Dakwaan tersebut hanyalah penghias bibir semata-mata. Pada hakikatnya, orang Melayu masih belum terbela walaupun UMNO telah memerintah negara ini lebih daripada 50 tahun. Situasi tersebut berlaku akibat sifat tamak para pemimpinnya yang cenderung mengkayakan diri sendiri,kroni, dan suku sakat mereka.
Mereka mendakwa DAP menghina Islam. TG Nik Aziz dicela apabila enggan menghentam DAP. Nik Aziz terus dicela apabila mengucapkan "pergi jahanam UMNO" dan "penyokong UMNO tidak akan masuk syurga". Ketiga-tiga perkara itu telah dipolitikkan oleh UMNO untuk menarik sokongan orang Melayu yang semakin menjauhi mereka.
Dengan berbuat demikian, UMNO akan kelihatan memperjuangkan Islam. Namun demikian, rakyat tidak mudah menelan mentah-mentah propaganda mereka. Para pemimpin UMNO telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Anda boleh menyaksikannya di bawah ini:
Tun Dr Madey"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini,” katanya di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Ogos 1994.
PM Najib RazakPada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa, "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan."
MP Padang Rengas, Nazri Aziz"UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian undinya akan hilang kepada PAS".
Menteri Kebudayaan, Rais Yatim"Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengetepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip (agama) dan prinsip kemanusiaan".
Demikianlah kata-kata yang keluar dari mulut empat orang pemimpin UMNO. Belum di dedah habis kata-kata yang bersifat menyindir Islam dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Anda nilailah sendiri sejauh mana Islamnya mereka dan benar atau tidak kenyataan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam.
UMNO bergerak atas dasar kebangsaan dan sekular. Dasar tersebut bercanggah dengan Islam. Slogan "Hidup Melayu" yang dilaungkan UMNO berkonotasi perkauman. Perjuangan berasaskan bangsa tidak diterima oleh Islam. Islam menjaga kemaslahatan semua manusia tanpa mengira mereka itu Arab mahupun ajam. Orang bukan Islam pun diberi hak dalam Islam.
Sehubungan itu, umat Islam di Malaysia tidak boleh bergantung harap kepada UMNO untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam tidak mencapai tahap yang membanggakan kerana UMNO melaksanakan agama secara berpilih-pilih. Islam pada UMNO hanya dilaksanakan berasaskan kepentingan politik, mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntutan syarak.
Sumber : Jemaah Muda Tanjong Bungah
Oleh kerana penghinaan yang dibuat oleh UMNO kepada ISLAM,, sekarang ini mereka semua berada dalam ketakutan dan kegusaran menjelang PRU13. Inilah balasan dari ALLAH SWT.
ReplyDelete