Thursday, February 28, 2013

Lawak Khamis : I Love my PERMATA!!!

Semua orang tahu Rosmah Mansor akan sentiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu “boros berbelanja”, bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau “queen control”. Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib yang dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal-pembaca berita RTM ). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi.

Akhirnya kini, Rosmah sudah berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat “tunjuk sebab”, gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan.

Sumber : Mafiaboss Melayu

Wednesday, February 27, 2013

TNB dan IPP : Apa solusi jika PR take over Putrajaya??

Tarif Elektrik membebankan rakyat ?
Kenapa tak kaji perjanjian dengan IPP ?

Peningkatan Kos Operasi @ Peningkatan Subsidi @ Perjanjian Berat sebelah a.k.a Bodoh ?

-Peningkatan Kos Operasi Harga gas, diesel dan arang batu yang tidak stabil di peringkat antarabangsa, ini menyebabkan kos penjana tenaga kian meningkat.

- Peningkatan Subsidi Petronas dikatakan telah memberikan subsidi gas sebanyak RM19 bilion pada tahun 2010 kepada IPP dan TNB.

- Perjanjian Berat sebelah Perjanjian konsesi IPP bersifat 'berat sebelah'. Akibat daripada perjanjian berat sebelah ini, akhirnya pengguna yang perlu menanggung bebannya. Sebarang peningkatan harga ini akan ditanggung oleh pengguna melalui formula pass-through.

TNB membayar 45 peratus keseluruhan kos operasi hanya kepada IPP. IPP menjana sebanyak 67 peratus daripada keperluan elektrik, manakala TNB pula menjana sebanyak 33 peratus. Cthnya pada thn 2009 Rizab tenaga berlebihan adalah sebanyak 53.2 peratus berbanding dengan tahap piawaian antarabangsa yang ditetapkan sebanyak 25 peratus.

Ini bermakna TNB telah membayar 53.2 peratus jumlah tenaga elektrik yang hanya untuk disimpan bagi menghadapi sebarang gangguan penjanaan elektrik. Walhal dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik. Jika dilihat daripada senario ini menunjukkan negara sebenarnya tidak memerlukan IPP untuk menjana elektrik dan menjualnya kepada TNB.

Ini berdasarkan jumlah perbelanjaan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh kerajaan, sama ada kos pembelian tenaga elektrik oleh TNB atau subsidi gas Petronas kepada IPP.

Sepatutnya kos pembelian tenaga itu digunakan oleh TNB membina stesen penjana elektrik yang baru bagi menampung keperluan elektrik negara.

P/S : Perkara inilah yang harus difahamkan oleh pengguna kenapa kita terpaksa menanggung kos yg tinggi akibat daripada Perjanjian berat sebelah.

Sumber : Pakatan Rakyat Supporters

Mami Ijat lembu kembali berbunyi..

Wow!!!!!!

Mami Ijat dah kembali berbunyi bila cerita lembu kini bukan lgi cerita popular yang menjadi buah mulut, sembang santai politik kedai kopi.

Kenyataan terbaru dan ulasan Mami Ijat pasal manifesto Pakatan Rakyat, boleh klik sini , ibarat cerita fairy tales Alice In Wonderland. Memang depa punya taste semua cerita dongeng orang putih yang diambik sebagai contoh. Cerita dongeng melayu mana depa mau pakai pun.

Ni, wa nak tanya kat Mami Ijat! Cerita manifesto Pakatan hang boleh kata mengarut tapi pasal cerita lembu duduk kondo hang tak mau ka kata benda tu pun mengarut?

Hang ingat rakyat mudah lupa ka? Hang ingat teori Tun Madey boleh pakai lagi ka la ni? Hang ingat orang melayu mudah lupa ka?

Sorry!!!! Kali ni sapa salah, tanggung la akibatnya. Takdak lagi projek bail out kroni macam zaman Madey dulu. Rakyat dah celik info, sekelip mata berita boleh tersebar dengan meluas melalui medium baru ni. Medium yang bos hang, PM Najib kata kena kawal selia. Maknanya kena ada mekanisma berbentuk sekatan la tu. Macam la orang tak tau maksud yang tersirat di sebalik ucapan yang keluar dari mulut si bibir merah tu..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Cerita dongeng Alive In Wonderland ka, cerita Upin Ipin ka, cerita Sang Kancil dengan kura2 ka, tapi tak boleh potong rating tertinggi cerita hot abad ni, cerita lembu duduk kondo. Hanya kat Malaysia saja orang bela lembu dalam kondo. Kat negara lain belum di praktik kan lagi. Mungkin teknologi ni akan di kembang ke Kazakstan dalam masa terdekat ni atas projek PM bersama besan nya...

Muahahahahahahahahahahahahahahahaha...

Lagi pro UG bakal masuk perangkap???

Nampaknya sorang lagi Ahli Majlis Syura Pas nak masuk perangkap Umno. Kalau betul la pun putar belit dari media pecacai, dah tau Utusan ni barua Umno, yang dok pi layan tu buat apa.??

Dah la nama pun terpalit sebagai sebahagian dari Ahli Majlis Syura@Ulamak yang menyokong agenda Kerajaan Perpaduan, lagi mau bikin panas dengan ulasan yang mengatakan jawatan PM andai Pakatan berjaya tumbangkan Umno/BN bukan hak milik mutlak Anwar Ibrahim.

Wei....

Ostad! Lantak la sapa pun PM, agenda utama ka ni nak jatuhkan Umno. Bukan nak berebut pakat2 nak jadi PM. Kalau ya pun hang dah termakan umpan jawatan menteri yang di tawarkan dalam perbincangan sulit dengan Umno, jangan la tunjuk sangat yang hang tu dok gila nak kejar jawatan. Takut nanti tak merasa langsung nak jadi MP.

La ni nak bagi peringat kat pimpinan Pakatan Rakyat sikit, jangan kerana sudah nampak ghanimah depan mata, maka fokus untuk tumbangkan Umno di ketepikan hanya kerana tamak untuk memenuhi temolok peribadi. Lagipun Tuan Ibrahim ni pun dah berbunyi senada dengan Hasan Ali la lenggoknya.. Anda perasan tak? 

Bila drama ni nak tamat??

Apakejadahnya sampai la ni masih belum sebarang tindakan diambil terhadap penceroboh asing yang bersenjata yang masuk ke Lahad Datu, Sabah. Takkan nak tunggu chaos baru nak bertindak.

Boleh tengok apa reaksi kedua2 reaksi antara Malaysia dan jugak Filipina kat sini.

Bayangkan masuk ceroboh negara orang pun sampai kini masih bebas tanpa sebarang tindakan. Dapat layanan istimewa hanya kerana mengaku waris sultan yang masih misteri dan diragui akan susur galur keturunan dan kebenarannya.

Mana akta2 imigresen ya g sering digunapakai bagi menangangi pendatang tanpa izin yang dikai selama ni? Takkan hanya sebab dia mengaku waris Sultan Sulu, dia dah dapat layanan yang istimewa dari kerajaan Malaysia.

Sepatutnya kumpulan yang mengaku waris sultan Sulu ni pun di tangkap seperti PATI2 lain kerana dah langgar undang2 negara kerana menceroboh masuk tanpa dokumen dan kebenaran yang sah. Sepatutnya di tangkap dan di sumbat kat pusat tahanan. Bukan dibiarkan bebas menimbulkan raa kurang senang penduduk tempatan dan rakyat Malaysia am nya.

Tuesday, February 26, 2013

AWAS..! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT..JANGAN MUSUHI RAKYAT..!

Terbukti..sesiapa yang menentang arus kebangkitan rakyat bermakna menjerut leher sendiri..

Rangkaian kedai makan mamak dan produk kicap Tamin mungkin akan menerima nasib yang sama dengan Sekincan ikan bakar yang sudah pun gulung tikar lantaran terlalu memandang rendah kebangkitan rakyat serta terang2an mengampu pemimpin zalim..!

Beberapa orang celebriti termasuk pakar motivasi juga bakal kecundang dengan penangan PEOPLE POWER..!

You scratch my back and I'll scratch yours..

Sumber : Korie Goldfinger

p/s : Amaran buat peniaga. Kalau nak cari makan dengan meniaga, buat la elok2. Jangan nak babit dalam politik. Kang tak pepasal menerima nasib yang sama dengan Sekinchan Ikan Bakar.
Lu kalau meniaga, lu punya customer terdiri dari pelbagai latar belakang politik, so jangan tunjukkan lu punya kecondongan. Nanti makan diri balik beb!!!

Najib makin poyo, peluang PR cerah??



Alamak! Sinar Harian ni gila ke? Berani siarkan laporan dari Merdeka Center yang mengatakan populariti PM Najib makin menurun. Bleh klik sini kalau tak caya.

Dah makin banyak turning over sejak dekat2 dengan pihanraya umum ni apa citer? Dengan isu P.I Bala yang nak buat road tour seluruh negara dengan penjual karpet si Deepak. Berani pulak dia balik Malaysia sedangk dulu bersermbunyi sampai tak dapat di kesan.

Wa sikit musykil la dengan kemunculan Deepak ni. Wa rasa ada orang belakang Deepak ni yang jadi mastermind untuk jatuhkan PM Najib dan mengkucar kacir kan Pakatan Rakyat.

Dah la dalam Pakatan pun masih putuskan calon untuk di kempenkan, untuk di semak latarbelakang samada sesuai atau tidak dengan kawasan tersebut. Samada calon tesebut direstui bukan hanya ahli parti, tapi penduduk local yang akan memberi undi nanti. Kalau ahli aprti dalam Pakatan ramai mencecah juta2 lain la beb! Itu pun dah ada yang mula nak tunjuk sombong sedangkan kuasa belum lagi di tangan.

Harapan dah di bagi kepada Pakatan untuk take over pemerintahan negara dari Umno/BN. Peluang dah terlalu lama di bagi pada Umno tapi sampai kini makin mengarut. Terlampau byak mistake yang dah tak boleh untuk di cover up di sebabkan perkembangan teknologi. Jangan bila dah nampak peluang, ramai la yang dari lalangan Pakatan yang berebut jawatan nak jadi calon sampai ada boikot memboikot. Mungkin belum parah tapi bunga2 tu dah mula ada.

Jangan di sebabkan korang yang kononnya pemimpin yang lebih baik dari Umno rosakkan peluang rakyat untuk turunkan Umno/BN nanti cukup la sebab penentu kemenangan dalam PRU 13 nanti adalah pengundi muda dan pengundi atas pagar yang tak di ketahui kecondongan politik mereka. Sayang kalau peluang ini terlepas..

Thursday, February 21, 2013

Dimana Umno kuat, disitu Melayu merempat!!

Selama ni wa tak pernah terpikir pun kenapa di Johor Umno boleh bermaharajalela sampai begitu punya lama. Akhirnya persoalan wa tu terjawab bila Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan bahawa melayu Johor la paling miskin dan mereka makin miskin bila pelaburan di bawa masuk.

Boleh klik sini kalau lu orang tak percaya.

Dah habis berapa banyak hartanah hak milik negeri Johor yang dah tergadai atas nama pembangunan? Apa jadi dengan Wilayah Iskandar? Rakyat Johor hanya mampu tengok jer hasil kekayaan negeri di kaut oleh warga asing atas ketidakperihatinan kerajaan negeri yang memerintah.

Bayangkan Presiden DPMM ni kata orang melayu Johor miskin jadi pihak yang berkenaan akan buat kondo dengan kadar harga RM350k hingga RM400k. Kalau dah namanya miskin, macam mana dia nak beli lot kondo tu. Harga pulak lebih dari suku juta RM. Kalau dah ada duit banyak tu, bukan miskin lagi dah namanya tu wahai Pak Presiden oi!!

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Dalam dok bangga kononnya ekonomi negeri Johor mantap rupa2 rakyat dia terutama bangsa melayu terdiri dari kalangan orang2 miskin belaka.

Lebih bagus Kelantan. Walaupun hari2 mendapat laporan negatif dari media pecacai arus perdana tetapi rakyatnya khususnya orang2 melayu berpendapatan yang mencukupi untuk seisi rumah dan mempunyai kuasa beli dan menguasai ekonomi negeri.

Wednesday, February 20, 2013

Berita gempak : MB haram Perak lari....???

Ni berita yang wa terima dari kawan2. Berita tergempak berkenaan pertukaran kerusi Dun di mana MB Zambery akan di katakan akan bertanding di Dun N 1, Pengkalan Hulu.

Ini kerana di katakan kerusi Dun Pangkor kini bukan lagi selamat baginya. Maunya tak, bakal lawannya nanti ialah Laksmana (B) Imran yang jugak berpengaruh kuat di Dun Pangkor di samping sentimen pengundi cina yang total menolak Umno/BN.

Jika sahih la berita ni, maka melopong lagi la calon tempatan yang dah lama mengidam nak calon berikutan pengumuman persaraan penyandangnya, Tajol Rosli yang jugak bekas MB Perak.

Dikatakan banner menolak perkara ni dah mula di naik kan di tengah2 pekan Pengkalan Hulu.

keh keh keh keh keh keh keh keh...

Nasib badan la Umno Kroh@Pengkalan Hulu oi!!!


Nak tau lagi kisah MB ni, bleh klik sini.

Selangor makin panassss....

Wow!!! Selangor dah makin panas. Gara2 MB yang tak mau tunduk terhadap sebarang tekanan tak kira dari pihak Umno dan jugak Pakatan.

Bleh klik sini dan sini.

Pengambilalihan SYABAS dan pengumuman pembubaran sidang DUN pasti akan menjadi tamparan yang paling hebat buat Umno nak masih bermain teka teki tarikh pembubaran Parlimen.

Negeri2 Pakatan yang lain tak mau ikut jejak langkah yang gempak habis macam yang negeri Selangor ni buat ke? Takkan dah ada kuasa untuk bubar DUN masih nak tunggu mandat dari Rosmah FLOM jugak????

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh....

Listen! Listen! Listen!

Isu palsu..?
Dengar..fikir..faham..jawab!

Berhati2 dengan setiap isu dan peristiwa yang disogok terutama menjelang PRU13 silap langkah kita terperangkap..

Jangan terburu2 membuat ulasan atau respon dengan isu;
1. Kumpulan Penceroboh Bersenjata Di Lahad Datu Sabah. 
2. Penahanan Senator Australia Nick Xenophon oleh Imigresen di lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Sepang kerana beliau disenaraikan sebagai musuh negara.

Modus operandi Mahathir Kutty apabila setiap kali menjelang PRU ialah mencipta krisis dengan Singapura. Dia akan berperang mulut dengan pemimpin. Temasik dan media upahan akan mengolah isu2 rekaan ini seolah2 negara terancam dengan campurtangan pihak luar.

Rakyat akan diseru bersatu demi negara.. Himpunan menyokong kerajaan menentang kuasa luar digerakkan.. Seluruh rakyat bertempik2 mengutuk pencerobohan dan campurtangan kuasa asing.. Suasana jadi tegang! Disulami dengan serangan fitnah terhadap pembangkang.

Selang seminggu dua, PM pun bubar parlimen.. Dan seperti yang dirancang, Umno/BN menang lagi dengan majoriti 2/3 walaupun majoriti rakyat tidak suka. Rakyat disemarakkan dengan semangat nasionalis palsu..

Sumber : Korie Goldfinger ..

Monday, February 18, 2013

Sessi percambahan minda : Raja tau ke tak ni?

Wa bukan nak pertikai ke apa ke. Wa cuma terpikir masa wa tengah buat kerja siang tadi, wa ternampak la surat cukai pintu yang di hantar ke rumah seseorang ni. Notis tuntutan tunggakan cukai pintu.

Yang tak sedap mata memandang dan membuatkan wa terpikir ialah sampul suratnya. Bercop kan Urusan Seri Paduka Baginda. Wa tau benda ni dah lama dah dan jadi tradisi dah pun. Cuma wa terpikir, kalau Urusan Seri Paduka Baginda, Raja2 ni semua tahu ke segala urusan yang jual nama pihak istana untuk kutip hutang dan pelbagai urusan lain.

Dan kalau pihak istana tau dan restu pulak, lu orang bayangkan kebanyakkan PBT seluruh negara jual nama raja untuk kutip hutang. Kutip hutang untuk raja ke? La ni sapa yang payung sapa dah ni? Nampak macam rakyat yang dok payung raja jer selama ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh...

Friday, February 15, 2013

Ada Berani Ke Najib??

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di desak mengambil tindakan undang-undang menyaman kesemua mereka yang terlibat mendedahkan sikap boros isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri harus membuktikan segala tuduhan terhadap isterinya yang digelar ‘First Lady Of Shopping’ adalah tidak benar.

Kalau benar ianya satu fitnah, sila tampil untuk saman kesemua mereka yang terlibat, bukannya hanya bermain persepsi untuk mempengaruhi siasatan dan kefahaman rakyat..

Sumber : facebook MafiaBoss Melayu

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan
malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh.

Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu.
Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh..""Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.
"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu."Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya.

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut.

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tanya saya lagi ingin tahu.
"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.
"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak.

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka.

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan.

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh.

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya.

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini..

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia.

"Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya.

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea.

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri.

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa.

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya.

"Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan.

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tegasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tegasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah.

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...


Sumber : facebook.com

Wednesday, February 13, 2013

Tun Madey Kutty segala punca...

Bila cerita pasal buruh asing yang Madey Kutty lambakkan dalam ni ramailah macai2 bersuara, kerja kotor lah, takde orang malaysia sanggup gaji murah lah, kerja beratlah, macam-macam.

Negara2 luar, US, Jepun, Eropah ada guna ke buruh asing ke? Ada bawak masuk Bangla? Bawak masuk Myanmar? Tersergam indah rumah2, bangunan pencakar langit. Kualiti terjaga, integriti bangunan terjaga. Kat sini? Beli rumah harga juta2, dapat kunci tak sampai 2 hari dah retak sana-sini. Harga mahal, kualiti takde.

Yang buatkan kerja tu nampak kotor siapa? yang bagi gaji murah siapa? Yang kaut untung siapa? Purata gaji pekerja buruh bangunan di US 2012 ialah usd45,000 setahun @ Usd3600 sebulan. Kalau 1 to 1 exchange pun katalah buruh sini boleh dapat gaji RM3600 sebulan, tak ok ke? Memanglah kerja berat, tapi kan dah ada macam2 alat moden, bukan suruh pikul batu-bata tu sendiri naik bangunan. Apa guna forklift, crane, lif? Pergi tengok kat luar sana, pekerja buruh bangunan, takde lah kotor macam sini, tempat kerja pun takdelah macam kat sini, bersih, kemas, selamat. Kat Malaysia ni dengan rumah kongsi yang daif disediakan tokey2 sini. Berapa bayar gaji buruh ni? $500-$800 sebulan.

Buruh pembinaan ini dimartabatkan di luar, ada workers union, gaji dibayar setimpal dengan perkembangan ekonomi, dengan kualiti. Dan bila pekerja yang digunakan pekerja mahir, kualiti bangunan sendiri terjamin. Purata sekarang 3 dalam 10 orang ada masalah penglihatan. Pernah tengok buruh2 asing ni ada yang pakai cermin mata? Haaaa, kalau suku daripada buruh asing kat malaysia ni sebenarnya rabun, tak hairan lah bancuh pasir simen pun tak cukup ratio, bangunan tak ada kualiti retak sana sini, bumbung stadium pun boleh runtuh.

Belajar pasal industrial revolution, stonemasons, labor unions, macam-macam sana. Yang bawak masuk buruh asing ni, dan bukan nak naikkan taraf tenaga negara siapa? Yang taknak bagi gaji minima pun siapa? yang curi tanah bagi pada kompeni2 kontraktor kroni siapa? yang bubarkan kuasa kementerian perumahan untuk pantau harga rumah siapa? Yang naikkan kos barang siapa?

Samalah dengan yang kerja 7E ke, kerja waiter ke, fast food ke, cuba tanya restoran Mekdi terdekat, berapa untung sebulan? Kenapa bayar $3.50 sejam lagi kat pekerja? Kenapa tak naikkan bayar $8-$15 sejam atau basic $1500-$2000 terus? Jangan layan macai. Jom jadi pandai. Tolak Madey Kutty sebab dialah yang bawak masuk buruh asing dan bagi IC.

Sumber : 500, 000 Rakyat Malaysia menyampah dengan Rosmah Mansor

Anjing tetap anjing!!!!

Barua proksi Madey ni berbunyi lagi. Klik sini. Kalau dah jadi anjing tu, masa dalam servis lagi sampai dah pencen masih tetap loyal dengan tuan yang memberi dia pangkat dan nama dulu. Umum tahu bagaimana Musa Hassan boleh di angkat menjadi pegawai tertinggi dalam organisasi kepolisan.

Dan kemunculan Musa Hassan di saat negara dalam kekalutan untuk menghadapi pilihanraya umum termasuk sokongan kepada Umno/BN yang semakin merudum dipercayai didalangi oleh tuan nya yang jugak bekas PM Malaysia.

Pada awal Musa Hassan buat comeback, lu orang boleh klik sini untuk kesahihan yang mendedahkan perangai sebenar malaun sekoq ni.

Pakatan harus berhati2 dengan gerak kerja licik Madey bagi memastikan survival Umno kekal dengan menggunakan taktik lapok, pecah dan perintah. Dan Musa Hassan kelihatan seperti proksi Madey untuk untuk menyusup m asuk ke dalam Pakatan dengan alasan sudah insaf. Mujur taktik ini tak berkesan untuk mempengaruhi pemimpin2 Pakatan.

Bila taktik ini kelihatan tak berhasil, Musa Hassan membuat U Turn dengan drastik dengan kenyataan yang kembali menyokong Umno/BN. 

Seperti anjing belaan, apabila di suruh oleh tuan nya untuk menyalak, maka menyalak la anjing tu. Maka dapat la upah sebagai habuan. Tapi sampai bila maruah bekas KPN ni menjadi permainan sandiwara Madey?

Friday, February 8, 2013

Kenapa Muhyiddin menangis??

Perkara biasa dalam Umno. Jom kita tengok bagaimana konsep yang di amalkan dalam Umno selama ni.

Bekas pemimpin utama BN Perlis mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin  tidak mendapat maklumat yang sebenarnya mengenai sokongan pengundi dari kaum cina di negeri Perlis.

Setiausaha B N negeri Perlis, Mat Rawi Kassim ada memberi taklimat kepada Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan semasa jentera pilihanraya BN negeri di Kangar semalam.

Taklimat tersebut di fahamkan mengenai calon, kerusi serta tahap sokongan pengundi dari kaum cina kepada BN negeri Perlis. Taklimat tersebut berlangsung selama 1 jam yang turut dihadiri oleh pimpinan utama negeri Perlis termasuk MB Perlus, Mat Isa Sabu.

Dalam taklimat tersebut, Mat Rawi memberitahu Muhyiddin bahawa 70% pengundi kaum cina di Perlis akan menyokong calon BN dalam pilihanraya umum ke13 nanti.

Sedangkan apa yang di beritahu oleh bekas pemimpin MCA negeri Perlis amat2 berbeza dengan apa yang disampaikan oleh Mat Rawi kepada Muhyiddin. Tahap sokongan pengundi cina kepada MCA amat tidak memuaskan.

Jadi ini la permainan dalam Umno sejak dulu lagi. Demi nak bodek TPM punya pasal, sanggup memanipulasi fakta sebenar. Ampu, bodek untuk tarik perhatian pemimpin utama Umno. Dalam proses membodek untuk jadi calon, mereka sanggup menyampaikan maklumat yang salah kepada Muhyiddin yang kelihatan tengah bengong akibat keletihan.

Peluang dah terhidang kepada Pakatan untuk take over Perlis dari tangan BN. Biarkan mereka tipu ketua mereka supaya duduk dalam keadaan selesa sedangkan hakikatnya sebaliknya.

Liabiliti Najib : Tarikh PRU13..

Posting ni wa cilok dari FB Beban Negara. Wa nak copy paste ada sikit problem dengan wa punya tablet ni so, wa rewrite apa yang brader Beban Negara ni tulis mengikut cara wa la sikit2..

Ramai yang masih tertanya kenapa PM Najib hingga kini masih belum berani untuk bertindak jantan dengan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Tindakan mengembalikan mandat kepada rakyat bagi memilih siapa yang lebih layak untuk mentadbir negara ini melalui proses pilihanraya yang telus dan adil. Bukan pilihanraya caca marba. Baru la anak jantan.

Walaupun sering mendakwa bahawa sokongan rakyat terhadap Umno/BN kian meningkat dan yakin akan memenangi pilihanraya ke 13 ni, tapi PM Najib tetap kelu bila persoalan bila tarikh pilihanraya yang di nanti2kan di ajukan kepada dia.

Bukan setakat PM Najib jer yang berkeyakinan tinggi Umno/BN akan menang, ada beberapa lagi menteri Umno yang turut berkeyakinan macam PM Najib. Tapi rata2 menteri taraf bangang jer yang dok melalak camtu terutama Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan. Dia punya ampu sampai kata PRU13 ni Umno/BN mampu menang 2/3 majoriti. Bubar la kalau dah konfiden macam tu.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Tetapi apakah rahsia besar yang menghalang dan menggentarkan PM Najib dari mengumumkan tarikh sebenar pembubaran parlimen? Hinggakan dia menjadi satu2nya PM yang begitu fobia dengan tarikh pembubaran parlimen.. Ini la pertama kalinya dalam sejarah negara di mana tarikh pilihanraya masih belum di umumkan sedang tempoh mandat yang diberikan hampir tamat.

Atau apakah kemungkinan yang PM Najib akan membiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya selepas 28 April ini? Ataupun kemungkinan dia akan memohon perkenan Yang DiPertuan Agong untuk melanjutkan lagi tempoh pembubaran parlimen sehingga bulan Jun. Atau mungkin tiada pilihanraya dek kerana terlampau fobia..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Thursday, February 7, 2013

SEKS : Pakatan pun tersampok ke??

Pergh.... Makin karut dah budaya politik kat Malaysia ni.. Kalau dulu, pihak Umno/BN je yang suka dengan budaya lucah melampau ni. La ni kalau sahih seperti apa yang di dakwa oleh Speaker haram negeri Perak Datuk R Ganesan ni, klik sini, memang tak boleh nak kata apa la. Politician sucks la beb!! Mungkin tak semua tapi inikah pimpinan masa depan?.

Kalaupun memang si pelakon tu memang Speaker haram ni, wa rasa ini bukan yang di mahukan oleh rakyat. Memang moral penting kepada pemimpin tapi serangan kepada lawan menggunakan isu seks adalah sesuatu yang tidak beretika. Cukup la Umno/BN yang mainkan isu seks, pemimpin Pakatan sepatutnya menumpukan lebih kepada isu rakyat, ekonomi dan segala kemudahan yang perlu di sediakan kepada rakyat dalam kadar kos yang paling minimum. Bukan dok sebuk nak check dalam seluar seteru.

Yang Datuk Speaker haram ni pun kelam kabut gelabah nak saman tu pasai apa? Tak mau buat macam pemimpin Pakatan ka, bagi can dulu untuk mintak maaf, kalau tak mau jugak baru saman macam yang Utusan kena tu. Lain macam kalut jer wa tengok.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Buat pemimpin Pakatan, teruskan usaha untuk bagi penerangan tentang kemudahan andai memilih Pakatan. Dedahkan penyelewengan Umno/BN yang di kambus rapat selama ni. 

Budaya mengarut yang dah sebati dengan Umno/BN tu seeloknya jangan la di ikut. Biar la cuma mereka yang gemar dengan isu2 macam tu. Pimpinan Pakatan kena buktikan yang mereka lebih baik malah yang terbaik dalam urusan pentadbiran negara. Jangan hanya cakap tak serupa bikin kalau nak kekal berkuasa. Rakyat dah buktikan yang rakyat yang akan mengangkat pemimpin dan rakyat jugak boleh menjatuhkan seseorang pemimpin yang tak sensetif dengan isu rakyat.

Tuesday, February 5, 2013

Hot!! VVIP Malaysia kena cekup kat Argentina sebab smuggle duit haram..

Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Orang yang sepatutnya diamanahkan untuk membendung gejala rasuah pulak yang jadi balaci tukang bawak duit. Cerita ni pun wa cilok dari FB lawyer kat sini.

Mereka di syaki cuba menyeludup duit berjumlah USD 1.5juta dan dilarang meninggalkan negara hingga semua selesai. Lebih sadis, duit tu di rampas.

keh keh keh keh keh keh keh...

Dah la kantoi, duit pulak lebuh. Padan muka. Sapa suruh lu songlap duit dari Malaysia nak bubuh dalam akaun kat luar negara. Sepatutnya kerajaan Malaysia pun kena ambik tindakan tegas terhadap the real penyangak matawang ni..

Kalau lu orang nak tau sapa yang terlibat tu, kena tunggu pendedahan hot selanjutnya oleh tuan Lawyer ni la...

keh keh keh keh keh keh keh keh keh.....

Saturday, February 2, 2013

Shahrukh Khan Pengsan !! Ali Rustam Berjaya Lulus Ujian Saringan SPRM..

karikatur dengan info wa cilok dari FB Mafiaboss
Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri Melaka, Datuk Ali Rustam percaya senarai calon yang bakal dipilih mewakili parti itu dalam pilihanraya umum ke 13 nanti bebas dari masalah undang2.

Malah dia jugak percaya bahawa kesemua nama yang di hantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lulus ujian saringan.

keh keh keh keh keh keh...

Apa yang nak di herankan dengan ujian saringan oleh SPRM tu? Bukannya rakyat tak tau yang SPRM ni fleksible bila berhadapan dengan cukong2 Umno. Silap haribulan, jawatan yang disayang2 tu pun melepas bila tak ikut arahan dari bos. SPRM punya kredibiliti pun sampai kini tak mampu untuk di pulihkan kecuali dengan melakukan rombakan besar2an. Rombakan kabinet kerajaan skarang ni diganti dengan kabinet yang baru.

SPRM punya imej terjejas teruk bila melibatkan 2 kes kematian yang berlaku di pejabat mereka ketika dalam sessi soalsiasat membantu siasatan kes. Bukan suspek pun. Apa kesudahan kes Teoh Beng Hock dengan Shabinee?.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...