Thursday, May 3, 2012

Gaji minima : Takkan banyak tu jer kot..

Isu gaji minima ni kalau Pakatan Rakyat yang tak ketengahkan sampai mampoih la nasib pekerja tak terbela. Tapi la ni kelihatan Umno/BN pulak cuba nak jadi hero dengan memperkenalkan akta gaji minima. Tapi gaji minima yang di cadangkan oleh PM Najib hanya RM 900 bagi Semenanjung dan RM 800 pulak bagi Sabah dan Sarawak. Ada double standard pulak wei!!


Apakah PM Najib ni tak sedaq yang gaji minima yang dia cadangkan tu masih di bawah paras kemiskinan. Kalau banyak tu jer, rasanya tak membawa apa2 makna pun kepada golongan pekerja berbanding dengan kadar kos sara hidup dan peningkatan kadar inflasi.


Kalau setakat itu saja gaji minima yang diperkenalkan oleh kerajaan Najib, maknanya tak memberi kesan terhadap bebanan yang ditanggung rakyat selama ini. Tekanan hidup tetap akan meningkat kerana kenaikan gaji tak seiring dengan kadar kenaikan harga barang.


Berbeza pulak dengan kadar gaji minima yang telah dijanjikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Gaji yang diperkenalkan ialah sebanyak RM 1,100 sebulan. Dan gaji minima ini akan diwujudkan sama rata samada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. 


Walaupun pihak kerajaan pemerintah berkata bahawa gaji minima yang di perkenalkan Pakatan hanya untuk memancing undi, tapi apa salahnya jika ianya memberi manfaat yang agak lumayan kepada semua golongan pekerja. Dan jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti, segala janji perlu ditunaikan demi memastikan bahawa mereka tetap utuh memegang janji.


Malah Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan supaya menghapuskan segala bentuk monopoli dalam perniagaan yang hanya akan menguntungkan kroni kerana kesannya akan mewujudkan kesengsaraan terhadap golongan pekerja yang berpendapatan rendah.


Pakatan Rakyat menuntut supaya pendapatan negara diagihkan secara lebih adil dan sama rata kepada semua golongan pekerja kerana ia dapat menambah penggunaan tenaga kerja tempatan yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

1 comment:

  1. majikan tak pula diberi perlepasan cukai,dah nak berniaga susah,nak pinjam kat bank susah,sikit sikit komisen,tak ke gila nama nya. LYNAS senang senang dapat 12 tahun free tax.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...