Tapi kini, Johor bukan lagi sebuah negeri yang selamat bagi Umno. DAP yang dikatakan anti melayu pun dah di terima. Dan kali ni peningkatan kerusi yang akan di tandingi di Johor membuktikan bahawa DAP komited untuk memecah monopoli Umno/BN selama ni.
Ternyata Umno/BN gagal untuk mentadbir negeri Johor dengan baik bila terlampau banyak tanah rizab melayu yang tergadai kepada negara asing. Tu tak termasuk dengan kadar jenayah yang terlalu tinggi. Membuktikan keruntuhan sosial yang teruk di Johor.
Modal pentadbiran DAP di Pulau Pinang membuktikan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri mementingkan kepentingan rakyat terlebih dahulu. Banyak perbelanjaan yang dapat di jimatkan dan peningkatan hasil yang tinggi. Menjanjikan pulangan kembali kepada rakyat negeri nya.
Sebenarnya pemberian BR1M dan segala bagai yang berlambangkan 1M tu tak perlu. Yang sepatutnya di lakukan oleh kerajaan ialah mengawal kadar inflasi supaya pendapatan isi rumah setara dengan kos sara hidup. Itu sudah memadai.
Rakyat bukan mahu kaya raya sama macam Pak Menteri. Rakyat cuma mau ekonomi negara yang baik, perbelanjaan yang telus di samping pendidikan rohani yang konsisten supaya dapat membendung gejala2 sosial yang makin parah sekarang ni.
Propaganda yang mengatakan DAP anti melayu dah semakin terhapus sikit2. Rakyat dah mula faham apa sebenarnya yang di perjuangkan DAP dan Pakatan Rakyat. Dan jika Johor pun mampu untuk di tembusi, bayangkan kat negeri2 lain yang Umno/BN memang dah goyah dari dulu lagi..
INIKALILAH!!!!!!!!! kasi buang sama UMNO..... baru rakyat hidup sejahtera.
ReplyDelete