Apakah PM Najib ni tak sedaq yang gaji minima yang dia cadangkan tu masih di bawah paras kemiskinan. Kalau banyak tu jer, rasanya tak membawa apa2 makna pun kepada golongan pekerja berbanding dengan kadar kos sara hidup dan peningkatan kadar inflasi.
Kalau setakat itu saja gaji minima yang diperkenalkan oleh kerajaan Najib, maknanya tak memberi kesan terhadap bebanan yang ditanggung rakyat selama ini. Tekanan hidup tetap akan meningkat kerana kenaikan gaji tak seiring dengan kadar kenaikan harga barang.
Berbeza pulak dengan kadar gaji minima yang telah dijanjikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Gaji yang diperkenalkan ialah sebanyak RM 1,100 sebulan. Dan gaji minima ini akan diwujudkan sama rata samada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Malah Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan supaya menghapuskan segala bentuk monopoli dalam perniagaan yang hanya akan menguntungkan kroni kerana kesannya akan mewujudkan kesengsaraan terhadap golongan pekerja yang berpendapatan rendah.
Pakatan Rakyat menuntut supaya pendapatan negara diagihkan secara lebih adil dan sama rata kepada semua golongan pekerja kerana ia dapat menambah penggunaan tenaga kerja tempatan yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
majikan tak pula diberi perlepasan cukai,dah nak berniaga susah,nak pinjam kat bank susah,sikit sikit komisen,tak ke gila nama nya. LYNAS senang senang dapat 12 tahun free tax.
ReplyDelete