Tuesday, December 4, 2012

Proton tak menepati spesifikasi antarabangsa?



Wa bukan nak kondem Proton sebab wa pun pakai kereta Proton jugak tapi bila baca laporan yang kat sini, wa secara otomatiknya terfikir, apakah selama ini pihak Proton tak pentingkan ciri2 spesifikasi antarabangsa.
Bayangkan jika nak menembusi pasaran United Kingdom, pihak Proton terpaksa mempersiapkan model2 kereta Proton agar menepati spesifikasi dan citarasa standard pembeli kereta negara tu.

Dan yang paling penting yang tak di dedahkan, berapakah harga sebuah kereta model Proton yang di jual di negara luar termasuk Australia dan lain2 negara termasuk di UK ni.

Itu yang paling utama dan itu la jawapan yang sangat2 di nantikan oleh rakyat. Apakah lagi alasan tak masuk akal Proton untuk mengenakan harga yang cukup tinggi terhadap rakyatnya sedangkan menjual dengan harga yang cukup murah kepada negara luar.

Apakah ini namanya 'rakyat di dahulukan'? Sendiri mau ingat la geng!!!!!

Monday, December 3, 2012

Umno/BN bakal menang 2/3 majoriti..??

(gambar wa cilok dari Utusan Meloya)


PM Najib dah semangat gila babas punya dengan penuh yakin Umno/BN akan menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 nanti. Klik sini.

Apa lagi, bubar la parlimen supaya pilihanraya boleh dibuat dan Umno/BN menang 2/3 majoriti seperti apa yang dia gebangkan tu. Takkan nak tunggu peluang 2/3 majoriti tu hilang macam tu saja kan.

Saturday, December 1, 2012

PAU 2012 membuktikan Najib lebih lemah dari Pak Lah

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf sebanyak 3 kali kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...