Tarif Elektrik membebankan rakyat ?
Kenapa tak kaji perjanjian dengan IPP ?
Peningkatan Kos Operasi @ Peningkatan Subsidi @ Perjanjian Berat sebelah a.k.a Bodoh ?
-Peningkatan Kos Operasi Harga gas, diesel dan arang batu yang tidak stabil di peringkat antarabangsa, ini menyebabkan kos penjana tenaga kian meningkat.
- Peningkatan Subsidi Petronas dikatakan telah memberikan subsidi gas sebanyak RM19 bilion pada tahun 2010 kepada IPP dan TNB.
- Perjanjian Berat sebelah Perjanjian konsesi IPP bersifat 'berat sebelah'. Akibat daripada perjanjian berat sebelah ini, akhirnya pengguna yang perlu menanggung bebannya. Sebarang peningkatan harga ini akan ditanggung oleh pengguna melalui formula pass-through.
TNB membayar 45 peratus keseluruhan kos operasi hanya kepada IPP. IPP menjana sebanyak 67 peratus daripada keperluan elektrik, manakala TNB pula menjana sebanyak 33 peratus. Cthnya pada thn 2009 Rizab tenaga berlebihan adalah sebanyak 53.2 peratus berbanding dengan tahap piawaian antarabangsa yang ditetapkan sebanyak 25 peratus.
Ini bermakna TNB telah membayar 53.2 peratus jumlah tenaga elektrik yang hanya untuk disimpan bagi menghadapi sebarang gangguan penjanaan elektrik. Walhal dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik. Jika dilihat daripada senario ini menunjukkan negara sebenarnya tidak memerlukan IPP untuk menjana elektrik dan menjualnya kepada TNB.
Ini berdasarkan jumlah perbelanjaan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh kerajaan, sama ada kos pembelian tenaga elektrik oleh TNB atau subsidi gas Petronas kepada IPP.
Sepatutnya kos pembelian tenaga itu digunakan oleh TNB membina stesen penjana elektrik yang baru bagi menampung keperluan elektrik negara.
P/S : Perkara inilah yang harus difahamkan oleh pengguna kenapa kita terpaksa menanggung kos yg tinggi akibat daripada Perjanjian berat sebelah.
Sumber : Pakatan Rakyat Supporters
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??