Monday, July 9, 2012

Bahagian 3 : 100 dalil kenapa Najib tidak layak jadi PM..

Sungguh bertuah kalau ada lelaki yang berjaya untuk menawan hati Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, kerabat DiRaja Kelantan yang merupakan janda Najib Tun Razak. Beliau seorang yang lemah lembut, alim, patuh pada suami dan sanggup menempuh cabaran hidup yang penuh dengan pancaroba. Beliau seorang yang cantik dan layak untuk menjadi isteri kepada orang yang baik2 sahaja.


Jika nak dibandingkan beliau dengan isteri kedua Najib sekarang ni, bagaikan langit dengan bumi. Mungkin hanya kelebihan Rosmah ialah dia berpendidikan tinggi tapi yang lain2nya tak mampu untuk menandingi kelebihan yang ada pada Tengku Puteri Zainah. Walaupun tak berpelajaran tinggi seperti Rosmah, namun banyak pengalaman beliau sebagai isteri kepada seorang menteri dan begitu matang dalam bidang politik. Malahan beliau amat disenangi dikalangan isteri2 menteri dan wanita2 Umno.


Hairan bagaimana Najib boleh menolak tuah yang ada di depan mata. Tengku Puteri boleh di anggap seperti tanduk dan Najib bila sudah dapat gading, maka tanduk yang selama ini menjadi tempat dia bertaut dilupakan begitu sahaja. Perangai Najib yang tidak tahu menghargai dan membalas budi orang malah tidak tahu untuk berterima kasih dengan orang yang pernah membantu dia selama ini.


Memang bersimpati dengan nasib yang melanda Tengku Puteri tapi mungkin ada rahmat yang tersembunyi di sebaliknya. Walaupun di ceraikan oleh Najib dengan alasan yang amat meragukan, tetapi beliau tetap dihormati oleh semua pihak.


Paling menghairankan, bagaimana pulak Najib boleh tergila2kan Rosmah yang masih menjadi bini orang ketika itu. Apa kelebihan yang ada pada Rosmah hinggakan Tengku Puteri dibuang begitu sahaja macam sampah. 


Jika kelulusan akedemik yang menjadi keutamaan, Toh Puan Rahah dan Toh Puan Suhaila pulak apa kelulusan yang ada hinggakan layak menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia? Rasanya cuma kelulusan setakat tingkatan tiga sahaja tapi mereka telah membuktikan walaupun tanpa kelulusan yang tinggi, mereka mampu untuk bertindak sebagai isteri kepada bekas2 Perdana Menteri Malaysia yang baik, dihormati bukan setakat dalam negara tapi dunia dan tidak lepas laku seperti apa yang Rosmah Mansor dah lakukan kini.


Mereka dipercayai tidak memanggil bomoh2 dan tukang2 telek untuk mengikat kasih sayang suami mereka kepada mereka. Bahkan mereka tak perlu pun untuk berbuat begitu.


Mengikut cerita yang disampaikan, Tengku Puteri adalah seorang wanita yang penyabar. Dikala hati beliau runsing memikirkan apa yang telah terjadi, beliau akan mengambil wudu' untuk melakukan sembahyang sunat dan membaca Al Quran sebagai penenang jiwa. Beliau jugak tidak pernah meninggalkan perintah Allah S.W.T dan isteri begini yang sepatutnya di cari, bukan seperti Rosmah Mansor yang percayakan bomoh dan jugak perampas suami orang itu.


Kesabaran Tengku Puteri terbukti bila pelbagai tuduhan di lemparkan oleh Najib terhadap beliau dengan mengatakan beliau mengidap penyakit gila babi, sawan, curang, tidak pandai layan suami dan macam2 lagi. namun beliau tetap tabah menghadapi dugaan yang begitu berat sekali.


Sejak Najib menceraikan Tengku Puteri untuk bersama Rosmah, berbagai2 masalah dan kejadian buruk yang menimpa dia. Kehidupan dia tidak lagi indah ketika bersama dengan Tengku Puteri. 


Ramai yang meramalkan bahawa Rosmah akan menjadi penyebab utama kejatuhan Najib suatu hari nanti akibat penganiayaan yang telah dibuat terhadap Tengku Puteri. Bukan mempercayai ramalan, tetapi hakikat kebenaran tersebut kini sudah mula terserlah.


Pada waktu itu, mungkin baru Najib akan sedar dan insaf. Sebagaimana yang telah di perkatakan, jelas dan nyata perangai Najib amat2 berbeza dengan perangai arwah bapanya yang jugak bekas seorang Perdana Menteri Malaysia yang di hormati rakyatnya.


Mungkin disebabkan malu beristerikan Tengku Puteri yang tidak berkelulusan tinggi, maka ini cara yang di pilih untuk menyingkirkan Tengku Puteri dalam hidup dia. Kalau la Najib ni seorang suami yang baik, dia sepatutnya menghantar isteri dia pada waktu itu untuk menyambung pelajaran kerana dia mampu kerana mempunyai duit, kedudukan dan sebagainya.


Tapi penceraian yang dipilih sebagai jalan pintas untuk hidup bersama Rosmah Mansor. Paling dayus bila lafaz cerai yang dibuat cuma melalui surat dan tidak berani untuk berhadapan dengan tuan punya diri. Tindakan yang dibuat Najib dilihat cukup2 tak beradat langsung. 


Perkahwinan antara Najib dan Rosmah bukan hanya sebuah rumahtangga yang runtuh tetapi dua. Untuk kepuasan nafsu mereka, mereka sanggup untuk meruntuh dua buah rumahtangga sekaligus.


Bagaimana Najib mahu menjadikan dirinya contoh ikutan kepada rakyat sedangkan diri dia sendiri mempunyai perangai yang cukup hodoh. Najib gunakan nama arwah bapanya, kedudukan dan harta untuk membeli kepercayaan orang ramai. Malah dia gunakan duit rakyat untuk menipu rakyat.


~bersambung...

7 comments:

  1. AKU NAK UCAP TAHNIAH PASAI BLOG HANG PENUH DENGAN PEMBOHONGAN,FITNAH DAN DOSA....TAK APA LAH NO HANG JENIS TAK KISAH ...HANG AMBILLAH DUNIA NI....

    ReplyDelete
  2. Ada aku kesah?? hang check la balik kat sumber ni...
    kenapa penulis buku ni hingga kini masih belum di ambil sebarang tindakan??

    http://www.scribd.com/doc/16610690/File00106

    ReplyDelete
  3. kakrosmahengkauorgJuly 10, 2012 at 4:21 AM

    aku pun nak ucap tahniah kat engkau anonymous aka pencacai angkat najis rosmah. parti terencat nyawa2 ikan pun masih gigih nak membekappp...

    tu blm lgi dengar pengakuan adik rosmah sendiri di youtube..mcm2 adaaa

    ReplyDelete
  4. Hahahahahaa......UMNO dah nak mapus pun, ada juga pencacai lembu dok tegakkan UMNGOK!!!

    ReplyDelete
  5. Biarkan! Biarkan! Biarkan!
    keh keh keh keh...
    Biarkan lembu terus meragut di kondo mewah...

    ReplyDelete
  6. citer tahun 80an wkaku masih menetap di pantai timur. ketika itu, selain kes DS Najib, heboh juga citer fasal ziela jalil dgn. anwar musa.

    ReplyDelete
  7. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU Fhynha seorang TKI dari Thailand dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH BAKARO yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH BAKARO dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO di 082-333-348-575 ,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH BAKARO saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH BAKARO karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum Terimakasih atas tumpangannya.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...