Dia berkata pengiktirafan itu adalah untuk mendapatkan undi daripada orang Cina yang secara tidak langsung seolah - olah mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, bahawa populariti nya sudah merundum. Apakah pendirian MCA atau Gerakan terhadap kenyataan ini apabila UMNO menjangka kedua-dua pihak untuk menyampaikan undi bagi orang Cina untuk BN?
Adakah Mahathir yang sekian lama bertapa di UMNO sedar apakah perasaan ribuan pelajar miskin yang belajar di TARC?Mereka merupakan pelajar yang tidak mendapat tempatdi mana-mana institusi pengajian tinggi awam di negara ini.
Kenyataan Mahathir bukan sahaja menyakiti hati orang Cina tetapi juga telah meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Najib tahu bahawa Mahathir mampu melumpuhkan karier politiknya.
Kenyataan tidak bijak Mahathir ditambah pula sikap berdiam diri Najib, hanya akan menjadi euforia sementara bagi MCA. Graduan KTAR tidak boleh terlalu yakin bahawa sijil mereka kini akan diiktiraf tanpa pertelingkahan akibat perbezaan pendapat daripada puak-puak ekstrim UMNO. Ia sebenarnya adalah gimik pilihan raya oleh Najib untuk mengumumkan "berita baik" untuk KTAR, yang kini telah bertukar menjadi "berita buruk" untuk MCA.
Untuk mengiktiraf sijil KTAR akan mengambil masa yang panjang dan tidak mungkin akan selesai pun selepas pilihan raya. Ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan apabila pelbagai alasan boleh direka-reka kemudian untuk menafikan pengiktirafan ini.
Malangnya, pengiktirafan dan menarik semula pengiktirafan kolej-kolej adalah cara UMNO menafikan peluang kaum minoriti dalam pendidikan dan peluang pekerjaan dengan kerajaan. Pada tahun 2005, kerajaan Malaysia menarik semula pengiktirafan terhadap ijazah perubatan CSMU (Crimea State Medical University).
Pada masa itu, terdapat kira-kira 1118 pelajar Malaysia yang mengikuti kursus di pelbagai peringkat di universiti dan mereka kebanyakannya dari kaum bukan Melayu.
CSMU dikenali dengan pendidikan berkualitinya dan setakat ini telah menghasilkan lebih 50 000 graduan perubatan yang telah mendapat pekerjaan di seluruh dunia.Mereka telah memenuhi standard sekolah perubatan dengan nisbah satu pensyarah kepada 10 orang pelajar dan dengan fakulti dan kemudahan kelas pertama.
Tidak ada tempoh tangguh yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada CSMU, tetapi, Universiti Malaya telah diberi notis lima tahun sebelum penarikan semula pengiktirafan ijazah perubatan oleh Majlis Perubatan Am United Kingdom pada awal 80-an.
Penolakkan pengiktirafan CSMU memberi gambaran tidak baik kepada kerajaan Malaysia, kerana ia memberi kesan kepada ribuan rakyat Malaysia yang kebanyakannya bukan Melayu belajar di universiti yang mantap perubatan ini.
Kemarahan dan kekecohan tentang pengiktirafan sijil KTAR adalah lagak ngeri publisiti politik untuk pilihan raya. MCA berharap akan memenangi undi kaum Cina dengan "pengesahan" oleh Najib. Tetapi ‘Bos tua’ telah tampil ke hadapan dan mengambil langkah dengan memanggil orang Melayu bodoh kerana mempertimbangkan untuk mengiktiraf sijil KTAR.
Dia adalah tidak lain bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang dilaporkan telah berkata bahawa Melayu "bodoh" kerana mahu mengiktiraf sijil TARC. Kenyataan itu menunjukkan semangat fobia kaum sekaligus sikap perkauman, dan tamparan kepada Najib dan MCA.
Ia bukanlah suatu yang bijak bagi seorang lelaki yang telah memerintah negara selama 22 tahun sebagai PM untuk membuat satu kenyataan yang bersifat perkauman yang keji dan tidak masuk akal. Tetapi ini adalah skim tipikal politik untuk mendapatkan sokongan Melayu pada UMNO dan dalam kes ini untuk menafikan KTAR apa yang sudah sekian lama sepatutnya menjadi hak mereka. Kenyataan yang cukup keji dari bekas seorang PM dan apa pulak pendirian Najib di atas isu ini?
Najib dilihat sebagai PM yang lemah dan juga terkenal kerana dasar flip-flop. Dia takut jika Mahathir berubah fikiran terhadapnya sama seperti apa yang dilakukannya kepada Abdullah Badawi, Perdana Menteri kelima negara. Kemungkinan besar, Najib akan mengikut kata Mahathir. Apa tidaknya, PM "de facto" sekarang ialah Mahathir dan bukan Najib!
Mahathir sebenarnya menarik tali menguasai Najib sehingga dia menjadi bisu. Isu pengiktirafan KTAR, telah menjadi penipuan politik dan MCA hanya perlu duduk dan menonton drama ini sehingga ke penghujungnya.
"Kenyataannya yang tidak matang dan sama sekali tidak rasional datang daripada seorang bekas Perdana Menteri negara yang telah memerintah selama 22 tahun membuat rakyat memandang rendah kepadanya," kata seorang pengundi Cina. Dia tidak layak untuk bercakap bagi mana-mana pihak pada usia sebegitu, "katanya.
Tetapi orang Cina tidak bodoh sama sekali. Orang Cina tahu bahawa rancangan kerajaan untuk mengiktiraf sijil KTAR adalah tidak lebih daripada helah untuk membeli undi. Setelah selesai pilihan raya, seluruh isu akan disapu di bawah karpet.
Semua drama ini hanya membuktikan bahawa di bawah BN, dasar pendidikan sentiasa ditentukan oleh politik UMNO. Ini telah bertambah buruk sejak 1981 apabila Mahathir mengambil alih sebagai PM.
Orang Melayu bukanlah "bodoh" tetapi pemimpin mereka telah menjadikan mereka fikir bahawa mereka memang "bodoh". Orang Melayu hari ini sudah bijak. Terdapat juga orang Melayu yang berpendapat selepas 55 tahun merdeka, tiada kolej atau sekolah-sekolah di negara ini perlu diwujudkan untuk satu-satu kaum sahaja.
Mereka bukan hanya mahu bersaing dengan bangsa mereka sendiri tetapi dengan pelajar kaum lain juga dalam bidang pendidikan.
Generasi Melayu sekarang sudah keluar dari kepompong lama yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka kini mudah memahami apa yang dilakukan ke atas mereka oleh UMNO.Mereka pandai, pintar dan telah mencapai kemajuan berfikir sejak merdeka.
Retorik perkauman yang hina dan pertelingkahan angkara Mahathir telah menunjukkan bahawa dia tidak pernah menjadi seorang pemimpin yang ikhlas. Ini semua adalah kepura-puraan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai PM sehingga ke hari ini.
Atas sebab inilah selain UMNO, terdapat sekurang-kurangnya dua parti-parti politik lain yang mewakili mereka sekarang, PAS dan PKR. Mereka inginkan perubahan yang UMNO tidak boleh berikan kepada mereka.
KTAR telah ditubuhkan pada 24 Februari 1969 dengan sokongan Persatuan Cina Malaysia (MCA). Kolej yang beroperasi dengan subsidi daripada Kerajaan Malaysia sebanyak 50 peratus untuk perbelanjaan modal, 50 peratus lagi ditanggung oleh Pemegang Amanah. Kerajaan sememangnya patut memberi subsidi kepada Kolej kerana orang Cina juga membayar cukai pendapatan.
Kolej ini telah dinamakan selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman, musuh politik Mahathir pada suatu masa dahulu.
KTAR tidak mempunyai kuota kemasukan dan terdapat pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik. Pelajar Cina yang miskin, Melayu, India dan Orang Asli juga turut belajar di Kolej ini. Ia bukanlah sebuah institusi Bumiputera sahaja seperti UiTM. Hartawan Cina, Melayu dan India tidak akan menghantar anak mereka ke KTAR.
Hanya golongan miskin yang akan masuk ke institusi ini kerana yuran pengajiannya yang murah. Mengapa perlu Mahathir bersikap begitu terhadap pengiktirafan sijil KTAR?
Mahathir memang anti kepada kaum Cina kerana dia mempunyai tanggapan bahawa dengan mengiktiraf sijil KTAR ini akan memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar Cina untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan.
Adakah terdapat sebarang perbezaan di antara perakuan yang dikeluarkan oleh universiti awam dan KTAR? Mengapa hanya graduan dari universiti awam sahaja yang mendapat pekerjaan dengan kerajaan? Ini jelas merujuk perkauman dan diskriminasi. Walau bagaimanapun, adakah dia sedar bahawa graduan KTAR lebih berminat untuk bekerja di sektor swasta daripada mengharapkan pekerjaan dengan sektor kerajaan?
Mahathir boleh yakin bahawa kebanyakan orang Cina tidak akan peduli untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam di negara ini, kerana terdapat peluang yang sangat tipis kepada mereka untuk berjaya.
Apakah Mahathir tidak pedulikan perasaan golongan miskin di kalangan bukan Melayu? Orang-orang Cina yang miskin tetapi berkelayakan telah dinafikan tempat di universiti dan kolej awam telah memberi peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka di KTAR. Begitu juga dengan orang Melayu yang mendaftar di UiTM.
Tahukah dia bahawa pemegang diploma KTAR adalah yang paling dicari oleh sektor swasta berbanding dengan pelajar diploma dari kolej-kolej lain di Malaysia?
KTAR mempunyai reputasi, kerana inilah kebanyakan graduan mereka diperlukan dan dimahukan dalam sektor swasta. Kebanyakan syarikat menggaji graduan KTAR kerana prestasi kerja yang cemerlang. Mereka terbukti mempunyai budaya kerja yang baik, disamping boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Malah, permintaan bagi graduan ini begitu tinggi sehingga ramai yang telah direkrut oleh syarikat walaupun belum mendapat keputusan peperiksaan akhir lagi. Ramai yang telah pergi untuk melanjutkan ijazah mereka dan kini bekerja di sektor swasta yang ditubuhkan di dalam dan luar negara.
Diploma Lanjutan KTAR dalam Sains, Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan dan Diploma Lanjutan Perdagangan diiktiraf amat sesuai untuk melanjutkan Ijazah Kepujian di Sheffield Hallam University UK dengan kredit. KTAR telah banyak mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti-universiti di UK termasuk Sheffield Hallam University, Liverpool John Moores University dan Birmingham City.
Tidak boleh dinafikan, graduan KTAR sememangnya berkualiti. Pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu mendapatkan pendidikan di tempat lain telah mendapatkannya di KTAR dengan bantuan beberapa orang kaya Cina dan juga kerajaan. Tetapi sekali lagi Mahathir fobia yang orang Melayu tidak boleh bersaing dengan Cina dalam bidang pendidikan.
Apa yang telah dilakukannya sebagai Perdana Menteri di negara ini selama 22 tahun untuk memajukan orang Melayu? Dia tidak berfikiran praktikal kerana menganggap orang Melayu berfikiran lembap dan inilah yang telah mencacatkan sistem pendidikan di negara ini.
Dasarnya yang menyempitkan pemikiran orang Melayu di institusi Melayu sahaja telah menjadikan ramai orang Melayu yang telah lulus tanpa mampu bersaing dengan kaum lain dan mereka akhirnya mencari pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Ramai graduan Melayu tidak mampu untuk menguasai bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.
Inilah merupakan dilema orang Melayu pada hari ini yang disebabkan oleh pemimpin UMNO, terutamanya Mahathir. Jika pemimpin UMNO telah melakukan sesuatu yang cukup untuk orang Melayu, mereka tidak perlu bimbang jika kaum minoriti akan mengatasi keupayaan majoriti dalam pendidikan.
"Ia adalah dasar pendidikan UMNO yang gagal dan memberi malang kepada orang Melayu," kata seorang pendidik tempatan.
Mahathir, bagaimanapun, tidak perlu menabur fitnah kepada orang Melayu sekarang. Masyarakat Melayu pada masa ini tidak perlu mengeksploitasikan hak majoriti mereka untuk mengukuhkan kuasa atas sebab-sebab yang mementingkan diri sendiri. Tanggapan ramai orang Melayu terhadap UMNO adalah rasuah dan kekurangan akauntabiliti dari segi kewangan yang telah melemahkan daya saing negara.
Ia bukan lagi politik Melayu lawan Cina, tapi politik bagi kumpulan-kumpulan Melayu yang sudah bijak pandai. Adalah lebih baik jika Mahathir fokus untuk berdiskusi tetang endemik rasuah yang telah melumpuhkan UMNO dan bukannya membazirkan masa mempolitikkan pendidikan.
Pada zaman Mahathirlah rasuah dan penyalahgunaan kuasa mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Dia sebenarnya telah merosakkan UMNO sehingga tidak boleh dipulihkan semula.
Orang Melayu sekarang juga boleh melihat standard pendidikan yang jatuh pada hari ini. Ia semua akibat dasar flip-flop UMNO yang telah merosakkan kualiti pendidikan, beberapa ahli politik yang lebih berminat dalam agenda peribadi mereka sendiri daripada masa depan negara. Mahathir malangnya masih berada pada zaman lampau dimana orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Dengan majoriti yang memegang kuasa tidak bermakna bahawa mereka akan didiskriminasi oleh kaum minoriti. Jika Mahathir masih anggap bangsa Melayu hanya boleh kekal melalui dasar pendidikan yang mediskriminasi, maka dia telah gagal memajukan orang Melayu setelah 22 tahun tempoh pemerintahannya.
Mahathir tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Beribu-ribu pelajar miskin yang bijak di Malaysia yang tidak mendapat tempat di universiti dan kolej awam yang dimiliki oleh kerajaan kerana "faktor bangsa" telah mendapat tempat di KTAR dan beberapa kolej swasta yang lain.
Mahathir tidak perlu bimbang. Orang-orang Cina tidak akan mengambil kerja yang dimaksudkan untuk orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Mereka cukup berdaya tahan untuk terus hidup. Mereka hanya memerlukan pendidikan supaya mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sendiri.
Begitu sahaja, Mahathir telah memanggil Melayu "bodoh". Tetapi dialah lelaki yang telah melemahkan bangsa Melayu dengan melaksanakan dasar pendidikan yang memutarbelitkan menyempitkan orang Melayu dalam institusi Melayu sahaja. Mahathir tidak boleh digelar sebagai seorang yang bijak dalam arena politik di negara ini. Dia mencipta UMNO Baru dan juga menyebabkan orang Melayu berpecah-belah.
Rasa ingin tahu di kalangan kebanyakan orang Melayu sama ada Mahathir adalah seorang Melayu yang sebenar menjadi persoalan yang paling utama dalam hati kecil mereka.
Ramai yang tahu semasa dia memasuki sekolah perubatan di Raffles Institution, Singapura dia menyatakan dirinya dalam borang permohonan sebagai berbangsa "India". Anehnya, dia kemudiannya telah berubah menjadi seorang Melayu demi politik dan kini berpura-pura menjadi lebih Melayu daripada orang Melayu yang sebenar.
Apabila dia mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun 1981, dia mahu menjadikan Malaysia lebih hebat berbanding Singapura tetapi dia tidak mempunyai kebijaksanaan dan intelektual serta kepintaran sebenar untuk berbuat demikian. Dia juga gagal untuk mengubah pemikiran orang Melayu.
Mahathir telah menjadi duri dalam daging bukan sahaja kepada orang Cina tetapi bagi seuruh rakyat di negara ini.Kenyataan bersifat perkaumannya mengenai isu sijil KTAR telah menyakiti hati ramai kaum Cina. Orang Melayu juga turut tidak gembira.
Sumber : Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??