Friday, June 29, 2012

Akta hasutan, tak boleh di cabar!!

Bagi wa ni cuma akta yang di perkenalkan bagi menyekat Pakatan Rakyat yang nampaknya betul2 mempergunakan medium media baru sepenuhnya bagi menyampaikan maklumat terkini atau apa saja info terbaru kepada rakyat bagi menangkis serangan yang di buat oleh pihak Umno/BN dengan mengguakan media arus perdana.


Laporan pasal berita tu semua boleh baca kat sini. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata Perkara 4(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang2 sedemikian tidak boleh dicabar. Tapi undang2 yang telah tercatit dalam Al Quran sejak sekian lama tu mana pulak nak di campaknya.


Kalau nak kira menghasut, TV3suku, Utusan dan yang sealiran dengan nya lebih teruk menghasut. Malah hari2 ada sahaja berita yang di utarakan dalam bentuk hasutan supaya rakyat membenci Pakatan Rakyat dan hanya percaya kepada media kepunyaan mereka sahaja. Tapi hingga kini akta tersebut tetap kebal bagi mereka kerana tak pernah didakwa pun menggunakan akta tersebut.


Era pemerintahan PM Najib ni la aktiviti rasuah yang bermula ketika era zaman Tun Madey bertambah parah tak mampu untuk dikawal lagi dalam Umno sebab tak ada usaha2 untuk membendung gejala ini dari berterusan. Mereka lebih gemar untuk memperkenalkan akta baru yang boleh menjadi tembok untuk menghalang tembelang mereka dari terdedah.


Semua agensi kerajaan di kerahkan untuk melakukan tindakan yang dilihat cubaan untuk melindungi pemimpin yang korup termasuk SKMM  bagi menyekat penyebaran maklumat melalui internet yang mana medium ini sekarang menjadi medium utama pencarian maklumat berhubung sebarang isu yang melanda negara.


Wa cukup2 pelik sesangat dengan Umno/BN ni bila terlampau mengagung2kan akta yang telah di cipta penjajah sejak dari tahun 1948 lagi. Akta lapok yang sepatutnya dah tak di pakai lagi sebab dah tak relevan dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang ni.



No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...