Tuesday, November 6, 2012

Polis Johor buat lawak??

Umang aih!!! 

Kan wa dah kata, undang2 Malaysia ni makin pelik sejak institusi mahkamah di 'rosak'kan oleh Tun Madey dulu hanya sebab mahkamah telah mengisytiharkan bahawa Umno adalah pertubuhan haram. Dan semenjak itu hingga kini institusi ini makin bertambah parah.

Bukan hanya mahkamah, malah bidang penguatkuasaan undang2 terutamanya Polis pun turut terpalit sama bila rakyat dah semakin hilang kepercayaan terhadap badan penguatkuasaan itu.
Terbaru yang membuatkan wa tersenyum sorang2 bilamana pihak Polis Johor telah membuat 2 laporan kepada Polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, Ahmad Abdul Jalil. Kan ke lawak gayanya tu.

Istilah paling senang dan mudah untuk di fahami boleh di klafikasikan begini, 'wa membuat repot kepada diri wa sendiri untuk meminta supaya diri wa menyiasat laporan yang wa buat dan mengambil tindakan yang sesuai atas arahan wa sendiri'. Tak lucu ke tu??

Sandiwara ni bertambah gawat bila pihak berkuasa kelihatan gagal untuk menghalang penyebaran berita penyalahgunaan kuasa yang telah di lakukan oleh pihak polis dalam kes ini kerana kemajuan teknologi maklumat yang terlalu pantas dalam penyebaran meluas kali ini.

Dan laporan ini wa rasa tidak lain hanya sebagai ugutan supaya portal2 berita bebas mengawal laporan mereka dari pengetahuan rakyat. Ingat rakyat Malaysia ni bodoh ke?

Rakyat kini terlalu dahagakan berita alternatif akibat dari rasa hilang kepercayaan terhadap media arus perdana yang nyata berat sebelah dan memalsukan fakta sebenar sedangkan berita apa sahaja mampu untuk di akses dengan kemajuan teknologi.

Laporan polis Johor buat 2 laporan polis terhadap portal media bebas ni la berita yang paling lawak dalam bulan November 2012 ni. Mungkin lepas ini akan ada lagi beberapa siri lawak jenaka melibatkan institusi kerajaan yang di jadikan tunggangan pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Kita tunggu saja..

Muahahahahahahahahahahahahahahaha....

Klik sini, terima kasih...

6 comments:

  1. negara ni ada 2 jenis bangsawan. satu mmg kerabat raja/sultan yg kebanyakannya xde manfaat pun pada rakyat. 1 lg ni plak kaum kerabat puak2 umno yg lebih memanfaatkan sesama mereka. atau lebih sesuai dipanggil bangsatan. diorg ni la paling atas sekali dlm hierarchy. lebih atas dari perlembagaan undang2. suke hati diorg je nak wat ape. phuiii

    ReplyDelete
  2. Sultan Kelantan adalah Sultan yang patut di hormati dan di sayangi rakyat, yang ini aku setuju. Sultan Kelantan Sultan yang sangat humble dan menyayangi rakyatnya.

    ReplyDelete
  3. lepas ni sprm akan repot pada sprm untuk siasat sprm :) apa ke banganggggggggggg punya polis

    ReplyDelete
  4. rakyat malaysia dok tunggu rosmah buat laporan polis untuk siasat najib dalam kes pembunuhan altantuya pulak.

    ReplyDelete
  5. replica bags uk hermes replica j2q53o0u94 replica bags lv look at here now a8m46u5i19 designer replica luggage replica bags karachi a3h30z7t42 get more s1r88r5v27 replica louis vuitton bags zeal replica bags reviews x2o11d2j77

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...