Ludovic Mohammed Zahed sedang menyiapkan dirinya untuk menghadapi kontroversi, atau sesuatu yang lebih teruk lagi.
Beliau merupakan penganut Islam yang juga seorang homoseksual dan merancang untuk mendirikan masjid ‘gay’ pertama di Eropah iaitu di Paris, hujung bulan ini.
Masjid ini, katanya, merupakan bukan sahaja tempat untuk beteduh dari pandangan masyarakat tetapi juga tempat beribadah.
“Kita perlukan sebuah tempat selamat untuk mereka yang tidak berasa selesa di dalam masjid biasa,” kata Zahed di dalam wawancara dengan ABC News.
“Ada wujud golongan transgender yang takut akan keganasan terhadap mereka, wanita yang tidak mahu memakai tudung atau tidak mahu duduk di saf belakang masjid. Projek ini boleh memberikan harapan kepada orang ramai di dalam komuniti saya.”“Sembahyang berjemaah yang didirikan dalam suasana yang tidak memberatkan dan mendiskriminasi mana-mana jantina, misalnya, adalah salah satu batu asas Islam progresif kami,” kata Zahed, yang mengaku dirinya sebagai seorang pakar tentang kitab Al-Quran.
Katanya, masjid ‘unity’ ini pada mulanya akan beroperasi di dalam sebuah kuil Buddha di sebuah daerah di timur kota Paris.
“Ia akan menitikberatkan penerimaan semua orang sebagai ciptaan Allah…saya berharap lelaki yang bukan homoseksual akan bersembahyang dengan lelaki ‘gay’ dan dengan wanita,” ujar Zahed, yang enggan mengumumkan lokasi masjid tersebut atas sebab-sebab keselamatan.
Masjid ciptaan Zahed ini akan mengikuti sesetengah ajaran agama Islam seperti solat Jumaat. Tetapi ia juga akan mengadakan upacara nikah untuk golongan gay, dan juga sembahyang jenazah bagi mereka yang tidak diberikan pengebumian secara Islam akibat pegangan seksualiti mereka.
“Ia adalah sebuah tempat untuk beribadah dengan selamat,” kata Zahed. “Tiada soalan agama yang akan diketepikan. Imam-imam kami akan bercakap tentang apa jua topik.”
Zahed akan menjadi antara salah seorang imam masjid tersebut. Turut menjadi imam adalah seorang wanita mualaf Perancis dan seorang lagi lelaki, yang kini dalam proses latihan.
“Etika Islam sekarang mungkin akan mengutuk orientasi seksualiti ini,” kata Zahed. “Tetapi pada hakikatnya, tiada apa di dalam Islam ataupun Al-Quran yang melarang perbuatan homoseksual. Malahan, selama ratusan tahun, orang Islam tidak pun menganggap amalan homoseksual sebagai perlakuan jijik, sepertimana yang sedang berlaku sekarang.”Zahed mendakwa penyair-penyair Islam turut mencipta sajak-sajak yang menyanjungi budak-budak lelaki yang kacak. Sesetengahnya, katanya lagi, diterjemahkan sebagai metafora untuk mencintai Allah, tetapi sebahagian lagi jelas merujuk kepada hubungan homoseksual.
Zahed berpendapat bahawa perbuatan homoseksual hanya dilaknati semenjak di bawah pengaruh pemerintahan kolonial Eropah.
“Dari tempoh abad ke 10 hingga ke 14, masyarakat Islam merupakan sebuah campuran aspek-aspek perundangan, fikiran rasional dan juga pengetahuan alam maya. Mereka memandang seksualiti sebagai salah satu daripada aspek kehidupan yang boleh digunakan untuk mencapai pengetahuan mendalam tentang keperibadian sendiri.”
“Walaupun masjid ini merupakan satu symbol kebebasan baru, golongan ‘gay’ akan tetap menyembunyi akibat takut dipinggiri atau dikecam,” kata Nasser, seorang warga Paris yang terbuka tentang sifat homoseksualiti beliau.
Walaupun masjid ini akan merupakan masjid ‘gay’ di Paris, dipercayai terdapat 21 lagi masjid sebegini di Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.
Di negara-negara di mana Islam mempunyai pegangan kuat, seperti Mesir dan Iran, hukuman ke atas perbuatan homoseksualiti dan juga menyokong hak-hak LGBT, adalah keras.
Masjid Paris ini akan mengambil inspirasi dari persatuan Muslims for Progressive Values in North America, di mana lelaki dan wanita boleh bersembahyang jemaah secara bercampur.
“Kami kini sedang bekerjesama dengan mereka. Rancangan untuk masjid ini hasil daripada perbualan-perbualan kami sebelum ini,” kata Zahed, yang merancang untuk membina lebih masjid sebegini di United Kingdom dan Denmark.
Zahed juga mendakwa bahawa jika Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup, Rasulullah akan merestui perkahwinan antara kaum sejenis.
Zahed sendiri merupakan lelaki gay pertama yang mengahwini pasangan beliau menurut upacara Islam di Perancis. Dia memegang PhD dari Algeria dan telah mengarang tesis tentang Islam dan homoseksualiti, satu topik yang dia turut menjelaskan dalam buku ‘The Koran and the Flesh.’
Dia berkata dia pernah mengalami diskriminasi ‘anti-gay’ daripada kumpulan-kumpulan Islam, dan juga dipinggir oleh kaum gay di Perancis kerana dia seorang Islam.
Sementara itu, kontroversi tentang perkahwinan sejenis dan pengaruh Islam sedang bergolak di Perancis. Sepuluh hari lalu, puluh ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya untuk membantah rancangan kerajaan Perancis untuk membenarkan perkahwinan sejenis.
Beberapa minggu lalu, pemberontak turut memecah masuk sebuah masjid yang sedang dibina sebagai tanda bantahan terhadap komuniti pendatang beragama Islam yang semakin besar di Perancis.
p/s : Apa tindakan yang perlu di ambil oleh para ulamak kat dalam Malaysia ni tak kira la dari pihak kerajaan ataupun pembangkang..
Apa pulak kata Hasan Ali dan angota Jatinya bersama Perkasa?
aku fikir la dia ni kalau x sewel,gila.terang-terang dlm al quran mengharamkan homosexsual ni atau dia x jumpa surah nabi Luth.siap jual nama rasullulah s.a.w lg tu bikin panas ar....
ReplyDeleteBala akan menimpa dia tak lama lagi......
ReplyDeleteKalau dia hidup di zaman Omar AlKhattab dah lama kepalanya kena pancung.
ReplyDeletemashaa ALLAH .. i'm a phplipina . i hope you could speak english language :(
ReplyDeleteSiapa anda untuk menilai kehidupannya? Biarlah Allah yang menilai.
ReplyDeletekobe basketball shoes
ReplyDeleteair max 2019
westbrook shoes
nike basketball shoes
adidas tubular
kyrie 6 shoes
calvin klein outlet
supreme new york
supreme clothing
air yeezy