Sebenarnya setelah menonton rancangan itu, aku dah dapat faham serba sedikit apa yang Mahathir faham mengenai agenda perubahan yang dipush oleh rakyat bawahan macam aku neh.
Apa yang Mahathir faham ialah MAHATHIR TAK FAHAM LANGSUNG apa2 yang kami sebagai rakyat mahukan.
Dia asyik bercakap pasal PR. Sekarang neh yang nak mengundi BN, PR saja ke?
Sekarang neh SEMUA RAKYAT MALAYSIA hanya terbahagi kepada BN dan PR sahaja ke?
Antara yang Mahathir hujahkan.
PR bercakap kebebasan bersuara. Aku setuju dengan points nya. Tiada kebebasan suara yang mutlak. Kita tak boleh wujudkan kebebasan suara yang MUTLAK. Tetapi apa yang rakyat mahukan? Rakyat mahu mewujudkan HAK UNTUK MENYUARAKAN KETIDAKADILAN. Kita bukan cakap nak pergi BOGEL tengah jalan dan hey ini kebebasan oke. No. Kita bukan gila. Tetapi kita minta SUARA semua rakyat diperdengarkan tanpa prejudis. Owhh ko PR, jangan bagi ruang masuk dalam tv. Kang habis keburukan BN dibongkarkan. Ini yang sedang berlaku dan ini yang Mahathir cover. Yang kita mahu, kita tak peduli be it PR dan BN, apabila ketidakadilan itu WUJUD, kita mahu menyatakan ia secara TERANG-TERANGAN TANPA SEKATAN supaya SIASATAN dan KEADILAN untuk kita DAPAT DIJALANKAN. Simple ma.
Mahathir bercerita pasal campurtangan negara luar. Konon nya secara halus nak kaitkan ia PR. Kalau dah begitu, buka sahaja siasatan diraja. Siasat la sampai habis, cari saja bukti dan jika ada humbankan sesiapa saja yang mahu jual negara ini ke Yahudi ke, ke Filipina ke, atau ke sesiapa sekalipun. Buat apa bercakap tanpa bukti ke sana ke mari sedangkan tiada langkah2 yang membendung perkara tersebut? Jika benar wujud, nah dakwa la. Jalankan siasatan la. Apa yang mengikat kakitangan BN ketika berkuasa dulu? [sekarang kerajaan sementara sebab pru-13].
Mahathir bercerita pasal racist. Sebenarnya dia dah salah faham. Tidakla bermaksud asalkan mempertahankan hak dan kepentingan melayu itu namanya racist. Sebenarnya kita kena faham. Yang kita citer pasal MERITOKRASI tue bukan bermaksud yang bagus2 je layak mendapat semua benda. TIDAK. Satu salah faham oleh Mahathir. Yang kita kata ikut MERIT tue maksudnya ikut kebolehan dan kelebihan ko. Oke ada tender terbuka neh. Masing2 seme apply. Anak menteri ke anak kontraktor ke anak tukang sapu sampah ke seme apply. Then dinilai berdasarkan MERIT masing2. Nampaknya anak sapu sampah lebih berkelayakkan dari segi pengalaman, dari segi kerja dan etc2. Tapi anak menteri yang di pilih sebab KRONI. Ini adil ke? Ini tidak adil. Jadi MERIT seperti ini yang kita persoalkan. Bukan isu miskin kaya. Bukan kita larang dan halang kerajaan BANTU bumiputera yang MISKIN. Bahkan kita sangat2 alukan.
Sampai bila MELAYU HARUS MENJADI MISKIN DI MALAYSIA? Tetapi sejauh mana mereka2 yang LAYAK DIBANTU, TELAH PUN DIBANTU SEADILNYA? Mereka tidak dibantu seadilnya. Bukan semua kes adalah sama. Bukan seme orang yang layak dibantu terpinggir. Tetapi ada dan wujud. Dan yang terpinggir ini suarakan hak mereka. Ada yang tidak perlu/LAYAK sebenarnya pun mendapatkan apa2 kelebihan tetapi dia dapat macam2. Then kita persoalkan. Bila kita persoalkan kita dituduh mengacau hak melayu yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Kita faham la hak melayu. Tetapi melayu macam mana? Melayu KAYA RAYA TAK SUSAH TAKDE MASALAH macam tue layak ke dapat? Bukan kah sebenarnya MELAYU lain yang LEBIH LAYAK dapat semua tue? Dan BN mempertahankan semua benda atas nama mempertahankan hak melayu dan marahkan kita owhh kita marah2 bn sebut2 melayu dan kita tuduh2 bn racist sebab bn pertahankan melayu. Ini secara dasarnya sudah disalahtafsir oleh Mahathir. Yang kita marahkan sangat tue ialah ada MELAYU dan KAUM BUMIPUTERA yang lebih layak dapat, TETAPI TAK DAPAT, yang dapat tue ialah HANYA KAUM2 SUKU SAKAT UMNO DAN BARISAN NASIONAL SAHAJA. Yang bila kita lihat dari kelayakan dan syarat2nya, ehh mereka tak terpakai pun untuk menerima semua kelebihan2 dan bantuan2 tue..
Yang neh jika automatik Mahathir faham, gap miskin kaya ter-reduce la dengan sendirinya. Tetapi SELAGI MELAYU YANG KAYA DITONGKAT2, sampai bila2 pun MELAYU MISKIN TERPINGGIR. Jangan la berikan tafsiran yang salah bila kita PERSOALKAN ISU KRONISME. Kita tak marah pun isu KRONISME yang cekap buat kerja tetapi dari pengamatan kita apa yang berlaku adalah sebaliknya. KRONISME dan lebih teruk tak reti buat kerja. Dapat tender semata2 ada LINK dengan MENTERI TERTENTU. Ini juga kita persoalkan sebab KEKAYAAN itu diagihkan di kalangan mereka sahaja. Apa yang sharing profitnya Mahathir? Di kalangan rakyat atau di kalangan BN? Make it clear la.
Tak dinafikan ada isu2 racist yang sebenarnya dibawa oleh pembangkang dan ia juga bisa menimbulkan kekacauan seperti melayu pergi balik indonesia. Yang sebenarnya kalau dikaji betul2, statement2 racist ini berpunca dari mana? Dari siapa? Siapa yang suruh indian pergi balik india, cina pergi balik china? Jangan pinpoint pada pakatan rakyat sahaja, adil la. Bersikap adil la. Walaubagaimanapun aku tak setuju dengan statement melayu pergi balik indonesia tue oke. Sesiapa yang cakap tue pun patut dimasukkan dalam penjara sebab merepek tak tentu hala. Bukan itu cara yang betul untuk lawan statement2 racist dari rakan2 bn kita. Sama seperti tidak setujunya aku bila Mahathir mempertahankan PERKASA. Marah di anggap racist kerana mempertahankan hak melayu tetapi dalam masa yang sama bekap pula PERKASA yang terang-terangan racist tue, betul ke? Tak betul juga. Mahathir harus ingat, tiada sesiapa pun, bahkan tiada mana2 bumiputera pun yang marah kalau MAHATHIR benar2 bekap hak kaum bumiputera, konon nya nak rapatkan jurang miskin kaya. Dilihat dari segi matlamat nampaknya cantik dan wajar kita sokong. Tetapi pelaksanaan nampaknya tak selari dengan matlamat yang dicanang2kan tue. Sorryla, tak sampai pun kat rakyat terbanyak. Kalau sampai kenapa MAHATHIR sendiri sebut, kekayaan di malaysia neh di kuasai oleh kaum cina? Siapa yang perintah negara? DAP ke selama neh?
Sudah semestinya ada dasar2 yang dimonopoli oleh kumpulan2 tertentu, yang akhirnya dasar2 dan polisi2 itu walaupun wujud tidak dapat sampai ke golongan sasaran, tidak mencapai target kerana telah disekat dan disalahgunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab.
Yang neh Mahathir kena fahamla.
Aku setuju 100% bila Mahathir kata PR dan BN sama2 tidak menyeru kepada politik keganasan. Ini memang tepat. Apabila berlaku keganasan ia adalah masalah individu. Tetapi lebih tepat jika mana2 masalah keganasan yang berlaku diselesaikan dengan seadilnya tanpa double standard. Jangan bila relate dengan BN seme tutup kes. Bila relate dengan PR, dan2 segala campurtangan apa bagai. Itu tak masuk lagi tuduhan2 fitnah yang dilemparkan oleh bloggers2 BN itu sendiri. Tersebar secara meluas. Mahathir mungkin tidak nampak dan tidak tahu. Tetapi itulah taktik yang digunakan oleh team cyber BN. Bukan semua. Tetapi majoriti menyebarkan fitnah.
Walaupun tidak dapat bersetuju dengan kebanyakkan point2 Mahathir, tetapi aku puji juga la sebab di lewat usia neh, BN nampaknya sangat2 bergantung harap kepada Mahathir untuk meraih undi. Nampak sangat mengharapkan Najib semata2 tidak boleh menjanjikan kemenangan untuk BN. Thanks to Mahathir sebab pengalaman dia 22 tahun sebagai PM. Ada, memang ada kebaikan yang dia buat. Aku akui. Tanpa prejudis. Tetapi sayang, pengalaman dia itu gagal membuatkan dia buka mata untuk melihat pentadbiran NAJIB itu teruk dan sudah sampainya masa dia diganti, bukan hanya dia bahkan dengan BN2 sekali.
Terima kasih.
Sumber : AmenoWorld
supreme
ReplyDeleteoff white clothing
adidas yeezy
adidas tubular
lebron 15
fila shoes
vapormax
lebron 11
moncler
jordan shoes