Friday, July 13, 2012

Kabinet bayangan Pakatan perlu ada pendekatan yang jelas

Baru2 ini, terdapat banyak komentar berkenaan dengan senarai kabinet bayangan yang diumumkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat sebagai persediaan awal gabungan parti2 pembangkang tersebut untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan di dalam PRU13 yang akan datang.
Ulasan para pemimpin Umno/BN mengenai senarai kabinet bayangan PR itu adalah jelas, para pemimpin PR masih tidak dapat bersependapat mengenai pembahagian portfolio2 di kalangan parti2 gabungan PR, maksud BN, PR masih berpecah dan tidak teguh, justeru daripada itu tidak layak memerintah negara ini.
Pendapat daripada kalangan umum pula, barisan kabinet bayangan PR itu tidak jelas dan tidak menonjolkan siapakah sebenarnya yang akan menjawat jawatan2 menteri di dalam kerajaan persekutuan yang baru, sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya pada PRU13 yang akan datang.
Di dalam kabinet bayangan yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan PR, terdapat 16 menteri termasuk jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya seperti yang berikut:
  1. Perdana Menteri
  2. Timbalan Perdana Menteri
  3. Menteri Kewangan
  4. Menteri Pendidikan
  5. Menteri Dalam Negeri
  6. Menteri Pertahanan
  7. Menteri Undang-undang (baru)
  8. Menteri Kesihatan
  9. Menteri Pengangkutan
  10. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  11. Menteri Pertanian
  12. Menteri Hal-ehwal Luar
  13. Menteri Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Luar Bandar
  14. Menteri Alam Sekitar
  15. Menteri Hal-ehwal Wanita
  16. Menteri Hubungan Kaum dan Dialog Antara Agama (baru)

Biarpun jawatan2 kabinet PR itu adalah kurang daripada Umno/BN dan boleh menampakkan suatu usaha penjimatan, namun didapati terlalu banyak nama terikat kepada setiap jawatan kabinet tersebut dan ianya telah menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan umum mengenai siapakah yang akan menjadi Menteri, Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen dan sama ada nama2 yang tertera di barisan pertama akan menjadi Menteri, manakala barisan kedua akan menjadi Timbalan Menteri dan sebagainya.
Daripada menyumbat terlalu ramai orang pada setiap kementerian2, adalah lebih baik jika para pemimpin PR membentuk Jawatankuasa2 Parlimen Berportfolio bagi memerhati dan memantau prestasi setiap kementerian yang ada.
Dengan adanya jawatankuasa2 yang sedemikian, ianya akan dapat memastikan prestasi, perjalanan pengurusan dan belanjawan di setiap kementerian dilaksanakan secara cekap, telus, amanah dan bebas daripada sebarang salahguna kuasa ataupun penyelewengan.
Sebagai makluman, sistem jawatankuasa2 Parlimen berporfolio ini telahpun dilaksanakan dengan jayanya di beberapa buah negara seperti New Zealand, Australia, Great Britain, Amerika Syarikat dan Kanada. Contohnya, Jawatankuasa Parlimen bagi Pertahanan di Australia yang mengawasi perjalanan pentadbiran di dalam Kementerian Pertahanan Australia, Jawatankuasa Kongress bagi Perisikan Amerika yang mengawasi prestasi semua jabatan2 perisikan di Amerika Syarikat; Jawatankuasa Senat bagi Kewangan di New Zealand dan lain2 lagi.
Keahlian jawatankuasa2 peringkat Parlimen seperti di atas adalah terbuka dan diagihkan kepada ahli2 parlimen kerajaan dan pembangkang. Dan jika sekiranya, PR berjaya menguasai kerajaan persekutuan di dalam PRU13 yang akan datang, mereka juga hendaklah membentuk sistem yang sedemikian di Parlimen yang akan merangkumi wakil2 daripada PR, BN serta parti2 pembangkang yang lain.
Selain daripada itu, pakar2 daripada luar dan para penyelidik (bukan ahli-ahli parlimen) juga boleh dijemput untuk menduduki jawatankuasa2 peringkat Parlimen ini untuk memberikan khidmat nasihat pakar yang perlu bagi membolehkan ahli2 Parlimen membuat keputusan mereka dengan lebih adil dan tepat untuk kepentingan umum.
Menurut para pemimpin Umno/BN, pemimpin2 PR sememangnya tidak mempunyai pengalaman langsung di dalam pentadbiran kerajaan. Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Umno/BN mempunyai pengalaman lebih daripada 50 tahun di dalam pentadbiran kerajaan dan pada masa yang sama, pengalaman mereka di dalam bidang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa juga amat meluas di kalangan pemimpin Umno/BN.
Sepanjang pemerintahan Umno/BN, defisit belanjawan negara sentiasa meningkat pada setiap tahun dan begitu juga dengan kadar inflasi. Skandal2 yang berlaku dan yang sedang berlaku telah banyak merugikan kerajaan kerana ianya melibatkan kehilangan berbilion2 Ringgit Malaysia yang telah lesap dengan begitu sahaja.
Sementara di negeri2 Pulau Pinang dan Selangor pula yang kini diperintah oleh PR sejak daripada April 2008 lagi, prestasi kewangan dan ekonomi di kedua2 negeri telah menampakkan pencapaian yang amat positif sekali di mana defisit di kedua2 negeri tersebut telah banyak dikurangkan dan pelaburan semakin meningkat.
Hutang Pulau Pinang telah berjaya dikurangkan daripada RM630 juta kepada RM30 juta sementara Tabung Perbendaharaan negeri Selangor telah meningkat sebanyak RM1.9 bilion pada tahun akhir 2011. Dan ini adalah merupakan satu pencapaian yang berjaya dibuktikan oleh para pemimpin PR yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan sebelum ini.
PRU13 kian dekat dan para pemimpin PR perlu menyedari bahawa rakyat masih belim begitu yakin dengan kebolehan mereka untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan walaupun sudah terdapat contoh pencapaian di peringkat negeri, kerana berdasarkan barisan kabinet bayangan yang ada sekarang tidak menampakkan pendekatan yang jelas dan semangat perpaduan di kalangan parti2 gabungan PR yang masih belum kukuh dan asyik diambil kesempatan oleh Umno/BN apabila terdapat isu2 sensitif yang berbangkit.
Untuk itu, pucuk pimpinan PR perlu memahami apa itu eartinya perpaduan dengan lebih mendalam, dan merombak semula kabinet bayanngannya bagi memperlihatkan komitmen mereka yang lebih kukuh terhadap perjalanan mereka ke Putrajaya.


Sumber : Malaysia Chronicle


P/S : 100 dalil Najib tak layak jadi PM akan bersambung lagi lepas ni. Buat masa ni wa tak sempat nak titpkan kerana kesibukan dengan tugas. 

1 comment:

  1. jika ditakdir Allah PR perentah alaysia saya cadandkan supaya nama nama Kementerian Malaysia ini di gunakan nama yg lama x cam skg panjang panjang entah apa nama nya nak sebut pun payah Contoh Kementerian Pertanian x yah sambung2 nak sebut pun payah ok tk

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...