Tuesday, December 11, 2012

Pemimpin Fighter dan Pemimpin Pengampu.

Kat dalam kedua2 belah pihak samada dari pihak Umno/BN maupun Pakatan Rakyat, ada segelintir pemimpin yang kelihatan terbahagi kepada 2 kategori utama yang akan membarisi kepimpinan negeri kelak. Nak cerita pasal pemimpin Umno/BN yang berjiwa fighter kat sini rasanya tak payah kot sebab nanti akan di katakan promosi free jer pulak. Dah la MediaPerak digelar sebagai ejen Umno/BN bila keluar artikel yang menyesakkan nafas beberapa pemimpin parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
Dalam PKR paling banyak fighter2 muda yang mampu menyerlah andai di beri peluang tapi apakah pimpinan yang otai akan memberi laluan kepada pemimpin2 muda yang bersifat radikal ni. Cerita pasal Parlimen Nibong yang mana pada mulanya bakal di tandingi oleh CheguBard akhinya bertukar menjadi kerusi yang bakal ditandingi oleh Timbalan Ketua Menteri 2, Dr Mansor Othman. Dah pelbagai acara dan program telah diatur dan di jalankan oleh CheguBard melalui SAMM, akhirnya orang lain yang mendapat labanya.

Apakah keputusan ini tidak boleh di ubah dan di pertikaikan  hanya kerana Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan bahawa Dr Mansor yang akan bertanding di Nibong Tebal walaupun tahu bahawa kerusi itu sebenarnya telah di tawarkan kepada CheguBard pada awalnya? Apakah ini satu tindakan yang bijak yang telah di ambil oleh Ketua Umum PKR dalam strategi untuk menghadapi pilihanraya?
Atau adakah ini perancangan yang telah di atur oleh Pengarah Pilihanraya PKR? Pengarah Pilihanraya PKR ni seorang pejuang atau pengampu? Kalau seorang pejuang, kenapa hampir tiada langsung gerak kerja atau strategi bagi memusnahkan keyakinan pengundi yang tak berparti terhadap Umno/BN agar memberi undi kepada Pakatan Rakyat? Atau dia selesa di kelilingi oleh kaki2 ampu yang lain yang di pilih oleh dia sendiri bagi mengisi jawatan2 penting dalam parti? Siapa Pengarah Pilihanraya PKR?
Azmin Ali. Apakah dia merasai apa yang di rasai oleh para reformis semasa era reformasi dulu? Para reformis ialah para pejuang yang berani ke depan menuntut perubahan dalam sistem pentadbiran negara tapi di mana mereka2 ini dulu yang begitu berani menyatakan kehendak naluri? Kalau hanya memantau dalam kereta dari jauh tapi mahu pulak di gelar pejuang, boleh belah la wei..
Aku pun makin pelik dengan pemimpin dari Pakatan Rakyat ni bila sinar kemenangan ada sikit kelihatan, bermacam2 pe’el sebenar mereka terserlah. Ada yang nak bergabung dengan Umno demi perpaduan melayu konon nya, ada yang memilih calon yang ada skandal dan masalah peribadi bahkan tak layak pun untuk di angkat menjadi pemimpin rakyat kerana tak merasai apa yang di rasai oleh rakyat. Mereka hanya layak menjadi pemimpin parti politik mereka dan bermegah serta di sanjung oleh para pengampu2 lain yang berkepentingan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Tapi apakah itu akan berlaku dengan sikap hampeh yang ada di kalangan pemimpin2 utama parti gabungan dalam Pakatan Rakyat?
Atau apakah selepas dah 12 kali pilihanraya, pakatan Rakyat masih lagi berada di takuk lama tanpa cuba untuk memahami apa kehendak pengundi2 muda yang tak berparti tapi mengambil tahu situasi semasa arena politik negara? Pilihanraya kali ini bukan pilihanraya perlawanan antara parti sahaja tapi kali ini pertembungan individu yang akan di nilai oleh para pengundi yang majoritinya terdiri dari pengundi muda dan pertengahan.
Jangan harap dengan kehadiran peserta di sessi2 ceramah dijadikan gambaran sebenar sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tapi haruslah di pastikan semua yang hadir telah mendaftar sebagai pengundi. Dan aku rasa dalam ramai2 yang hadir ceramah, ada segelintir tu yang tak daftar mengundi lagi.
Yang paling aku rasa meluat sekali ialah, tatkala ahli politik Pakatan dok sebuk mencatur kerusi untuk di tandingi, tanpa di sedari banyak  sumber alam dan persekitaran telah di robek oleh cukong2 yang di beri kebenaran oleh pemerintah atas alasan pembangunan. Lebih menyedihkan, ada pemimpin yang tak alert dengan isu alam ni. Tapi bila ada aktivis yang mula menggerakan gerakan dan mendapat sambutan, ada la pemimpin politik yang menumpang tuah untuk mencari nama. Nak harap mereka sendiri yang mencari masalah yang di hadapi rakyat, cuma boleh berharap jer la..

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...