Terkedu Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman bila diajukan soalan oleh Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan jambatan di Klang yang di jadikan bahan kempen semasa PRU 12 yang lepas.
Alasannya kerana Umno/BN tumbang di Selangor. Kalau dah belum tahu nasib hujung pangkal dalam menghadapi pilihanraya, jangan la takbur sangat. Kan dah memalukan diri sendiri dan parti dacing berat sebelah tu. Dan yang lebih pelik, yang sepatutnya membuat jambatan tersebut ialah kerajaan pusat. Mungkin sebab Selangor jatuh kepada Pakatan maka kerajaan pusat pun buat2 pekak badak jer la kan. Klik sini.
keh keh keh keh keh keh keh keh..
Walaupun yang berjanji Umno/BN tapi Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat tetap menunaikan jugak janji tu sebab jambatan tu untuk kepentingan rakyat. Dan perkara ini telah pun di bentangkan dalam Budget 2013 oleh MB Selangor. Klik sini.
Memang salute, respect habis la kat MB Selangor sekarang ni. Walaupun di hentam, diasak dari pelbagai sudut, namun masih tetap cool dan steady. Bukan hanya setakat Umno/BN jer yang menyerang MB Selangor ni, malah dia jugak turut menjadi serangan pihak yang memperjuangkan kepentingan peribadi dalam Pakatan bila permintaan mereka untuk mengaut keuntungan dalam negeri Selangor di tolak oleh MB Selangor ni.
Yang ni memang wa tak nafikan. Dalam pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat pun terdapat ramai yang berperangai macam Umno. Malah lebih 'Umno' dari Umno tu sendiri. Dan untuk itu, wa ucapkan berbanyak tahniah kepada MB Selangor yang mendahului kepentingan rakyat dari kepentingan malaun2 yang cuba mengambil kesempatan di atas kejatuhan Umno/BN yang ternyata begitu korup.
Dengan pengumuman belanjawan yang turut memasukkan isu jambatan ni sebagai agenda utama, terbukti kini yang Umno/BN hanya pandai buat janji capati. Nak tepati susah kalau tak ada kepentingan bagi mereka. Ambik contoh pembinaan jambatan ni pun sudah memadai. Sebab kalah punya pasal pun sanggup membiarkan rakyat Selangor susah tanpa mereka sedari di kalangan rakyat Selangor tu terdapat jugak penyokong tegar mereka yang boleh di suap dengan rumput umpama lembu NFC..
Dah la janji2 Umno/BN Selangor semua dah kena 'capati', Pakatan Rakyat pulak yang kena buat kuah supaya capati takdak telur tu boleh jugak di makan rakyat dengan kuah kari.
keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Klik sini jugak!!! TQ
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??