Friday, November 30, 2012

Aman Palestin Berhad? Telus ke?

Dalam khutbah Jumaat kat masjid Kampar tadi yang di bacakan oleh tuan Khatib ada menyeru supaya umat Islam berjihad dengan cara masing2. Dan yang buat sikit tergezut bila tuan khatib kata derma boleh di salurkan kepada Aman Palestin Berhad. Wa pun terfikir la kenapa pulak mesti ada Berhad?

Wa bukan nak pertikai kan NGO yang di berikan kuasa oleh kerajaan untuk mengutip derma bagi menyalurkan bantuan ke Gaza tu cuma bila wa google kan profile NGO ni, wa tergezut lagi bila ada carta organisasi yang berperingkat2. Klik sini

Gila!!! Paris Bakal Menjadi Tapak Untuk 'Masjid Gay' Pertama Di Eropah..

Memang gila! Tu jer yang boleh wa katakan berkenaan dengan berita ni. Bayangkan nak mewujudkan masjid khas buat golongan gay yang beragama Islam.
Ludovic Mohammed Zahed sedang menyiapkan dirinya untuk menghadapi kontroversi, atau sesuatu yang lebih teruk lagi.
Beliau merupakan penganut Islam yang juga seorang homoseksual dan merancang untuk mendirikan masjid ‘gay’ pertama di Eropah iaitu di Paris, hujung bulan ini. 
Masjid ini, katanya, merupakan bukan sahaja tempat untuk beteduh dari pandangan masyarakat tetapi juga tempat beribadah. 
“Kita perlukan sebuah tempat selamat untuk mereka yang tidak berasa selesa di dalam masjid biasa,” kata Zahed di dalam wawancara dengan ABC News

Thursday, November 29, 2012

Wow!!! Kak Ijat melatah lagi..

Wa tak tau la apa motif Kak Ijat ni. Sengaja nak melingkopkan Umno agaknya. Tapi biasa la kat mana2 Perhimpunan Agung Umno pun, ni la masa nak membodek untuk di pilih sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Bukti nyata bila ada perwakilan yang menuntut supaya PM Najib mempertimbangkan Kak Ijat untuk bertanding di mana2 kawasan lain. Klik sini.

Dalam ucapan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno, Kak Ijat ni mungkin tersasul akibat terlalu teruja bila berucap di hadapan pembodek2

Wednesday, November 28, 2012

PM Najib penagih??

Jangan melompat tak tentu pasal. Wa bukan maksudkan PM Najib penagih dadah. Wa cuma nak bagitau PM Najib ni kini dah jadi penagih simpati..

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Sunday, November 25, 2012

Undang-undang dalam negara ini kian tercemar

Undang-undang di negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Seakan-akan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara ini hanyalah untuk disasarkan kepada orang ramai yang tidak menyetujui kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka-mereka yang mengkritik dasar-dasar BN yang tidak adil, mereka yang berjuang menentang ketidakadilan, kekejaman, keganasan, politik wang, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman.
Sementara mereka yang berada di dalam lingkungan BN, para penyokong BN, Umno, MIC, MCA, Gerakan, NGO yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Pembela, JI, MTPKL dan sebagainya menikmati kekebalan setaraf dengan Raja-raja Melayu dan dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun kebanyakan daripada tindakan mereka yang telah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Salute & Respect..

Tak ada apa yang mampu wa ucapkan kecuali tahniah, lu orang semua memang hebat. Wa tak dapat join akan bagi full respect, tabik spring termasuk tabik kominih kepada member2 semua yang terlibat, aktivis dan semua.. Politician nak ambik kesempatan, yang tu perkara kedua, yang penting tujuan Himpunan Hijau @Walk for Lynas memang murni.

Tahniah semua terutama member wa Otai Manjung!!! Laporan penuh bleh klik sini, sini dan sini. Tapi kalau nak tau apa pulak yang pihak Umno kata dengan alasan lapok mereka bleh klik sini pulak..

keh keh keh keh keh keh keh keh...

UMNO MENGHINA ISLAM!!!!!!!!

UMNO sering mendakwa mereka berjuang untuk agama, bangsa, dan negara.

Dakwaan tersebut hanyalah penghias bibir semata-mata. Pada hakikatnya, orang Melayu masih belum terbela walaupun UMNO telah memerintah negara ini lebih daripada 50 tahun. Situasi tersebut berlaku akibat sifat tamak para pemimpinnya yang cenderung mengkayakan diri sendiri,kroni, dan suku sakat mereka.

Mereka mendakwa DAP menghina Islam. TG Nik Aziz dicela apabila enggan menghentam DAP. Nik Aziz terus dicela apabila mengucapkan "pergi jahanam UMNO" dan "penyokong UMNO tidak akan masuk syurga". Ketiga-tiga perkara itu telah dipolitikkan oleh UMNO untuk menarik sokongan orang Melayu yang semakin menjauhi mereka.

Relevankah PAS dalam realiti baru?

Saya pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu. Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar PAS baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan PAS.Maaf, bagi saya PAS merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan PAS yang bersikap terbuka. Pemuda PAS merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan cita rasa generasi yang berfikiran terbuka, menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Saturday, November 24, 2012

Malaysia syurga pendatang asing??

Paling menarik untuk diperkatakan, ke mana pergi maruah negara apabila jutaan warga asing dilihat terus berada di negara ini?. Mereka yang berkuasa marah dan mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh warga asing. Namun, hakikatnya kenapa mereka boleh terlepas dan terus selesa berada di negara ini?. 


Pihak terbabit tidak harus lari dari unsur rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan semua ini berleluasa. Mahu atau tidak, sudah pasti operasi gagal apabila ada pihak yang menjadi talibarut dan menerima rasuah daripada pihak berkenaan untuk melindungi warga asing ini.

Thursday, November 22, 2012

Janji di 'capati takdak telur', kuah kari..

Ni baru betoi janji di tepati. Masalahnya, orang lain yang berjanji tapi orang lain pulak yang kena tunaikan janji yang telah dibuat terhadap rakyat negeri Selangor.

Terkedu Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman bila diajukan soalan oleh Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan jambatan di Klang yang di jadikan bahan kempen semasa PRU 12 yang lepas. 

Wednesday, November 21, 2012

Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya

dan
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Tuesday, November 20, 2012

Anonymous Mengodam Lebih 660 Laman Web Israel..

Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan internet di kawasan terlibat, Anonymous telah pun mengumumkan akan melaksanakan OpIsrael, dan kini kelihatan ratusan laman web Israel digodam, selain alamat emel dan kata laluan yang turut ditiriskan ke arena internet.

Daripada akaun Twitter @YourAnonNews, antara perkembangan semasa yang dikongsikan, adalah termasuk berkenaan pangkalan data Bank of Jerusalem yang dipadam, selain laman web kementerian Israel.
Buat masa ini, pihak Anonymous masih lagi aktif mengodam web Israel, selain berkongsi pelbagai maklumat semasa melalui akaun Twitter mereka.
Ikuti akaun @YourAnonNews di Twitter



My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...