Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi sudah memberi warning kepada semua ahli Umno agar tidak mensabotaj parti menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi. Kejadian tsunami politik tahun 2008 hingga kini masih menjadi igauan ngeri kepada pimpinan Umno yang nampak seperti tidak boleh menerima kenyataan bahawa Umno kini bukan lagi parti yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. Keyakinan orang2 melayu terhadap Umno dah sampai pada tahap yang paling kritikal.
Zahid memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap ahli yang mensabotaj kerja2 parti termasuk melucutkan jawatan dan keahlian anggota parti. Sabotaj terhadap parti akan mengurangkan sokongan terhadap parti yang akan mengakibatkan Umno bakal kehilangan majoriti dalam parlimen atau mungkin kehilangan tampok pemerintahan sekaligus akan meletakkan Umno ke posisi yang amat digeruni oleh pimpinan utama.
Wa rasa ahli parti yang kena ambil tindakan pun tak heran la terhadap amaran tu malah mungkin mereka berharap sesangat pimpinan utama sedar diri sikit bahawa tempat yang mereka, pimpinan utama berada sekarang ni pun atas belas ehsan rakyat bawahan. Lagi nak ugut2 pulak. Sekali betul2 mereka buat perangai, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Seperti kes Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar yang mengamuk bila projek yang dijanjikan tak dapat kat dia. Habis semua pekung Umno didedahkan di sebabkan amarah terhadap pimpinan Umno negeri Perak. Baru ada akai..!!!
keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Pemimpin bila terlalu lama memegang kuasa dan di kelilingi pulak oleh kaki2 ampu, segala kesilapan dan kesalahan mereka sudah tidak nampak. Malah akan menjadi semakin ego bila sebarang kesilapan tidak ditegur kerana masakan kaki2 ampu berani nak tegur kesilapan para pemimpin. Lebih baik bodek daripada menegur kerana teguran akan mengakibatkan mereka kehilangan kepentingan di dalam parti.
Dan situasi inilah yang paling nampak nyata dalam Umno. Cukup jelas walaupun kesilapan PM Najib dalam mentadbir ahli keluarga dia pun hingga kini masih belum mendapat teguran daripada golongan yang menggelarkan diri mereka ulamak2 muda, menteri yang menjaga hal ehwal agama termasuk la pak2 imam yang dilantik oleh kerajaan pusat.
Bagaimana seorang yang boleh dilantik untuk membimbing dan mentadbir negara sedangkan pentadbiran yang kecil seperti institusi keluarga pun dia tidak mampu untuk melakukannya dengan baik? ini memberi contoh yang cukup tidak elok untuk diteladani oleh golongan rakyat bawahan. Dengan sikap boros berbelanja di kalangan ahli keluarga sedangkan dalam masa yang sama meminta agar rakyat berjimat cermat. Apakah ini teladan yang baik? Sudah tentu peribahasa 'seperti ketam mengajar anak berjalan lurus' perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan peribadi pemimpin ini.
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Selama lebih dari 54 pentadbiran yang telah dikuasai oleh Umno/BN, apakah kemajuan ekonomi negara seiring dengan pembangunan sahsiah umat? kita lihat bahawa pentadbiran ahri ini terlalu mengejar kekayaan duni sedangkan pembangunan rohani di ketepikan malah dianggap sesuatu yang tidak penting. Apakah kita mahu lihat negara kita maju seperti Amerika yang kadar jenayahnya naik melambung kerana pegangan agama yang tidak kukuh.
Kepada pemimpin negara, sedarlah bahawa gaji yang anda nikamati sekarang ini adalah semuanya dari rakyat. Anda hanya ditugaskan untuk mentadbir negara bukan membuat seolah2 negara ini milik anda sekeluarga. Apa pun amaran yang pak menteri berikan, amaran dari rakyat lebih berkuasa kerana akan di terjemahkan dalam bentuk kertas undi.
Ahli2 Umno yang kena warning tu, sedarkan pemimpin anda bahawa anda yamg mengangkat mereka hingga ke kedudukan yang mereka nikmati sekarang ini. Jangan nak tunjuk jaguh hanya kerana kuasa masih berada ditangan mereka. Pengajaran yang paling berkesan untuk mengajar pemimpin adalah dengan menukar kepimpinan negara melalui kertas undi.
keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
3 weeks ago
kepada ahli umno...sabotaj je umno tu.
ReplyDeleteumno hanya utk pemimpin tinggi mereka bolot kekayaan...ahli umno dapat kuah aje..hihih
apa salah sabotaj parti penipu.
pemimpin umno tipu ahli dan rakyat, maka rakyat dan ahli umno wajib tipu dan sabotaj umno.