Untuk mencari keyakinan yang kukuh bukan lah sesuatu perkara yang mudah sekarang ini apabila trend pengundi muda sukar untuk dibaca kecenderungan mereka. Pemberian berbentuk kewangan segera yang dijalankan pun belum menampakkan kesan bahawa sokongan rakyat akan memihak kembali kepada Umno/BN. Apatah lagi dengan pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat hingga keyakinan terhadap SPR semakin berkurangan malah SPR kini dilihat menjadi salah satu komponen dalam parti BN.
Isu keluar parti oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz boleh dianggap sebagai penyambung hayat Umno untuk menarik perhatian orang2 melayu bagi kembali memberi sokongan kepada Umno tapi belum pun sempat Umno untuk bergembira dengan berita itu, Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Kampar pulak buat hal.
Amukan Zamhuri yang jugak Ahli Majlis Daerah Kampar begitu mengejutkan. Pendedahan dia bagaimana urusniaga bagi memperolehi tender atau sebarang projek dalam Umno amat mengejutkan malah memberi tamparan yang agak hebat untuk Umno menafikannya. Malah isu Tunku Aziz keluar DAP tenggelam dalam sekelip mata disebabkan amukan Naib Ketua Pemuda Umno Kampar ini yang seperti teraniaya akibat permainan politik dalam Umno.
Semasa perhimpunan menyambut ulangtahun Umno yang ke 66 mengikut perkiraan pakar matematik Umno, keyakinan sedikit wujud walaupun perhimpunan tersebut penuh dengan sifat2 hipokrit para pendokong parti. Mereka menghimpunankan sejumlah ahli parti dengan menyediakan pengangkutan, tempat tidor dan pelbagai imbuhan lain hanya semata2 untuk menarik ahli supaya hadir ke perhimpunan itu sedangkan perhimpunan BERSIH pulak dibuat oleh kerelaan dan duit poket sendiri.
Perbezaan perhimpunan yang berlangsung selang beberapa minggu sahaja ini menggambarkan sokongan sebenar terhadap kedua2 belah pihak. Umno menggunakan segala kuasa yang ada untuk memastikan perhimpunan itu nampak mendapat sambutan sedangkan hakikat sebenarnya ramai yang hadir atas dasar paksaan dan imbuhan yang dijanjikan.
Tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang bahawa peserta perhimpunan itu mendapat imbuhan cukup berasas. Ini terbukti bila ada sungutan dari Ketua Kampung yang agak terkilan bilamana rombongan mereka terpaksa bertolak pada pagi hari Jumaat. Mereka mempertikaikan dimana mereka mahu bersolat Jumaat kerana terpaksa bertolak awal tanpa sempat nak bersolat Jumaat. Ye la kan, nak solat Jumaat kat mana jika pada waktu solat itu mereka masih berada didalam perut bas menuju ke Stadium Bukit Jalil. Dan terdapat jugak ketua kampung yang bersungut kerana duit peruntukan yang dijanjikan sebanyak RM100 seorang hanya tinggal RM20 sahaja.
Boleh dikatakan perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan tamparan yang cukup hebat kepada Umnno pimpinan PM Najib hinggakan seluruh dunia mengetahui bahawa Malaysia bukan mengamalkan demokrasi sebenar. Malah penganjuran BERSIH 3.0 bukan hanya di Malaysia, ianya telah menjadi isu yang global bilamana ada rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang belajar di luar negara turut menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 di tempat masing2. Dan sambutan PM Najib di London turut di cemari dengan laungan yang amat mengerikan dia supaya menerima cadangan dari pengajur BERSIH untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih adil, telus dan bersih.
Dan perhimpunan BERSIH 3.0 jugak telah menghapus sama sekali keyakinan PM Najib untuk membubarkan Parlimen supaya pilihanraya dapat diadakan dengan segera. Segala pemberian berbentuk imbuhan seperti BR1M, bantuan persekolahan RM100 dan berbagai lagi tenggelam begitu sahaja. Modal sudah dilabur tapi pulangan amat2 mengecewakan.
Hingga kini tarikh keramat pilihanraya masih menjadi tandatanya. Dah berbagai cara dilakukan untuk menarik sokongan tapi keliahatan masih gagal. Hanya bergantung kepada kepakaran SPR dan JPN untuk memanipulasi pilihanraya adalah satu option yang cukup berisiko tinggi.
Desas desus mengatakan ada berbas2 persiaran yang membawa orang ramai yang tidak diketahui identiti sebenar di angkut ke Janda Baik dimana lokasi Pusat Latihan UMNO (ILMU) terletak. Atas tujuan apa masih menjadi tandatanya. Kalau benar seperti apa yang di beritakan, maka pilihanraya kali ini memang seperti apa yang dicanangkan oleh Umno iaitu pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah. Dan terbukti dengan jelas siapa sebenarnya yang menggadaikan negara ini kepada pihak luar. Jangan terkejut jika dalam masa terdekat ini rakyat Malaysia akan bertambah dengan mendadak dan terdiri dari berbilang bangsa asing yang sebelum ini belum wujud.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??