Bagaimana cara pengagihan kontrak ni masih lagi menjadi tandatanya samada dibuat secara tender terbuka atau tender anugerah dari kerajaan negeri. Tapi bila ditanya, jawapannya sudah tentu secara tender terbuka tapi hairan bagaimana hanya kontraktor2 tertentu sahaja yang dapat. Yang tak ada cable, hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa2 pun.
Mungkin begitu jugak la keadaannya yang terjadi di daerah Pengkalan Hulu. Projek pembangunan Bandar Baru Pengkalan Hulu telah dianugerahkan kepada Syarikat Gemersik Aneka Sdn Bhd, (no pendaftaran 865205-u) yang di punyai oleh bekas ADUN Tebing Tinggi dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur, Dato Chew Wai Khoon dan syarikat ini jugak adalah syarikat yang dipunyai oleh ahli keluarga dia saja.
Perkara berhubung dengan pendaftaran syarikat ini telah mendapat pengesahan dari Pendaftar Perniagaan (SSM). Yang menjadi persoalan, bagaimana syarikat ini pulak yang dianugerahkan tender oleh kerajaan negeri sedangkan di Pengkalan Hulu sendiri terdapat ramai lagi kontraktor2 tempatan dan bumiputera yang berkelayakan untuk mengendalikan projek pembangunan ini. Dan yang agak mengejutkan bila mana syarikat milik bekas Adun dari MCA ini dianugerahkan tender sedangkan syarikat dia mengalami kerugian sebanyak RM159,764.00 merujuk kepada laporan kewangan syarikat pada 30-6-2011?
Dan mengundang kepada kemusykilan yang bertambah rumit bilamana YDP Pengkalan Hulu yang baru bertukar ke situ telah membuat aduan kepada kerajaan negeri berhubung dengan perkara ini tetapi telah diarahkan pulak oleh pihak negeri supaya tetap memberikan tender ini kepada syarikat Gemersik Aneka Sdn Bhd jugak kerana telah mendapat persetujuan dari pihak Exco negeri Perak sedangkan tender tidak dibuat secara terbuka.
Kebanyakkan penduduk di Pengkalan Hulu melahirkan sedikit rasa kekecewaan apabila projek pembangunan yang sepatutnya dibuat bagi kemajuan di daerah itu telah di buat tanpa memperdulikan nasib kontraktor2 yang lain yang terdapat di dareah itu bila projek telah dianugerahkan kepada orang luar sedangkan di daerah itu pun terdapat ramai kontraktor dalam kelas yang berbeza2. Dari kelas A sampai F, semua ada. Yang dapat kepada mereka hanya tender projek2 kecil yang diberi atas dasar nak ambik hati supaya tak berpaling tadah dari menyokong kerajaan negeri yang sedia ada.
Terdapat beberapa persoalan yang perlu di jelaskan oleh pihak Majlis Daerah Pengakalan Hulu kepada seluruh rakyat di daerah tersebut :
1) Adakah perjanjian diantara Majlis Daerah Pengkalan Hulu & Pemaju menguntungkan MDPH atau hanya menguntungkan segelintir orang2 yang berada di dalam MDPH ?
2)Adakah projek pembangunan ini dipamerkan untuk tujuan bantahan dan pandangan awam penduduk Pengkalan Hulu bagi tujuan membina keyakinan penduduk terhadap segala kepentingan penduduk tidak terjejas?
3)Kebanyakkan masyarakat Pengkalan Hulu memohon agar pihak MDPH membentangkan kertas pameran maklumat berkenaan Projek Mega Bandar Baru Pengkalan Hulu bagi pengetahuan semua pihak.
Apakah ini slogan yang menjadi kebanggaan pemimpin tertinggi di negeri Perak ini? Kemana hilangnya kepercayaan kerajaan negeri terhadap kontraktor tempatan hinggakan terpaksa melantik kontraktor yang diketahui umum mengalami kerugian dalam laporan kewangan syarikat tersebut. Apakah jaminan bahawa projek ini tidak akan terbengkalai? Atau adakah pemberian tender ini sebagai salah satu cara bagi membantu syarikat yang sedang tenat akibat pengurusan yang tidak cekap.
Kepada kontraktor yang disisihkan di Pengakalan Hulu tu, apakah masih tetap nak beri sokongan jugak terhadap kerajaan negeri yang tidak memperduli pun nasib kontraktor tempatan disitu? Apatah lagi nasib golongan muda yang mengharapkan pekerjaan dari projek pembangunan di Pengkalan Hulu tu. Ibarat anak kera di susu kan, anak sendiri terhegeh2 tak dapat projek walaupun berada betul2 di depan mata.