita masing-masing," katanya.

Forum dua hari itu memberi fokus terhadap pelbagai aspek penggunaan media sosial, daripada segi kesannya terhadap kehidupan seharian dan peranannya dalam komunikasi risiko dan krisis, hinggalah kepada mendepani cabaran berhubung kawal selia dan pendekatan.

Selain penggubal dasar dan pengawal selia dari 10 negara anggota Asean, forum dua hari itu turut disertai wakil daripada industri, golongan akademik dan penyedia media sosial dari seluruh rantau ini.



Sumber : bernama


P/S : Baca dan faham betul2 apa mesej yang cuba untuk di sampaikan tu? Amaran ke atau ugutan?

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...