Saturday, November 24, 2012

Malaysia syurga pendatang asing??

Paling menarik untuk diperkatakan, ke mana pergi maruah negara apabila jutaan warga asing dilihat terus berada di negara ini?. Mereka yang berkuasa marah dan mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh warga asing. Namun, hakikatnya kenapa mereka boleh terlepas dan terus selesa berada di negara ini?. 


Pihak terbabit tidak harus lari dari unsur rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan semua ini berleluasa. Mahu atau tidak, sudah pasti operasi gagal apabila ada pihak yang menjadi talibarut dan menerima rasuah daripada pihak berkenaan untuk melindungi warga asing ini.

Paparan yang keluar di media arus perdana terkadang hanyalah taktik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Kononnya, operasi sudah dilakukan walhal selepas operasi semakin banyak warga asing yang dilihat berkeliaran di lokasi tertentu. Mereka ditangkap kemudian dilepaskan, inilah yang berlaku dan gagal ditangani hingga ke hari ini. 

Semuanya gara-gara rasuah yang terus berleluasa melibatkan pihak yang dipertanggungjawabkan itu. Usahlah, merungut apabila mereka terus berada di sini tanpa rasa bersalah. Semuanya kerana peraturan dan penguatkuasa negara yang dilihat begitu lemah dan cukup mendukacitakan. 

Justertu, langkah terbaik ialah rakyat perlu bangkit melakukan perubahan. Hanya mereka yang jujur dan amanah sahaja yang wajar diberi peluang untuk berkhidmat di jabatan tertentu. Mereka yang khianat wajar dihambat keluar kerana merekalah pemgkhianat negara sejak sekian lama. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini nanti..

Sumber : Beban Negara


1 comment:

  1. Salam dari Gerakan Anti Pendatang Asing (GAPA) Di Malaysia. We need your support as a fellow Malaysian. This is our land. Jangan biarkan Pendatang Asing merubah corak dan cara hidup kita di tanah air kita sendiri. patience no more. Untuk mengetahui objektif GAPA di Malaysia, mohon ke facebook kami dan mohon bantuan untuk sebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain.

    http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Anti-Pendatang-Asing-GAPA-Di-Malaysia/380862445323019

    atau emel kami di gapadimalaysia@gmail.com .Terima kasih.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...