Friday, July 13, 2012

RM160juta untuk beli MP? SPRM takkan buat pekak jer..

Berita ni wa cilok dari sini. Kalau betul la seperti apa yang telah di laporkan, ini merupakan satu cubaan untuk melakukan rasuah yang paling hina lagi keji serta satu penghinaan terhadap MP2 yang telah di beri kepercayaan oleh rakyat untuk mewakili mereka dalam Parlimen.


Pendedahan yang telah dibuat oleh beberapa MP dari Pakatan Rakyat ni bukan baru. Tapi wa heran la dengan laporan yang telah dibuat, seperti tiada tindakan yang sewajarnya yang di ambil oleh pihak berkuasa terutama SPRM. 


Sebagai contoh, dulu pernah ADUN lompat katak dari Malim Nawar membuat pendedahan sebelum dia membuat lompatan bernilai jutaan RM bahawa dia pernah di offer oleh pihak yang kalah dalam PRU12 di Perak untuk melompat supaya pihak yang kalah tersebut boleh membentuk kerajaan negeri semula. Dengar cerita sebanyak RM10 juta di tawarkan. Tetapi pada waktu tu, memandangkan dia tak ada sebarang kes yang boleh mengherat dia ke mahkamah, maka dia tolak malah membuat laporan polis pulak.


Tapi dengar cerita bila dia tersepit dengan masalah kewangan yang teruk hingga boleh mengakibatkan pekerjaannya sebagai peguam di 'hancur'kan, maka dengan muka serabainya dia melakukan lompatan yang bernilai jutaan RM, tapi tak la sebanyak tawaran yang pertama dulu. nak buat macamana, dah tersepit, sikit pun jadi la dari langsung tak dapat apa2 kan.


Kali ni pendedahan terbaru oleh MP Tanah Merah yang mendedahkan bahawa proses cubaan untuk membeli MP bermula ketika PM Najib mula2 mengambil alih tugas sebagai PM dari Pak Lah yang ditekan dengan begitu hebat oleh ahli2 Umno sendiri yang jugak dikatakan dalang disebaliknya ialah PM Najib sendiri.


Mengikut apa yang telah di sampaikan oleh MP Tanah Merah tu, dia bersama 7 lagi anggota MP telah ditawarkan sebanyak RM20 juta seorang jika melakukan lompatan yang akan mengkayakan mereka semua dalam sekelip mata. Tawaran ini dibuat adalah untuk mengekalkan majoriti 2/3 Umno/BN dalam Parlimen.


Tawaran yang dibuat cukup sekadar MP Pakatan supaya keluar dari Pakatan dan menjadi MP Bebas yang mesra Umno/BN. Tak perlu pun masuk Umno, cukup sekadar mencukupkan kuota 2/3 MP Umno/BN dalam Parlimen. Dan tawaran itu mesti dipenuhi oleh kesemua MP yang telah ditawarkan. Kalau lompat sorang2, tak dapat seperti apa yang telah di janjikan.


Bayaran yang dibuat pulak berupa RM10juta dalam bentuk aset rumah kedai dan RM10juta lagi dalam bentuk wang tunai dan kesemua mereka akan di arahkan untuk tinggal di Indonesia selama 2 tahun hingga semuanya kembali reda.


Sementara itu, MP Shah Alam pulak akan membuat pendedahan bersiri tentang cubaan pihak Umno/BN untuk membeli MP Pakatan dalam bentuk video kerana semua itu telah di rakamkan walaupun perkara itu telah dinafikan oleh Umno/BN. 


Dengan pendedahan ini, menampakkan betapa rendahnya moral dan kualiti yang ada dalam pimpinan Umno/BN. Kesemua MP Umno/BN rupa2nya cukup senang di beli. Pemilihan mereka sebagai MP atau ADUN merupakan tiket ekspress untuk mereka menjadi kaya dalam sekelip mata. 


Ini jugak merupakan amaran paling keras kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Jika terdapat mana2 MP atau ADUN dari Umno/BN yang mahu melompat dan menyertai Pakatan haruslah di teliti dan ditapis sedalam2nya. Kes begini telah terjadi di negeri Perak oleh Adun Bota yang mana akhirnya telah menyebabkan Pakatan Rakyat negeri Perak tumbang. Keikhlasan mereka untuk turut serta dalam perjuangan Pakatan Rakyat haruslah dibuktikan terlebih dahulu. 


Kita tidak menolak sesiapa pun yang mahu turut serta dalam perjuangan untuk menumbangkan Umno/BN tetapi keikhlasan itu haruslah di buktikan dahulu. Jangan pisang berbuah 4,5 kali lagi.


Akhirnya terjawab sudah transformasi yang di janjikan PM Najib. Transformasi dalam membeli MP2 dan ADUN2 Pakatan Rakyat yang tersepit dan kurang jati diri dalam perjuangan menegakkan kebenaran di dalam negara ini.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...