Thursday, May 30, 2013

Sidang Dewan Rakyat wajib live! Renungkan....

Ini saranan dan cadangan dari friend FB wa yang salute jugak kepala hotak pemikiran dia. Tapi dia tulis dalam bahasa ibunda dia, Negeri Sembilan. So wa translatekan jer la ke dalam bahasa biasa supaya senang nak paham. Mana tau kot2 masih ada yang tak berapa nak paham dengan bahasa member wa ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh..



Pakatan Rakyat tidak perlu sangat nak desak kerajaan nak masuk TV1 & TV2. Atau bikin stesyen TV sendiri pun aku tak setuju kerana kosnya tinggi dan jangan mimpi la ianya akan diluluskan. Yang perlu didesak sekarang ialah channel TV khas untuk sidang Dewan Rakyat. Bila Sidang Dewan Rakyat start bersidang, maka channel itu akan hidup bersiaran secara langsung  dikaca tv setiap rumah. Itu pun dah cukup. Yang penting siaran secara live.

Rakyat berhak untuk tahu apa yang wakil rakyat mereka buat semasa bersidang. Daripada situ kito boleh menilai prestasi wakil rakyat kita. Adakah wakil rakyat kita buat homework sebelum berhujah? Adakah jawapan para menteri setaraf dengan budak darjah tiga? Adakah wakil rakyat kita enak membuta ketika dewan sedang bersidang? Adakah wakil rakyat kita tak pernah hadir pun setiapkali Dewan Rakyat bersidang? Soalan2 diatas takkan terjawab jika sidang Dewan Rakyat kita tidak disiarkan secara langsung.

Bukan setakat Dewan Rakyat, setiap DUN-DUN negeri juga wajib disiarkan secara live ketika Dewan Undangan Negeri mereka bersidang. Di negara barat, pekara ini adalah biasa tetapi luarbiasa di negara2 dunia ketiga. Malaysia kan dah nak maju tahun 2020, takkan nak jadikan negara Zimbabwe sebagai benchmark. Penanda aras kita ialah negara maju, bukan negara paria bro...


P/S : Kalau kerajaan pusat tak mau buat, apa kata negeri Selangor dan Penang yang buat dulu melalui portal TV Selangor. Buktikan ketelusan sistem pentadbiran yang dijadikan amalan oleh Pakatan Rakyat. Baru makin ramai yang yakin dengan potensi ketelusan pentadbiran Pakatan.. Tu cadangan tambahan dari wa laa...

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...