Monday, July 9, 2012

Bahagian 2 : 100 dalil kenapa Najib tidak layak jadi PM..

Jikalau Allahyarham Tun Razak masih hidup, rasanya perkara seperti ini pasti tidak akan berlaku. Arwah seorang yang berjiwa rakyat dan tidak mementingkan status dan kedudukan serta darjat ketururnan. Bagi arwah, semua rakyat sama sahaja darjatnya. Beliau tidak pernah merasa megah dan berbangga dengan keturunan keluarganya malah beliau amat menghormati orang2 yang lebih tua dari beliau. Arwah Tun jugak senantiasa bersimpati dengan rakyat yang kurang bernasib baik. Jadi tidak hairan lah jika rakyat sangat menyayangi dan menghormati beliau.


Manakala Najib pulak, selepas pulang ke Kuala Lumpurdan masih berkawan intim dengan Tim, dia jugak ada satu lagi sparepart. seorang gadis berbangsa cina. Gadis cina ni dikatakan berasal dari Melaka dan bekerja sebagai Setiausaha di salah sebuah firma di Kuala Lumpur. 


Perhubungan antara Najib dan gadis cina ini pun telah melampaui batas2 sebagai seorang muslim. Kehidupan mereka seperti pasangan yang telah berkahwin. Malah ibu Najib, Toh Puan Rahah jugak tahu tentang perhubungan sulit antara Najib dan gadis cina ini. Walaupun telah berkahwin dengan Tengku Puteri, Najib tetap meneruskan jugak perhubungan sulitnya dengan gadis cina yang berasal dari Melaka ini.


Najib sebenarnya mahu mengahwini gadis cina ini tetapi di halang oleh ibunya. Dikatakan jugak bahawa perhubungan Najib dengan gadis cina ini telah melahirkan seorang zuriat luar nikah.


Akibat takut Najib akan mengahwini gadis cina yang bukan pilihahnnya, Toh Puan Rahah telah cepat2 menjodohkan anaknya itu dengan Tengku Puteri.Cuma enam bulan sahaja tempoh pengenalan mereka dan selepas itu mereka di ijabkabulkan dengan restu ibu Najib yang banyak memainkan peranan penting dalam mengatur hidup Najib.


Mengikut cerita yang disampaikan, Toh Puan Rahah telah meminta pertolongan dari Tengku Ahmad Rithauddeen dan Tengku Noraini untuk merncarikan jodoh bagi anaknya Najib. Toh Paun Rahah dikatakan meminta Tengku Rithauddeen untuk mencari jodoh bagi Najib dari kalangan kerabat di Raja Kelantan. dan apabila Tengku Puteri di perkenalkan, Toh Puan Rahah terus berkenan dan cepat2 meminta supaya anaknya dijodohkan segera dengan Tengku Puteri. Sedangkan pada waktu tu Najib masih tergila2kan Tim.


Menurut sumber, gadis cina teman wanita Najib ni pernah masuk hospital akibat kemalangan jalanraya semasa pulang dari Genting Highland bersama Najib. Kebetulan semasa kemalangan berlaku, menurut ceritanya kononnya kereta Datuk Seri Sanusi Joned ada di belakang. Kereta mereka dikatakan bertunda2 balik dari Genting. Masa tu kerajaan negeri Pahang belum lagi menguatkuasakan larangan bagi umat Islam untuk berjudi di Kasino Genting.


Menurut cerita saudara Najib belah bapanya, Tun Razak tidak yakin Najib boleh menjadi pemimpin kerana sikapnya yang suka berpoya2. Tun Razak lebih memberi harapan terhadap adik Najib, Johari.


Najib pulak kurang mesra dengan orang2 Umno. Banyak orang2 Umno yang ke Seri Taman untuk berjumpa Tun, mengatakan Najib lah yang paling sombong di kalangan adik beradik dia yang lain.


Hubungan Najib dengan saudara sebelah bapanya di Pekan, Pahang kurang baik kerana mereka kebanyakkannya miskin dan mereka jugak tidak berapa suka dengan sikap Najib yang sombong. Najib banyak lebihkan keluarga sebelah ibunya di Johor yang kebanyakkannya kaya raya dan hidup dalam kehidupan yang serba moden.


Malahan DYMM Sultan Pahang jugak tidak berapa senang dengan sikap Najib. Mungkin itu sebab kenapa Najib hanya sekejap menjadi Menteri Besar Pahang.


Semasa menjadi Menteri Besar Pahang, Najib dikatakan telah membuat onar lagi.Dia dikatakan menjalinkan perhubungan sulit dengan kerabat Di Raja Pahang. Yang menjadi dalangnya pulak ialah Encik Hamid, bekas Setiausaha Sulitnya. 


Perangai Najib ni lebih buruk lagi dari Tan Sri Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor yang ada skandal dengan kerabat DiRaja Selangor. Tetapi Mohammad Taib kira gentle la jugak sebab terus ambik jadi bini. Berbeza pulak dengan Najib, dia hanya suka membuat hubungan haram tanpa sebarang ikatan. 


Kalau dilihat dari segi luaran, memang sukar untuk kita mempercayai Najib ni kaki perempuan, kaki mabuk dan suka mengunjungi rumah2 keberet.


Najib patut sedar dan insaf sekarang. Dia pemimpin sebuah negara dan beragama Islam pulak. Jangan hanya Islam di mulut saja. Jangan hanya pandai selam sahaja. Kalau selam lama2, dan dalam2 pulak tu, nanti takut lemas pulak.


~bersambung....
  

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...