Monday, June 25, 2012

Kantoi lagi...

Halamak!!!! 
Macam mana plan yang di rancang kali ni boleh kantoi pulak ni? Tak kaw tim betul2 ke dengan yang empunya diri ke sebelum menghebahkan cerita ni pasal kes akuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR),  Datuk Razak Idris. Makin teruk tembelang Umno pecah satu persatu menjelang tarikh akhir riwayat pemerintahan yang ntah hapa2 ntah tu.


Paling memalukan bila bekas Pengarah Siasatan badan Pencegahan Rasuah ni menafikan sekeras2nya dakwaan oleh 2 akhbar pecacai milik Umno dan sekutunya bahawa dia di paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu akuan bersumpah bagi membersihkan nama DSAI kononnya RM3 bilion akaun bank tidak wujud seperti didakwa.


Lebih memalukan bila Datuk Razak mengaku bahawa arahan untuk mengeluarkan akuan bersumpah tersebut adalah idea dan ilham dari Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sendiri. 


Tindakan itu terpaksa dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi mengelakkan diri dia serta pegawai dia dari di sapina oleh DSAI sebagai saksi plaintif bagi kes saman sivil yang telah dibuat oleh DSAI terhadap akhbar News Strait Times.


Berikutan pendedahan ini, kredibiliti SPRM yang dulunya BPR makin bertambah merudum apabila agensi yang diharapkan untuk membendung kegiatan rasuah sendiri melanggar peraturan hanya kerana mahu menjaga tuannya dari di heret sama ke mahkamah.


Buat masa sekarang, kita nantikan apa pulak tindakan yang akan di ambil oleh pihak pendakwaraya negara ini terhadap pendedahan yang telah di buat oleh bekas orang kuat SPRM ini sendiri.


Makin bertambah la duit DSAI nampak gayanya. Boleh jugak dibuat modal untuk menghadapi pilihanraya. bukan setakat DSAI jer yang akan dapat duit terpijak, Abang Mat Sabu pun nampak gayanya akan dapat duit free jugak. 


Pemimpin Pakatan ramai yang akan jadi orang kaya segera jika mainan fitnah seperti ini tak di hentikan oleh pihak lawan yang ketandusan idea bagi menangani kebangkitan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran negara.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...