Friday, May 31, 2013

Hot!! 33 report polis untuk cover SPR???

keh keh keh keh keh keh keh..

Wei!!! 

Umno Bahagian Muar buat report polis pasal dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 lepas.. Buat report pasal tak percaya yang dakwat tu tak kekal. Malah ada saksi yang mengatakan yang dakwat yang dicalit di jarinya kekal sampai 4 hari..

keh keh keh keh keh keh keh keh...

4 hari bhai jari pecacai ni berdakwat sedangkan jari wa sendiri pun setakat sehari jer. Tu pun wa tak cuci sebab nak tengok kekekalannya sampai ke tahap mana..

Klik sini dan sini. Sebanyak 33 laporan polis yang dibuat di Balai Polis Parit Jawa dan IPD Muar.Tapi yabng buat report tu dah tentu la dari Umno sebab nak cover tembelang SPR yang dah kantoi. 

Yang wa heran, depa ni masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Dah terbukti yang dakwat tu memang tak kekal seperti apa yang telah dikatakan oleh SPR sebelumnya. 

Masa sebelum mengundi lagi pihak BERSIH dan Pakatan mintak SPR tunjukkan sample yang akan digunakan tapi pihak SPR berkeras dengan mendakwa bahawa tak perlu diragukan kerana dakwat itu sudah diuji dan ternyata kesannya hingga 7 hari. Itu apa yang di katakan oleh SPR tapi kini, apa cerita pulak?

Dah kantoi sebab nak cover kekantoian tu, depa terpaksa jugak lodge report untuk backing seolah2 mau melepas tangan dengan apa yang telah terjadi? Dimana kredibiliti SPR jika sejak awal lagi isu ini dah penuh dengan kemusykilan.

Sekarang ni bukan hanya Pakatan Rakyat jer yang menghasut rakyat supaya jangan mempercayai SPR tapi terbukti SPR sendiri yang meletakkan level mereka serendah itu dengan melakukan penipun berhubung dakwat kekal sejak dari awal lagi..

Apa pun yang pasti, duit rakyat banyak telah dibazirkan dengan hanya untuk membeli dakwat pen yang hanya sekali dua cuci pun dah clear..


3 comments:

  1. Report yang saya buat pada tarikh yg sama 5hb May selepas mengundi kerana dakwat dijari hilang camna? Masih tak betul lagi ke sebab ketika report dibuat Polis mengambil gambar jari saya. Gambar jari saya diambil pada hari yg sama selepas mengundi bukan tunggu 4 hari atau 7 hari. Besama2 saya ada ramai lagi kebanyakkannya warga non malay sebab org melayu dikawasan saya 99.9% adalah UMNO walaupun mereka semua mengakui dakwat dicalit hilang setelah terkena air.

    ReplyDelete
  2. lembu dapat rumpuh hijau sikit,menguak la dia????bodoh!

    ReplyDelete
  3. I give, you give me la..kut2 33 ekoq tu dpt dato' ke tan sri ke..kan ke skrg ni senanag2 je boleh dpt pingat tu,syaratnye ampu kaw2..

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...