Wednesday, April 24, 2013

Jawapan kepada persoalan yang di timbulkan oleh Haji Hadi Awang berkenaan PSM...



Baru-baru ini dan menjelang pengundian pilihan raya, tersiar ucapan Ustaz Hadi Awang dalam u-tube mengutuk golongan kiri,berfahaman komunis, mengaitkan dengan Parti Lenin, Parti Stalin.
Persepsi ini telah mendorong banyak pihak termasuk pihak Media yang ingin mendapat feedback dari kami kerana beranggapan serangan ini ditujukan kepada kerusi Kota Damansara yang disandang oleh Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM  yang bertanding menggunakan logo PKR.
Kami juga difahamkan Kepimpinan PAS malam ini akan membincangkan isu ini. PSM adalah rakan seperjuangan PR dan kami bersama PR dalam pelbagai isu perjuangan rakyat dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Isu ini menjadi kecoh hanya apabila PAS Subang meletakkan calon walaupun tanpa restu PAS Selangor dan Pusat semasa hari percalonan. Ini perlu dijelaskan. Selain itu, kami berharap Presiden PAS memperjelaskan samaada serangan beliau ditujukan kepada PSM dan Kerusi Kota Damansara. Bagi kami ini sebenarnya bukan persoalan ideo   logi tetapi hanya perebutan kerusi.
Walaubagaimanapun Kami kecewa dengan hujah-hujah Ustaz Hadi Awang. Kutukan dan cemuhan yang tidak berasas terhadap kami sungguh menyedihkan,  bahkan memfitnahkan kami sejajar dengan larangan dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah 2: 191,214  Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan
Tuduhan ini menghambat dan menyekat hasrat kami memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas seperti yang diarahkan Allah  SWT dalam Al-Quran Surah An-Nisa 4:135  “ Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan”
Teringat juga tuduhan yang sama dilemparkan kepada kami semasa kempen seluruh negara “Udahlah... BN bersaralah”. BN cemas dan menahan Enam (6) rakan2 kami di bawah Emergency Ordinance (EO) menjelang Perhimpunan Bersih dan menuduh kami pengasas Bersih; komunis dan menderhaka kepada Agong, dengan tujuan menakut-nakutkan orang ramai. Semuanya tidak benar dan kami telah mencabar mereka membuktikannya. Akhirnya rakan-rakan kami dibebaskan tanpa dakwaan. Maka dalam keadaan cemas, tuduhan komunis (communist bogey) sentiasa menjadi senjata dan sandaran.     
Kami menghormati Ustaz Hadi Awang selaku Presiden PAS tetapi berbeza pendapat tentang fahamannya terhadap ideologi khususnya Komunis, Sosialis dan peranan puak kiri. Kami juga mengaku tidak setanding Ustaz Hadi dan masih memohon hidayat Allah SWT membimbing kami ke jalan yang benar (Ihdinas siratal mustakim). Tetapi kami tidak senang dengan tuduhan yang melulu dan tidak berasas. 
PSM adalah Parti Sosialis berfahaman sosialis bukan berfahaman komunis dan melanggar ajaran Islam sila tunjuk buktinya. Kami telah berkhidmat selama 5 tahun sebagai wakil rakyat dan isu ini tidak timbul dan sentiasa mendapat kerjasama dari semua pihak. Kami juga telah memperjuangkan hak rakyat berpuluh tahun lamanya di merata-rata tempat, maka tunjuklah kepada kami kegiatan manakah yang berunsur komunis dan anti-Islam. Kalau tidak ada bukti, tuduhan ini berunsur fitnah terhadap kami dan kami berserah saja kepada Allah yang Maha Esa.
Niat kami mudah belaka. Kami ingin memperjuangkan nama-nama Allah iaitu Kebenaran (Al-Haq) dan Keadilan (Al-Adl) dan membebaskan rakyat dari cengkaman penindasan yang memiskinkan rakyat seperti mana yang dikehendaki Allah SWT.
Kami juga pertikai orang-orang yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik dan peribadi, yang mencerut martabat Agama yang murni dan universal sepertimana yang dilarang dalam Al-Quran, Baqarah 2:41 ‘menjual agama dengan harga yang murah’   
Namun sistem kapitalis di Negara kita, rata-rata mempersendakan dan meremehkan agama dengan amalan penindasan, keganasan, riba, penipuan, rasuah dan melipatgandakan keuntungan. Sosialis tidak melakukan kesemuanya ini. Kami mempertikaikan sistem yang pincang dan anti-agama ini dan mendedahkan acuan kapitalis yang berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan. Malangnya sosialis dimangsakan. Justeru kita perlukan perubahan dan penyatuan; dan bukanlah perpecahan dan kehancuran.
Sumber ilham sosialis bersandarkan kepada petikan  Al Quran  Qasas 28:5;
“Dan kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”.  Inilah inti sari sosialisme dan inilah perjuangan kami.
Saya pernah menulis makalah ‘ Perjuangan Kelas Dalam Islam’  April 2010 dan disiarkan dalam FMT (Free Malaysia Today) menceritakan tentang kelas yang menindas (Mustakbirun)  dan kelas yang tertindas (Mustadafin) dan konsep dialektika dalam Al-Quran.
Ramai tokoh2 sosialis juga menggunakan hubungan dialektika (dialectical relationship) yang mengimbangkan sifat yang bercanggah (jamal-jalal) menuju kesederhanaan (wasatiyyah)  dan kesempurnaan (kamal) / penyatuan (tauhid). Konsep ini juga diamalkan oleh Abu Dzarr Al Gifarri (sahabat setia Nabi Muhammad SAW); Abu Said Kharraz; Muhyiddin Al Arabi (pemikir Islam yang tersohor dan pengasas sufisme/ tasawuf); Burhanudin Al Hilmi (seorang sosialis Pengasas Parti Pas); Ali Syariati;  pejuang2 kiri di Iran dan Iraq yang menuntut keadilan dan kemerdekaan.
Sekian, terima kasih
Dr. Mohd Nasir Hashim
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia

9 comments:

  1. Bhai Madie..

    Hadi Awang yang approvedkan watikah calon tue tanpa pengetahuan PAS Pusat dan PAS Selangor.... hahaha.... dan skrang Hadi Awang tengah cari ayat Al Quran nak justifikasikan tindakan dier....

    Inilah contoh golongan yang menjual agama untuk dunia... hampeh...

    Gua asal dulu Parti Buruh (berhaluan kiri gak) dan gua menyanjungi komunisma... so what....

    ReplyDelete
  2. Hah ha perjuangan kal mark n stalin adalah sesat... semasa menggulingkan raja tsar di russia.. revolusi bolsheviek golongan komunsi ini membunuh beribu keluarga raja, pendita kristian dan ulama islam n menganggap agama adalah chandu masyarakat...jadi haram menyokong para pejuang/penganut fahaman mereka...walaupun anda bersolat, berpuasa n beramal soleh tapi amalan tak di terima...neraka lah golongan anda...lebih mulia ameno dari gerombolan hangpa...kembalilah keapngkal jalan (agama yg syumul)

    ReplyDelete
  3. Jangan le menempil ayat suci Al Quran dlm mempertahankan hujah fahaman ideology komunis...satu kerusi dun kota damansara yg hilang tidak menjejaskan matlamat kami menuju Putrajaya..tarik lah sebanyak mana ahli komunis di malaysia ni untuk menyokong/mempertahankan dun kota damansara tu..silakan luncai terjun dgn labu2nya...dirussia yg menjadi idealogy pegangan hangpa pun dah dikuasai ribuan kapitalis yg kaya raya n rakus...ini kan pula just Pengerusi psm n setiausahanya saja yang ada....

    ReplyDelete
  4. Apa kata PAS keluar dari Pakatan Rakyat....berjuang sendiri....aku rasa ramai yang akan undi PAS.

    ReplyDelete
  5. Pertembungan antara Agamawan dan Ahli Sosialis telah lama berlaku...Tapi hakikatnya di Malaysia ini para Agamawan masih lagi mempunyai pengaruh yang lebih meluas di kalagan orang melayu kerana para Agamawan mengaitkan kehidupan dan ibadah harian di dunia dengan di akhirat...dan Orang Melayu Islam berpegang pada fakta ini....sedangkan para Sosialis berjuang untuk rakyat dan mereka ini tidak pernah mengaitkan kebaikan dan keadilan yang mereka perjuangkan dengan imbalan di akhirat...Siapa yang akan masuk syurga??,,Wallahhua'lam .

    ReplyDelete
  6. Inilah orang yang betopengkan agama sudah menganggap merekalah sendiri yang dilorongkan Allah konon orang lain tidak. Pahamkan dulu apa itu pahaman sosialis sebelum menghentam. Pada saya tidakkiralah pahaman apa pun asal ia berlandaskan hukum islam saya akan sokong.Harus berhati-hati dengan orang yang sekelompok dengan perpaduang ini. Saya sedang memerhatikan kelompok ini

    ReplyDelete
  7. Para agamawan, pls jgn perasan diri kita dah confirm ahli syurga....sbb bila aku dengar dan tengok
    mereka tu bercakap atau ceramah,,,se olah olah yang bercakap dan berceramah tu dah 100%
    perfect sedangkan yang mendengar dan menonton ni jahil dan tak cukup imam...Kamon la pls
    para agamawan jangan jadi mcm serombong kapal.. dan... para agamawan pls tolong la ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk dan merendah diri.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...