Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan tinjauan ke atas pengunjung blognya untuk mengenalpasti sama ada beliau dilihat sebagai seorang diktator.
Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc/blog itu meminta pengunjung menyatakan perkara yang telah dilakukannya sehingga disamakan dengan sifat dan perbuatan seorang diktator.
"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi perdana menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator?"
Katanya, beliau sebelum ini menerima banyak gelaran termasuk "Mahazalim" dan "Firaun" yang dicipta oleh musuh politiknya.
Malah perkara itu juga sering ditanya oleh orang yang tidak bermusuh dengannya.
"Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator," katanya.
Mahathir seterusnya meminta pembaca membandingkan dirinya dengan beberapa bekas pemimpin negara lain yang pernah merangkul gelaran sama, termasuk bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang didakwa membunuh beribu ahli Ikhwan Muslimin dan mengumpul harta kekayaan yang besar.
"Musuh Mubarak tidak dibenarkan berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa bicara dan dihilangkan," katanya.
Mahathir berkata, tiada kebebasan bersuara atau akhbar bebas di bawah Mubarak dan jawatan presiden itu tidak pernah ditandingi orang lain selama 30 tahun Mubarak menjadi presiden.
Mahathir juga membariskan nama bekas presiden Romania Nicolae CeauÅŸescu, bekas pemimpin Libya Muammar Gadaffi serta bekas presiden Iraq, Saddam Hussein.
Tidak ketinggalan, pengasas parti Nazi Jerman, Adolf Hitler yang pernah bertanggungjawab mendirikan pemerintahan kuku besi di negara itu.
"Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator?," soalnya lagi.
Kat bawah ni wa copy pastekan beberapa komen2 yang ada kat dalam Malaysiakini dari komentar2 yang mahu menyatakan atau menjawap balik pertanyaan yang telah di lontarkan oleh orang ramai..
Agak2 korang, komen yang macam gini boleh lepas masuk tak ke dalam blog Tun Madey??
Nurul Ashikin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Allah SWT
1. Kawal kebebasan media. Sepatutnya media harus dibiarkan bebas menulis tanpa kawalan dari kerajaan. Baik suratkhabar mahupun tv.
2. Kawal kakitangan kerajaan. Sepatutnya kakitangan kerajaan diberikan hak untuk memangkah sesiapa sahaja yang mereka sukai meskipun bukan calon dari bn.
3. Kawal pemikiran politik pelajar. Sepatutnya pelajar diberikan sepenuh kebebasan untuk melibatkan diri dengan mana2 parti sekalipun. Hak mereka selaku rakyat malaysia dan kebebasan untuk menyokong.
4. Bentuk persepsi negatif ke atas kelantan. Sepatutnya bn hormati sahaja keputusan rakyat kelantan memilih pas selama 23 tahun untuk mentadbir kelantan. Tetapi apa yang bn buat ialah semai kebencian 13 negeri lain ke atas kelantan sehingga benih2 kebencian itu menjadi jitu hasilnya wujud puak2 yang benci kelantanese tak tentu pasal.
5. Bentuk persepsi negatif ke atas pembangkang. Sepatutnya bn berlapang dada menerima perbezaan dalam berpolitik. Katakan jika PR fitnah, maka perjelaskan bahawa itu fitnah. Jika PR bawa isu yang relevant, terima dan bincangkan kelemahan bn. Bukan tutup kesalahan dan fitnah PR supaya PR dilihat jahat dan biadap.
Andai diberikan ruang, masa dan kesempatan, nescayalah lebih dari ini lagi aku boleh menulis. Dahulunya aku juga salah seorang yang mengkagumi mahathir, dulu2 sebelum aku nampak apa yang ada disebalik topeng. Oleh kerana aku dah nampak, maka segala kekaguman itu lenyap. Apa yang tinggal hanyalah respect, tetapi kagum? Maaf, sudah tidak mampu kerana aku tidak mahu mengidolakan penipu.

Basir Parto · Pengulas Tertinggi · Un. Putra Malaysia
Memang jalankan pemerintahan secara kuku besi dan zalim.buktinya 3 TPM dipecar cara yg tersusun, Ketua hakim di pecqt juga cara tersusun, Mufti di pecat cara tersusun juga, kuasa raja di kurangkAN...ertinya semua yg boleh menandingi kuasa PM .Mahadir akan laksanakan pemecatan dan pengurangan kuasa, kuasa mutlak hanya pada PM mamak Kutty...
Lurus Bendul · Pengulas Tertinggi · umur 47 tahun
Nazi Hitler menbunuh Yahudi !! Mahatir menbunuh mamali!!!.... tak mengunakan Tempoh bertenang!! .. tiada SOP, tiada ISO, taida Safety & health !! dalam isu mamali!!!
Ammierto Bangi · Subscribed · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
Jutaan tahniah kepada Tun kerana anda kini berada dalam senarai bersama Benito Mussolin, Adolf Hitler, Idi Amin dan Francisco Franc. Tentu sekali senarai ini diketuai oleh Firaun.
DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi
Diktator bukan hanya membunuh, tapi bertindak kejam kpd musuh poltik juga diktator....hanya dia sahaja yg betul pun pemikiran diktator juga..malaysia rosak bermula zaman MAMAK la hingga kini sukar nak pulih...diteruskan olh lintah2 darat seterusnya...
ترمذي حسن · Langgani · Pengulas Tertinggi
zaman mahathir 1981-2004
1) Pembunuhan penduduk Memali
2) Operasi Lalang
3) Perpecahan Umno baru dan SM46
4) Pemecatan Ketua Hakim Negara, campur tangan madey dalam keputusan dan pelantikan hakim.
5) Operasi IC di Sabah.
6) Menindas dan menyekat pembangunan di Kelantan.
7) Menghapuskan imuniti Raja2 Melayu.
8) Pemecatan TPM Anwar Ibrahim dengan mereka2 kes2 salahlaku seks. Pepecahan kali 2 Umno.
9) Menyekat dan menukar Royalti Minyak Terengganu kepada Wang Ihsan (1999-2004).
10) Menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan anak2nya.
11) jenayah yang paling besar menghalang pelaksanaan Hukum Hududullah daripada dilaksanakan di Kelantan (1993) dan Terengganu (1999).

Mohd Sharmizan · Pengulas Tertinggi · Sek men keb guar perahu
Tun adalah org baik hati, lemah lembut, rajin, bijaksana, peramah.. Tun dah puas ati..?? Ok, lani Tun jgn dok merepek bnyak sgt.. p lah buat ibadat bnyak sket.. kubur dah pggil 2...
PM yang silih berganti TPM.
ReplyDeleteKalau orang dirasuk syaitan bertanya apa bukti dia dirasuk syaitan? apa kita nak jawab?
ReplyDeleteLg satu ciri ny,Muammar Gaddafi,Hosni Mubarak dn ramai yg lain menjadi kn anak2 mereka kaya raya.Tak ada persamaan ke dgn anak2 Madey
ReplyDeletetanda seorang diktator write a book and rob a bank. these are the 2 most important requirement for dictators all over the world.
ReplyDeletekalau yang pandai beri komen tu pandai sangat kenapa tak kalian je yang jadi PM? tak tahu bersyukur...dengan jasa dan keamanan yg dapat dikecapi,
ReplyDeleteChe det pernah kah melihat kembali footprints dalam karier che det dalam dunia politik?saya nak tanya apa yang che det lihat?pernah kah che det terfikir perasaan rakyat Malaysia yang hak nya dinafikan?bagaimana kalau che det berada pada kedudukan rakyat?pertanyaan che det samada diktaktor atau tidak adalah satu pertanyaan yang paling bodoh pernah diajukan oleh seorang pemimpin menganggap dirinya yang terbaik yang sepatutnya tahu siapa dirinya.Bukti sudah jelas bagaimana penderitaan rakyat yang dimanipulasi oleh zaman pemerintahan che det.SABAH contohnya berlambak rakyat filipina yang diberikan MYKAD hasil dari projek yang dikenali dengan KOD PROJEK MAHATHIR pertanyaan saya adakah chedet bangga??? dengan kejayaan membawa masuk rakyat asing ke BUMI MALAYSIA yang dicintai oleh kami rakyat MALAYSIA.Ini menjadikan MALAYSIA sebuah negara yang paling super mudah dalam dunia untuk mendapatkan taraf kerakyatan hanya perlu tahu pegang pensil dan pangkah dah sah jadi rakyat MALAYSIA.Che det...apa yang che det dapat lihat seterusnya didepan karier hidup che det...? adakah kepuasan memrintah selama 22 tahun?KING SOLOMON seorang Raja yang paling bijak pernah hidup dan terkaya memberi kesimpulan dari dalam hidupnya, kejayaan dalam hidupnya, kekayaan yang dia miliki,kebijaksanaan yang dia ada pada kesimpulan peribadinya adalah KESIA-SIAAN ianya sama seperti usaha menangkap angin. SAMA ADA DIKTAKTOR ATAU TIDAK che det toleh kebelakang dan pandang ke depan apa yang dapat dilihat oleh che det.Tuhan tidak boleh ditipu dengan apa pun alasan soalnya che det harus bertanggungjawab because you going to answer everything right infront of HIM nobody will stand beside you to assist only you alone. We are time travler.Think of it.We are all the same no more no less.Take time to sit and think you need to be alone with God so you may understand......
ReplyDeletealahai, komen2 kat atas tu bunyi mcm "pandai" je tp 5 fakta tu mmg sah bukan dyg dr buah fikiran sendiri tp mcm kata2 yg ciplak atau cut, paste je.
ReplyDeletekomen mcm tu byk blh dpt kat pasar chowkit dari kutu2 yg main dam & melepak kat sana
Helo, tiada manusia yang sempurna kecuali para nabi. Kalau 9 kebaikan yang dia buat dilupakan dan 1 kesilapan dicanangkan itu lebih zalim. Kalau ikutkan pencapaian diantara negara-negara jiran YABhg Tun mendapat 90%. (tak tau la pulak kalau hangpa ingat LKY, Suharto, Thaksin dll tu excellent..).
Deletexpa la da lalu da pemerintahan dr.mahathir..pa yg ptg belajr dr kesilapan.sbgi rkty msia yg tlh sedar mari bergerak maju kan lbh baik.bg aku aku ttp btima kasi kat dr.mahathir cuz klu xdia mna la kita msia ni...
ReplyDeleteApa pun TUN D R M tetap saya berterima kaseh atas jasa beliau dn teamnya yg membena negara dgn cermelang.Org Melayu ni perangai nya pelik pempin tegas dikatakan dictator jika.lembut dikatakan lembek dn macam2 lagi digelarnya.Yg mengata2 ni cuba mereka jadi PM entah2 lingkup negara dibuatnya.
ReplyDeletetun bukan diktator. jika tun seorang diktator sudah lama negara kita ini kacau bilau. kita hanya tahu menilai seseorang itu pada sudut politikal yg di lakukan sbgai perdana menteri, namun
ReplyDeletekita lupa yg mna malaysia adalah sebuah negara rberbilang kaum rakyatnya serta kita jgn sesekali menghukum hakam seseorang itu jika kita tdak ada 24jam sehari dgn tun apa yg di lakukan oleh tun. bersyukurlah tun memajukan negara sehingga dunia akui kewujudan malaysia pada hari ini. persoalan sy, jika tun diktator mengapa negara kita semasa pemerintahan tun masih aman harmoni dan rakyatnya masih bebas bergerak sbgai tanda demokrasi?
Entah2 erti diktator pun tak tahu... burung kakak tua bukan sekadar boleh bercakap bahkan mengaji Quran pun boleh ... tapiiii ...
ReplyDeleteDiktator atau tidak..kepada aku tidak..kalau tanya org lain tak tahulah pula..kesimpulannya jawapan xkan sama terpulang pada pandangan masing2..tapi sebagai rakyat malaysia biasa aku tgk ada la jugak cacat cela dia sebagai PM waktu dia menjalankan amanah rakyat tapi x sampai la boleh dilabel diktaktor..org yg melabel dia sebagai diktaktor mungkin kerana x sama haluan atau x setuju cara dia atau kerana berlainan haluan politik..kecewa kerana beliau berjaya membangunkan ekonomi dalam skop yg berbeza...waktu tun memerintah matawang kita ok..ekonomi ok.perpaduan rakyat ok..kestabilan keketenteraman awam ok..harga barangan ok..cukai pun masih ok..kira2 semua ok lah ..yg x berpuah hati pun banyak sbb x tahulah..manusia mmg x pernaah puas hati...sama juga rakyat negara tersayang nie..tp tun bukan diktator..yg melabel dia diktator tu hanya golongan org yg x perpuas hati x bersyukur atau tahu makna bersyukur dan x pernah senang hati selagi dia x jatuh..hari ni?bandingkan balik semua diatas dgn zaman pemerintahan tun..tepuk dada tanya iman kalau org islam..buka mata be gentlemen la.for non muslim..hehehe itu je pandangan sya 1974 sampai sekarang..

ReplyDelete