Monday, July 16, 2012

Tanah KTM: Najib tidak terlepas begitu sahaja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan terlepas begitu sahaja setelah menyebabkan negara rugi besar dalam perjanjian pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan Singapura, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Mengulas laporan bahawa stesen keretapi Tanjong Pagar kini dijadikan pusat pertunjukan fesyen oleh Singapura setelah berjaya memperolehinya dalam perjanjian pertukaran tersebut, beliau mempersoalkan, apa yang manfaat yang diperolehi Malaysia dari perjanjian tersebut."Singapura sudah mula membuat untung besar dengan penggunaan stesen keretapi Tanjong Pagar itu sedangkan Malaysia yang kononnya mendapat tanah secara percuma dalam perjanjian pertukaran itu masih lagi bergelut dengan isu caj pembangunan yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh Singapura setelah kononnya memberikan tanah secara percuma untuk dibangunkan," katanya. 

Salahuddin kesal, ketika Singapura sudah pun berjaya menjana pendapatan dan publisiti untuknya sebagai pusat fesyen antarabangsa, kerajaan pimpinan Najib masih lagi terkial-kial untuk mencari penyelesaian dalam isu caj pembangunan itu."Tidak ada apa-apa pembangunan kerana Najib dan kerajaannya diperdaya dengan 'development cost' atau caj pembangunan."Terpaksa menunggu dan terpaksa merayu agar dikurangkan. Kalau Singapura tidak mahu kurangkan, sekali lagi terpaksa pergi ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) untuk membuat keputusan dan 10 tahun lagi pun terpaksa berputih mata."Sebelum ini hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura di ICJ. Apa jaminan tanah KTM itu tidak akan hilang di ICJ setelah Najib diperbodohkan dalam perjanjian itu?" 

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.Salahuddin bertegas dengan pendirian bahawa apa yang berlaku itu hakikatnya adalah pengkhinatan Najib terhadap negara."Najib bertanggung jawab terhadap penghianatan itu. Perdana Menteri apa yang mudah terpedaya sedemikian rupa?"Saya tidak percaya Malaysia tidak mempunyai orang yang cerdik untuk menasihati Perdana Menterinya supaya tidak diperdayakan sedemikian rupa," katanya.Sebab itulah, Salahuddin enggan menolak spekulasi yang mendakwa bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah peras ugut dan pihak yang diperas ugut terpaksa merasuahkan tanah berharga kepada pihak yang memeras ugut.Dengan apa yang berlaku itu, Salahuddin bimbang, apa lagi yang akan terlepas dari negara ini jika terus diperintah oleh Umno."Tidak kiralah sama ada kerana terlalu bodoh atau sengaja merasuah setelah diperas ugut, setelah kita kehilangan Singapura pada 1965, Pulau Batu Puteh pada 2008 dan tanah-tanah KTM termasuk stesen keretapi Tanjong Pagar itu, apa lagi yang akan diserahkan oleh Umno kepada Singapura?" 

Dalam soal tanah-tanah KTM, masalahnya Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya," kata beliau.Salahuddin membangkitkan, perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTM adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja."Najiblah yang memusnahkan kelebihan yang berpihak kepada Malaysia dalam perjanjian 1918 itu apabila beliau mempersetujui perjanjian pertukaran tanah tersebut dengan (Perdana Menteri Singapura) Lee Hsien Loong," kata beliau penuh kesal.

Sumber : tranungkite.net

3 comments:

  1. habis tergadai maruah dan harta negara

    ReplyDelete
  2. akibat kebodohan umno perdana menteri m'sia najib yang sememangnya dah bodoh...maka tergadailah harta n marusah negara...

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada $$$ dah berpindah tangan. Maka buat keputusan bodoh tapi poket peribadi penuh.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...