Wednesday, January 8, 2014

Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??

Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas2 kerabat yang entah mana asal usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu yang Sultannya lari meninggalkan negeri bila negerinya di serang penjajah.

2, 3 bulan lepas, Sultan Kiram dari Sulu nak tuntut Sabah. Terbaru, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah pulak nak tuntut takhta kerajaan negeri Melaka. Klik sini dan sini

Wei!! Patutnya lu malu sebab keturunan lu berasal dari keturunan yang dayus. Sepatutnya lu pertahankan tanahair lu bersama rakyat hingga ketitisan darah yang terakhir. Tapi sebaliknya, moyang lu lari meninggalkan negeri dan rakyatnya terjajah.

Dan Sultan yang entah dari mana datangnya ni dah menang pulak tuntutan dia di mahkamah ICJ dan menuntut kerajaan negeri Melaka mengadakan rundingan dengan dia.
Gila!! Takkan la Khalil Yaakob nak lepaskan kerusi empuk macam tu saja. 
Boleh berangan la Sultan oi!!

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Paling memualkan bila rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan, ada pulak mamat yang entah dari mana datangnya nak hidup free. Makan tanggung, berak cangkung!!
Apa, mereka ingat rakyat ni tempat mereka nak kerah keringat untuk memuaskan nafsu mereka yang serupa Setan tu?

Yang ada pun dah cukup membebankan, nak ditambah lagi beban nak tanggung biawak hidup yang tak mampu untuk berdikari sendiri disertai dengan pakej dayus sebagai pelengkap kemeluatan rakyat terhadap institusi ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh..


Projek Gajah Putih? Jahanam wei..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama betul rasanya wa tak update blog semenjak bersara sementara selepas PRU 13 lepas. Ni pun sesaja nak update nak tengok respon kot2 ada yang sudi singgah kat sini lagi..

Dalam dok merayap kat facebook dan lain2 portal, terlintas pulak nak update blog. Tak dak sapa nak marah kot kalau blog ni berfungsi balik.

Dalam dok merayap kat facebook, jumpa pulak isu yang memang dari dulu menarik minta wa. Isu projek gajah putih. Kali ni kat Batu 7, Kuala Woh.
Udah terbior dan mula jadi sarang untuk mamat dengan minah tak ada akhlak melampiaskan nafsu. Macam gampang! Udah tak ada tempat lain gamaknya demer  nak ngancok ke sampey kat situ pun jadi. Lembu betoi ler..

Sayang oo kalau tempat2 peranginan menarik macam ni tak diuruskan dengan sempurna. Bukan kat sini saja, tapi kat kampung wa pun ada. Kawasan Gua Gendang, Kampung Tasek. Dulu lokasi tu jadi lokasi wajib bagi INTAN bagi menjalankan kursus tapi kini dah rosak teruk sebab tidak diurus dengan sebaiknya. Malah promosi pun boleh dikatakan tak ada langsung dari pihak berkuasa. Macam mana la tempat2 macam nak di kenali jika PBT sendiri pun tak berusaha untuk memajukannya. Bila kita cakap nanti, marah pulak kata kita ni memandai2..

keh keh keh keh keh keh keh....

Tahun baru 2014 wa sangat2 berharap agar agensi2 yang di pertanggungjawabkan menjalankan amanah dengan sebaiknya. Jangan la buat perangai tamak haloba yang tak bawak keuntungan pun malah akhirnya membebankan pihak lain pulak. 

Kalau tak mampu nak urus dengan baik, serahkan kepada pihak yang boleh menguruskan tempat tu dengan baik. Jangan biarkan ianya rosak hanya sebab sikap tamak..

keh keh keh keh keh keh keh keh...






Thursday, August 22, 2013

Lebuhraya Rakyat Kelantan dikhianati??

"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu... " - Dato Husam Musa

FAKTA ANGKA:

◆ Sebelum PRU13 - Lulus

◇ 3,000 hektar kawasan lombong bijih besi untuk dijadikan cagaran

◆ Nilainya RM2.5 billion

Pandangan Ringkas;

■ Sebuah syarikar dari Korea telah menyatakan minat untuk melabur dan membina Lebuhraya Rakyat RM1.8Billion pada sblm PRU13.

Dengan nilai Lombong terbabit, maka InsyaAllah Lebuhraya Rakyat mampu disiapkan, malah ada BAKI lagi sebanyak RM700JUTA utk pembangunan negeri.

□ Lepas PRU13, kelulusan tersebut ditarik balik dan diberikan kpd sykt tertentu? SIAPAKAH SYKT dan INDIVIDU yang dpt RM2.5 BILLION tersebut?

■ "Tangan ghaib" manakah yang mengkhianati impian rakyat untuk merasai sebuah LEBUHRAYA ini?

□ Terbaru dikatakan syarikat dari Abu Dhabi, dikatakan "berminat" untuk membiayai projek terbabit, selepas syarikat dari Korea tarik diri.

■ Adakah "tangan ghaib" itu mempunyai kepentingan dalam syarikat Abu Dhabi tersebut? Sampaikan DING DONG terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan secara terancang sykt Korea terbabit?

☆★ Hal ini perlu dijawab dengan ilmiah oleh Kerajaan Negeri, rakyat perlu tahu;

1. Kenapa syarikat Korea tersebut tarik diri? Adakah disebabkan oleh kelulusan lombong yang dijanjikan ditarik balik selepas TGNA & Dato Husam tiada dalam kabinet Exco Kelantan?

2. Siapakah "tangan ghaib" yang mengkucar kacirkan projek LEBUH RAYA Rakyat ini?

3. Siapa dan syarikat mana yang mendapat 3,000 hektar tanah tersebut dengan nilai RM2.5 billion sama dengan 2,500 juta itu?

Saya menantikan jawapan yang lengkap, bukan jawapan gopoh. Rakyat perlu tahu dan saya ingin tahu kebenarannya..




Tuesday, August 20, 2013

Baling kena gempa bumi.?

Wow! Dekat sangat kawasan gempa bumi kat Malaysia ni dengan kampung halaman wa. Kampung mertua Abu Nawas rasanya kot..

keh keh keh keh keh keh keh..

Kawasan MP Baling yang dah di upgrade menjadi Pengerusi Tabung Haji. Azeez Rahim yang sebelum ni suka bantu mangsa bencana alam, kena pulak kat kawasan yang dia wakili. Hhhmmmmmmm....

Bukan nak kata padan muka tapi cuba kita fikir2 sejenak apakah tanda2nya...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini.

-- BERNAMA

(photo sekadar hiasan)


Sunday, June 23, 2013

HAZE , HAZE , HAZE , HAZE .....



Orang politik sibuk membincangkan isu negara di sini dan disana.  Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat pulak sibuk dengan Konvension di De Palma Ampang.  Najib dan Muhyiddin tak tau hilang ke mana pulak ....


Sudahlah kau org semua semua kepala politik nie ....

Isu HAZE nie, kau orang ade buat apa ke ..?? Atau nak buat 505 HAZE pulak ...

RAKYAT SENGSARA, KANAK2 RAMAI DI HOSPITAL , ORANG2 TUA SUSAH NAK BERNAFAS... 
KAU ORG POLITIK ASYIK SIBUK MENGATASI MASALAH RAKYAT kONON, HABIS NIE BUKAN MASALAH KAU ORANG JUGAK KE UNTUK KESIHATAN RAKYAT??

Monday, June 10, 2013

PR vs BN : Dua2 macam gampang!!

Demo 15hb ni di tunda kerana orang2 politik sudah dapat rasa yang tak selamanya rakyat dapat di perbodohkan dengan ceramah 1 hala mereka. Orang2 politik ini mula sedar sekiranya mereka meneruskan rancangan hendak berhimpun pada 15hb ini, mereka akan mendapat malu yang amat besar kerana tidak akan mendapat sambutan.

Lalu mereka menunda ke tarikh 22hb kerana mereka mahu menumpang aktivis-aktivis yang sudah merancang untuk occupy di Parlimen. Di ketika itu nanti akan muncul lah Anwar Berahim, Rafizi, Saifudin Nasution dan yang lain2 lagi untuk memberi tahu kepada rakyat bahawa mereka adalah hero pada program tersebut.

Inilah kejahatan orang2 politik yang patut kita tentang. Anak muda sepatutnya sudah sedar bahawa selama ini orang2 politik mempergunakan mereka untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Oleh itu sudah tiba masanya untuk anak muda mengambil pendirian tidak bersama sama dengan mana2 parti politik agar tidak terus di jadikan barua oleh orang orang politik sebegini.

Sudah tiba masanya kita wujudkan satu suara ketiga dalam permainan politik jahat di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sunday, June 9, 2013

Pakatan tolak PSM? Canteeek!!!!!!

Gua melihat PSM tak diterima oleh Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang sangat positive. PSM boleh lebih BOLD mengeluarkan kenyataan mengkritik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional secara constructive untuk mengimbangi tindakan2 Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang reaksionari, pro capitalist/neo liberal dan pro big business.

PSM boleh bertegas melindungi rakyat marhean yang semakin tersepit dek dasar pro big business Lim Guang Eng di Pulau Pinang. Begitu juga di KL dan Selangor. Pertembungan ini lebih sihat dari pertembungan BN vs PR yang tak habis2 berkisar bab pungung pemimpin, siapa lagi Islamik dan siapa lagi cina.

PSM juga perlu mengubah polisi dari melihat ke atas (mendekati elitis PR) kepada melihat ke bawah, iaitu buruh,middle class serta segment2 masyarakat yang tidak mendapat keuntungan apa2 dari pertembungan BN vs PR. Gua ada keyakinan kekuatan PSM akan meningkat dengan hebat jika polisi pro marhean ini dapat diterjemahkan dalam tindakan.

Good Luck PSM. Moga ideologi sosialisma dapat dimanafaatkan pada rakyat.



Saturday, June 8, 2013

Peruntukan untuk Parliment dan DUN Kerajaan Malaysia



Peruntukan untuk semua Parliment dan Dun harus diberikan dengan segera untuk semua wakil Rakyat dari Barisan Nasional ataupun dari Pakatan Rakyat. Jangan main politik dengan duit untuk raky
at. Salurkan kepada wakil rakyat untuk mereka melaksanakan tugasan mereka .

Duit Rakyat untuk Rakyat, jangan susahkan Rakyat!!! Dato Seri Najib , you adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukan Perdana Menteri Barisan Nasional sahaja .... Ingat tu!!!!

Dato Seri Anwar Ibrahim, please lah press kerajaan dalam hal peruntukan nie. Menjadi tugas utama Ketua Pembangkang bila Parlimen mula bersidang buat pertama kali nanti ....


Friday, June 7, 2013

PKR Perak mengaku buat silap??

keh keh keh keh keh keh keh...



Akhirnya PKR Perak mengaku jugak yang depa buat silap. Klik sini. Ingatkan nak buat pekak badak macam Pengarah Pilihanraya PKR pusat jugak. Wa masih menanti kenyataan rasmi dari Pengerusi MPN Perak. Statement yang mengakui yang depa dah buat silap? Masih nak main politik lagi ke?

Tapi yang wa pelik, dah buat silap yang merencatkan gerakan rakyat tapi masih jugak nak bagi lagi peluang. Paling wa meyampah bila kali ni depa buat janji baru pulak. Konon nya PRU14 nanti depa akan dengar pulak cakap2 dan suara2 dari pihak bawahan.

Biasa la beb! Orang politik nak cover depa punya mistake. Kalau muka2 ni tetap kekal dan akan bertanding lagi dalam PRU akan datang, jangan harap la sinar kemenangan nak di perolehi. Boleh kirim salam banyak2.

Pengerusi MPN PKR Perak kalau rasa bertanggungjawab sangat, lepaskan jawatan sebab terbukti di bawah pimpinan dia, PKR Perak memang hancur. Langsung tak mempunyai stand untuk mempertahankan hak2 cabang masing2 di Perak. Tidak mampu untuk membuat keputusan. Ayat skeptical yang selalu politician pengampu pakai, kena rujuk keputusan pimpinan atasan...

Macam gampang!!!! Menyesal pun tak guna beb sebab lu orang semua keras kepala sebelum bertarung. Konfiden menang sangat. Sekarang baru tau apa sebenarnya KUASA RAKYAT. Baru semua ada akai!!!

keh keh keh keh keh keh keh keh keh....


Wednesday, June 5, 2013

Kepala lutut digunakan mengeluarkan pandangan, inilah jadinya beb!!!

Kalau sebelum ini lu orang mempunyai seorang Menteri Penerangan Komunikasi dan Multi Media yang PAN TIN TUN dan PAKAR MATEMATIK dalam BAB mengira berapa jumlah perserta HIMPUNAN melalui kiraan METER PERSEGI iaitu Datuk Seri Rais Yatim... Tapi sekarang ni lu orang dah ada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang BARU iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seorang yang pernah BERBUIH MULUT bila BERDEBAT kerana TAK FAHAM TAJUK PERDEBATAN atau dalam kata lain nya LAIN TAJUK, LAIN YANG YANG DIDEBATKAN.

Mungkin itu KISAH LAMPAU beb..!! Memang MANUSIA TAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN... dan sewajarnya PENGALAMAN LAMPAU dijadikan PENGAJARAN bila hendak membuat sesuatu perkara... baik dari TINDAKAN... PERBUATAN... TINGKAH LAKU serta KATA-KATA... namun rasanya itu semua tidak DIGUNA PAKAI oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang pernah BERBUIH MULUT sewaktu BERDEBAT dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim satu waktu dulu.

TERKINI beliau sekali lagi telah MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT bila mengatakan MAHUKAN KAWALAN KEATAS PORTAL ATAS TALIAN... yang paling LAWAK GILA BABI nya ialah bila menjadikan Negara Singapura yang dikatakan MENINDAS ORANG MELAYU dan Negara China yang BERFAHAMAN KOMUNIS sebagai IKUTAN... ini lah yang dikatakan CAKAP TAK SERUPA BIKIN beb... sebelum ini 1Malaysia DICANANGKAN konon nya hanya Negara Malaysia yang DIPERINTAH oleh Umno/Bn sebagai paling DEMOKRATIK dalam DUNIA.

Apakah PENINDASAN yang ISI PERUT UMNO selalu CANANG-CANANGKAN 1Malaysia tu hanya TEMBERANG aje... ini bagi MENAKUT-NAKUTKAN ORANG MELAYU supaya jangan MENGUNDI Parti DAP yang dikatakan KEMBAR kepada PAP.

Itu sebab lah ORANG DOLU-DOLU pernah mengatakan beb... CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG... CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR... sedangkan menjadi Menteri bukan nya BARU tapi dan BERTAHUN-TAHUN... nanti bila dikatakan BODOH tahu pulak MARAH... tapi SENDIRI BUAT KERJA SENDIRI TAK MAHU PIKIR... kalau ya pun GATAL MULUT nak bercakap sebagai Menteri sepatutnya AKAL FIKIRAN digunakan bukan nya KEPALA LUTUT JADI SANDARAN... dan kalau TIDAK SANGGUP atau TAKUT DIKRITIK baik jangan jadi Pemimpin beb.

Yang gua nampak Menteri mengeluarkan PANDANGAN CERDIK hanya seorang aje le yang boleh dikatakan CERDIK sikit beb... ianya ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin... selain dari itu belum ada lagi KENYATAAN CERDIK dari KABINET BARU Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)... ada seorang Menteri tu lagi lah beb siap suruh RAKYAT yang MEMBANTAH PENIPUAN oleh Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) supaya BERHIJRAH ke Negara lain... WAHHHH BANYAK CANTIK lu punya MUKA... SUKA HATI MAK BAPAK lu aje nak HALAU RAKYAT ya.


Tuesday, June 4, 2013

Suri rumah di Pulau Pinang dapat RM100 mulai 2014..

Suri rumah di Pulau Pinang akan menerima RM100 seorang mulai 2014 hasil sumbangan kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guang Eng berkata, program ‘Ibu Emas’ itu diberikan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

“Walaupun suri rumah tersebut adalah penyokong Umno atau BN, mereka dialu-alukan untuk mendaftar bagi mendapatkan pemberian wang tersebut selagi mereka adalah suri rumah yang tidak bekerja,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis menaik taraf Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubok, Lee Khai Loon.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga menyediakan pemeriksaan memogram percuma kepada semua wanita yang tinggal di Pulau Pinang.

“Pemeriksaan memogram percuma ini juga tidak mengambil kira fahaman dan ideologi politik wanita-wanita tersebut,” katanya sambil menegaskan, Pulau Pinang tidak mengamalkan prejudis seperti amalan pemimpin BN Terengganu dalam memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat.

Katanya, menjadi tanggungjawab mana-mana pihak yang menjadi kerajaan samada di peringkat negeri mahupun Pusat untuk membela semua golongan miskin.





Bila macai2 berbicara...

Hah! Elok sekat jer la semua akses kepada internet supaya senang pihak pemerintah nak kontrol maklumat dari tersebar dengan meluas dan cepat.

Klik sini dan sini sebagai rujukan dulu. Macai ni punya la bangangnya buat cadangan. Kalau nak mengampu pun agak2 la.

Mamat ni nak cerita bab hasut? Lebih baik dia pi suruh pihak pemerintah tutup dulu TV3suku yang setiap hari menghasut rakyat supaya membenci gabungan parti dalam Pakatan Rakyat yang mana pertubuhan ni semuanya sah dan berdaftar di bawah undang2 Malaysia.

Jangan kerana banyak pendedahan dan maklumat yang tak mampu untuk dikawal oleh pihak pemerintah, maka pihak pemerintah mahu mengharamkan sesuatu yang tidak salah pun penggunaannya. 

Tidak mengancam keselamatan negara sikit pun tapi wa setuju sesangat kalau kata mengancam keselamatan Umno/BN. Memang itu pun banyak tujuan para facebookers sekarang ni. Untuk berkongsi2 info dan menyalurkan maklumat2 penting sesama rakan2.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Kepada macai2 kalau korang perasan dekat link yang wa bagi tu, semuanya dari Selangor. Apakah ada cubaan untuk memikat hati Najib untuk di beri amanah untuk memimpin Umno Selangor? Masyuuukkk oooooo....

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...




Monday, June 3, 2013

Hot!!! Nasharudin Mat Isa pengapit pengantin lelaki lembut????

Dalam posting wa yang kat sini dan sini, wa cuma copy paste gambar dan artikel dari FB. Member wa tu kutuk kaw2 pengantin lelaki sebab lembut sangat. Tapi amat2 menghairankan bila masih ada wanita/pompuan/betina yang nak kat lelaki camtu? Auwwwww!!!!
Heran jugak la wa ni..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh....

Kali ni foto perkahwinan, yang boleh la di kategorikan Wedding of The Year tu lagi gempak bila dihadiri dan diapit oleh Ahli Pas yang jugak bekas Timbalan Presiden. Nasharuddin hadir di majlis perkahwinan lelaki yang memfitnah sahabat dia sendiri dalam Pakatan Rakyat yang jugak merupakan Ketua Umum PKR, saudara Anwar Ibrahim?


Apakah mantan Timbalan Presiden Pas dah tak kenal siapa musuh dan siapa pulak sahabat yang telah menguatkan parti dia yang kini dah mendabik dada kononnya dah kuat sangat tu.. Memang la hadir kenduri tu tak salah tapi yang pergi posing sambil tersengih macam kerang busuk tu buat apa? Nak timbulkan kemarahan penyokong PR yang kini masih tak berpuashati dengan cara pengendalian SPR ke?






Perghhhh...!!!!!

Nasharuddin Mat Isa ni memang mau bikin kontroversi la.. Sampai bila tindak tanduk dia yang nyata merugikan Pas dan menggugat keutuhan persefahaman dalam Pakatan Rakyat akan dibiarkan begitu saja.

Apa tindakan yang sepatutnya dah lama diambil oleh Majlis Syura Ulamak Pas? Yang wa heran, apa keistimewaan Nasharuddin ni sampaikan kebal dari sebarang tindakan walaupun melanggar dan merugikan parti Pas? Ada udang sebalik mee ke?

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Menteri baru ni sudah takut????

Walaweh...

2, 3 hari lepas, bukan main lagi Menteri Belia dan Sukan ni kritik kaw2 Sultan Pahang selaku Presiden FAM sampaikan Sultan Pahang terasa dengan apa yang dah Khairy katakan di Buletin Utama (sini) tapi hari ni dia pulak yang melompat mendesak SKMM bertindak tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang membuat posting menghina Yang Di Pertuan Agung.

Percubaan untuk divert isu? Kalau pun dah rasa sikit kurang senang dengan tindakan ghairah bila dilantik jadi Menteri Belia dan Sukan, jangan la menampakkan sikap bacul pemuda Umno dalam diri tu. 

Kena paham penghinaan di FB yang di mainkan untuk divert isu dia mengguris hati YDP Agong tu, sebenarnya bukan menghina YDP Agung. Yang dihina dan di cemuh oleh semua ialah penulis teks ucapan YDP Agung yang nada nya berbaur politi Umno/BN. Itu yang memualkan pemilik akaun FB tu mengikut firasat wa la kan..

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Kalau nak desak sangat pihak berkuasa tu, desak untuk ambik tindakan bagi kedua2 belah pihak. Dan kalau nak lagi gentle, ambik tindakan terhadap Menteri Belia dan Sukan ni sebab beberapa hari lepas dia pun hina Sultan jugak. Malah lagi teruk bila makcik2, pakcik2 yang dekat kampung pun boleh tengok secara live kat Buletin TV3suku...

keh keh keh keh keh keh keh keh.... 

Sunday, June 2, 2013

Hot!! KM Sabah bagi jawapan bangang???

keh keh keh keh keh keh keh...

Isu Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah yang tak dibenarkan memasuki Sabah ketika sambutan Pesta Keamatan masih belum mendapat jawapan yang solid bagi menyokong tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri Sabah.

Memang memalukan rakyat Sabah bila KM sampai kini masih mempertahankan tindakan dia hanya berdasarkan persepsi dia sendiri. Persepsi bahawa Nurul Izzah nak buat choas kat Sabah...??

Klik sini, sini, sini dan sini sebagai rujukan dulu. 

Paling lawak bila tindakan KM Sabah ni mendapat sokongan padu Timbalan dia. Ye la kan.. Tidak tak merasa pulak jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah tu kan..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Timbalan dia ni kata kerajaan negeri ada hak untuk halang mana2 ahli politik dari Semenanjung yang datang ke Sabah untuk menanam perasaan curiga dan benci terhadap kerajaan negeri.

Wei!!! Nurul Izzah belum pun lagi buat kesalahan tu sampaikan tindakan dah diambil terlebih dahulu hanya atas dasar perasaan takut? Takut segala penipuan dan penyelewengan di Sabah didedahkan kepada rakyat?

Bagaimana pulak jika kat negeri2 yang dikuasai Pakatan mengambil tindakan yang sama? Halau semua warga Sabah yang begitu ramai kat Selangor tu keluar dari Selangor? Amacam? Guna jugak alasan yang sama demi kesejahteraan rakyat Selangor.. Amacam??

Kalut gila dah KM Sabah ni termasuk la dengan timbalan dia sekali. Kita tunggu apa pulak respon Nurul Izzah atas isu ni. Wa rasa tak mungkin benda karut macam ni akan dibiarkan begitu saja. Boleh jahanam terus sistem pentadbiran negara ooo kalau sikap macam ni yang jadi amalan...

keh keh keh keh keh keh keh keh.... 

Saturday, June 1, 2013

Kritik kerajaan akan dibatalkan pasport mereka? Kenapa begitu?

Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu. 

Dato Alias telah mengeluarkan kenyataan yang Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan Pasport rakyat Malaysia yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima. Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh dilakukan dimana-mana, samada di dalam atau dari luar negara.

Kita bersetuju rakyat yang mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti itu, tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang rakyat mengkritik kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang berkaitan dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka di batalkan.

Tetapi jika seseorang mengkritik kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah ‘ultra-vires’ jika tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara yang zalim dan tidak bertamadun.

Rakyat dan pemimpin yang meminta pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu adalah tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang Di Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka.

Tetapi jika setakat mengatakan Najib atau Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak sesuai dengan negara, itu adalah isu politik dalaman dan tidak sepatutnya pihak imigresyen membatalkan pasport mereka. Tuduhan seperti itu pun sememangnya ada kebenarannya.

Apabila kita mendengar kenyataan-kenyataan seperti ini di keluarkan oleh mereka yang memegang amanah untuk mentadbir jabatan dan negaranya, kita amat khuatir dengan jenis apa negara kita akan berada pada masa-masa yang akan datang.

Saya secara peribadi berharap Ketua Pengarah Imigresen itu akan membuatkan pencerahan yang betul kerana ramai rakyat yang sedang tertanya-tanya kenapa kenyataan itu keluar dalam waktu yang sangat panas ini. Adakah kenyataan itu untuk menyediakan pemikiran rakyat yang jika ada pimpinan mana-mana pihak yang akan dibatalkan pasportnya nanti, rakyat diminta tidak bertindak dengan cara ganas atau apa?

Ramai yang sangat keliru sekarang ini. Ada pihak yang menggunakan kuasa sejak berdekad-dekad lamanya. Ada pihak yang telah merasakan akan dapat menggantikan kuasa sudah begitu celupar untuk mengambil tindakan dan memenjarakan pihak yang akan digantikannya itu.

Kalau hendak ambil tindakan pun biarlah setelah kuasa diperolehi. Tidak perlu bercakap besar diatas nama ketegasan dan pembaharuan. Apabila ternampak 'rusa dihutan tembak dahulu baru bersorak'. Tetapi mereka ini bersorak baru hendak menembaknya. Belum pun sempat menembak rusa sudah cabut lari.

Bila rusa sudah lari, marah-marah pula kepada semua orang kerana kesalahan sendiri itu. Diri sendiri tidak pernah bersalah.

Friday, May 31, 2013

Hot!! Johor negeri penuh maksiat???

Sorry to say la, wa bukan nak kondem negeri Johor tapi bila wa buat survey pasal kes 'ayam', negeri Johor punya kes pelacuran warga asing yang agak tinggi. Klik sini, sini, sini dan sini.

Wa rasa rakyat Johor pun rimas dengan situasi ini tapi apa kan daya, kuasa buka ada ditangan rakyat tapi pada pihak berkuasa yang terbabit.

Mana penguatkuasaan jika keadaan berterusan begini. Ini menambahkan lagi masalah sosial yang dah makin teruk melanda negara.

Heran bila negeri yang dikatakan kubu kuat Umno penuh dengan segala macam perkara maksiat. Tapi yang selalu digembar gemburkan, kisah masalah sosial yang berlaku di Kelantan sedangkan di Johor lebih teruk.

Cuba bayangkan apa yang berlaku di Johor sekarang ni berlaku pulak di Kelantan. Wa rasa hari2 berita warta perdana akan canangkan isu ni sampai rakyat naik muak..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...


Hot!! Lim Guan Eng hina melayu...

keh keh keh keh keh...

Sebab apa wa kata Ketua Menteri Pulau Pinang ni hina melayu? Sebab cina Melaka yang jadi Ketua Menteri Pulau Pinang ni dah tubuhkan Jawatan Kuasa Khas Anti Murtad bagi membendung gejala murtad di kalangan orang2 melayu yang mengaku Islam pada nama sahaja.

Memang tak guna sungguh la Ketua Menteri Pulau Pinang penggal kedua ni. Mana boleh seorang cina larang seorang melayu Islam murtad. Tu salah tu..

Bayangkan la kerajaan pusat dan negeri2 yang selama ini dikuasai Umno/BN tak pernah terpikir pun tentang masalah murtad ni. Hina nya seorang pemimpin melayu yang mengaku Islam tapi tak pernah pikir pun pasal masalah ni.

Sampaikan terpaksa pulak seorang berbangsa cina yang senantiasa di kafirkan pulak yang bertindak dulu dalam membenteras gejala murtad di kalangan umat melayu.

Mana perginya mamak2 naina Penang yang mengaku dah transform tukar jadi melayu Islam Umno tu? Kenapa tak demo bantah sebab ini penghinaan kepada korang yang melalak konon mempertahankan melayu sedangkan korang yang menjahanamkannya dulu.

Citttt!!! Pooodahhhh!!!!




Hot!! 33 report polis untuk cover SPR???

keh keh keh keh keh keh keh..

Wei!!! 

Umno Bahagian Muar buat report polis pasal dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 lepas.. Buat report pasal tak percaya yang dakwat tu tak kekal. Malah ada saksi yang mengatakan yang dakwat yang dicalit di jarinya kekal sampai 4 hari..

keh keh keh keh keh keh keh keh...

4 hari bhai jari pecacai ni berdakwat sedangkan jari wa sendiri pun setakat sehari jer. Tu pun wa tak cuci sebab nak tengok kekekalannya sampai ke tahap mana..

Klik sini dan sini. Sebanyak 33 laporan polis yang dibuat di Balai Polis Parit Jawa dan IPD Muar.Tapi yabng buat report tu dah tentu la dari Umno sebab nak cover tembelang SPR yang dah kantoi. 

Yang wa heran, depa ni masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Dah terbukti yang dakwat tu memang tak kekal seperti apa yang telah dikatakan oleh SPR sebelumnya. 

Masa sebelum mengundi lagi pihak BERSIH dan Pakatan mintak SPR tunjukkan sample yang akan digunakan tapi pihak SPR berkeras dengan mendakwa bahawa tak perlu diragukan kerana dakwat itu sudah diuji dan ternyata kesannya hingga 7 hari. Itu apa yang di katakan oleh SPR tapi kini, apa cerita pulak?

Dah kantoi sebab nak cover kekantoian tu, depa terpaksa jugak lodge report untuk backing seolah2 mau melepas tangan dengan apa yang telah terjadi? Dimana kredibiliti SPR jika sejak awal lagi isu ini dah penuh dengan kemusykilan.

Sekarang ni bukan hanya Pakatan Rakyat jer yang menghasut rakyat supaya jangan mempercayai SPR tapi terbukti SPR sendiri yang meletakkan level mereka serendah itu dengan melakukan penipun berhubung dakwat kekal sejak dari awal lagi..

Apa pun yang pasti, duit rakyat banyak telah dibazirkan dengan hanya untuk membeli dakwat pen yang hanya sekali dua cuci pun dah clear..


Thursday, May 30, 2013

Sidang Dewan Rakyat wajib live! Renungkan....

Ini saranan dan cadangan dari friend FB wa yang salute jugak kepala hotak pemikiran dia. Tapi dia tulis dalam bahasa ibunda dia, Negeri Sembilan. So wa translatekan jer la ke dalam bahasa biasa supaya senang nak paham. Mana tau kot2 masih ada yang tak berapa nak paham dengan bahasa member wa ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh..



Pakatan Rakyat tidak perlu sangat nak desak kerajaan nak masuk TV1 & TV2. Atau bikin stesyen TV sendiri pun aku tak setuju kerana kosnya tinggi dan jangan mimpi la ianya akan diluluskan. Yang perlu didesak sekarang ialah channel TV khas untuk sidang Dewan Rakyat. Bila Sidang Dewan Rakyat start bersidang, maka channel itu akan hidup bersiaran secara langsung  dikaca tv setiap rumah. Itu pun dah cukup. Yang penting siaran secara live.

Rakyat berhak untuk tahu apa yang wakil rakyat mereka buat semasa bersidang. Daripada situ kito boleh menilai prestasi wakil rakyat kita. Adakah wakil rakyat kita buat homework sebelum berhujah? Adakah jawapan para menteri setaraf dengan budak darjah tiga? Adakah wakil rakyat kita enak membuta ketika dewan sedang bersidang? Adakah wakil rakyat kita tak pernah hadir pun setiapkali Dewan Rakyat bersidang? Soalan2 diatas takkan terjawab jika sidang Dewan Rakyat kita tidak disiarkan secara langsung.

Bukan setakat Dewan Rakyat, setiap DUN-DUN negeri juga wajib disiarkan secara live ketika Dewan Undangan Negeri mereka bersidang. Di negara barat, pekara ini adalah biasa tetapi luarbiasa di negara2 dunia ketiga. Malaysia kan dah nak maju tahun 2020, takkan nak jadikan negara Zimbabwe sebagai benchmark. Penanda aras kita ialah negara maju, bukan negara paria bro...


P/S : Kalau kerajaan pusat tak mau buat, apa kata negeri Selangor dan Penang yang buat dulu melalui portal TV Selangor. Buktikan ketelusan sistem pentadbiran yang dijadikan amalan oleh Pakatan Rakyat. Baru makin ramai yang yakin dengan potensi ketelusan pentadbiran Pakatan.. Tu cadangan tambahan dari wa laa...

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...