Bila Datuk Seri Nizar menegur tindakan Sultan Johor yang membelanjakan lebih setengah juta RM hanya untuk membeli nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 kini menjadi hangat malah lebih hangat dari isu yang lebih besar melibatkan ekonomi negara. Malah isu Skandal Scopene pun tidak mampu untuk menandingi populariti membabitkan isu no plat.
Bagi wa, teguran yang dibuat oleh DS Nizar bukannya satu kesalahan yang amat serius yang perlu diberikan perhatian khusus. Malah bagi wa, tindakan DS Nizar adalah amat wajar dalam menegur corak perbelanjaan Kerabat DiRaja yang kelihatan membazir sedangkan di negeri yang dinaungi baginda sendiri terdapat ramai lagi rakyat yang miskin dan memerlukan perhatian segera.
Kalau teguran untuk menasihatkan Baginda Sultan supaya lebih perihatin dengan masalah rakyat di anggap derhaka, maka jika mendiamkan pulak akan dianggap apa di sisi agama Islam. Bukan kah di dalam agama ada menyuruh supaya kita saling tegur menegur, nasihat menasihati sesama manusia. Bayangkan dengan jumlah wang yang telah dibelanjakan itu untuk membeli no plat, berapa ramaikah rakyat miskin yang boleh dibantu menggunakan wang tu?
Isu ini wa cuma boleh kata sengaja di panaskan oleh pihak yang berlawanan dengan DS Nizar bagi menggambarkan bahawa DS Nizar ni memang penderhaka kerana rekod telah di cipta tatkala berlaku krisis perlembagaan di Perak dulu angkara rampasan kuasa oleh Umno/BN.
Walaupun DS Nizar telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dari medium yang sama, iaitu melalui twitternya, namun isu ini dilihat sebagai senjata bagi Umno/BN untuk menghentam DS Nizar yang telah diwar2kan oleh Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat berjaya menawan kembali Perak.
Ini terbukti bila Menteri Besar mahkamah Perak, DS Zambry menganggap kritikan DS Nizar sebagai tindakan tidak wajar malah seperti menghina institusi DiRaja. yang peliknya, Baginda Sultan Johor tidak pulak melenting. Malah baginda mungkin merasa bersyukur kerana masih ada hamba rakyat negara ini yang begitu prihatin dengan institusi Di Raja melayu.
Umno tak payah la nak tunjuk jaguh dalam membela institusi Raja2 melayu kerana dah terbukti mereka yang telah sekian lama menderhaka terhadap Sultan dengan menarik kekebalan Raja2 melayu. Bagaimana ketika era zaman Mahathir institusi Raja2 melayu diaibkan malah dianggap sebagai bebanan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat. Kini mereka pulak yang nak tunjuk jaguh kononnya pembela kepada Raja2 melayu.
Sebagai ketua agama Islam di negeri tersebut, sikap pembaziran ini bukannya amalan sebagai seorang umat Islam yang baik. Bukankah lebih mulia malah mungkin lebih tinggi martabatnya jika wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat jelata yang lain yang kini di himpit dengan arus kemiskinan.
Sepatutnya isu ini dianggap selesai dengan penjelasan yang telah dibuat oleh DS Nizar bahawa dia tidak berniat untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 itu kerana itu adalah pandangan dia sebagai rakyat biasa yang mana didalam negara ini masih terdapat rakyat miskin yang hidup melarat yang amat2 memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk.
Permohonan maaf sudah, penjelasan pun sudah cuma ada pihak yang masih cuba untuk memanaskan keadaan supaya DS Nizar dilihat sebagai penderhaka yang mesti di singkirkan. Atau mungkin dengan aura yang ada pada DS Nizar yang menggerunkan sesetengah pihak yang berasa tergugat dengan kebangkitan rakyat terutama rakyat di Perak khususnya.
Bagi wa, DS Nizar merupakan pemimpin yang berani kerana bertindak untuk menegur kesilapan walaupun pada dasarnya bukan kesilapan, tetapi norma2 manusia yang berpindidikan agama pasti kan menganggap perkara ini sebagai satu pembaziran.
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??