
Teratas dalam senarai syarat untuk menjadi pemimpin Umno yang disegani mesti tahu bagaimana nak bermain politik kotor. Ya, politik kotor seperti yang diamalkan oleh Mahathir Mohamad dan Najib Razak ialah sebahagian daripada ciri2 budaya yang wajib ada didalam Umno. Taktik ini amat disukai oleh ramai pengikut dan pemimpinnya, yang bermimpi untuk bermaharaja lela seluruh negara dan mengaut sebanyak mana harta perbendaharaan negara ke dalam poket sendiri. Itu syarat utama untuk dilantik ke barisan saf hadapan.
Tidak perlu berinspirasi untuk bergerak mengikut jalan yang betul untuk naik ke jawatan tertinggi dalamUmno. Bila telah menjadi Ketua Bahagian pun, pulangannya pun sudah cukup2 lumayan.
Dan tips2 untuk dilantik dan dipilih sebagai Ketua Bahagian pun tetap ada syaratnya. Mula2 sekali, perlu dapatkan penyokong seramai mungkin untuk menghadiri mesyuarat agung supaya memperolehi lebih undi. Dan ini amat mustahak kerana perlu diaturkan supaya penyokong hadir tak kira bagaimana caranya termasuk la memberi wang poket sekalipun untuk memastikan kemenangan berpihak kepada yang berhajat untuk menjadi Ketua Bahagian.
Kemudian, dapatkan pulak sokongan padu dari ketua2 cawangan yang turut akan meyakinkan wakil cawangan tersebut untuk memberi sokongan kepada yang berhajat nak bertanding. Digalakkan untuk menawarkan insentif yang agak lumayan kepada ketua cawangan dan wakil, seperti lawatan ke Medan ataupun pakej Umrah.

Manakala jika mahu bertanding sebagai Presiden pulak, mula2 kena tonjolkan diri sendiri dan dalam masa yang sama mesti menjatuhkan pemimpin2 yang lain dengan apa cara sekalipun termasuk la fitnah, belot dan sabotaj. Ini ialah strategi yang amat digalakkan kerana telah terbukti berkesan.
Kemudian, dapatkan sokongan seramai mungkin pemimpin2 dengan pelbagai janji terutama untuk menyokong mereka bila tiba pulak giliran mereka untuk bertanding jawatan2 lain.
Dan akhir sekali, pra syarat paling penting untuk bertanding jawatan Presiden, pihak yang mahu bertanding perlu sanggup untuk melabur wang tunai yang agak banyak untuk merasuah Ketua2 Bahagian dan Ketua2 Cawangan, perwakilan2 dan sebagainya, terutama sekali yang tidak menyokong pihak yang mahu bertanding. Untuk Ketua Bahagian, harga semasa yang telah ditetap dan dipersetujui ialah sebanyak RM10 juta.

No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??