Tuesday, November 6, 2012

Ahmad Abd Jalil : Undang2 Malaysia makin pelik..

Ni apa cerita ni wei? Dah la penahanan tidak mengikut prosuder yang betul mengikut undang2, waran pun tak ada malah atas pertuduhan apa pun belum di klafikasikan, namun tangkapan tetap jugak di buat. Tangkapan oleh pihak polis tersebut di katakan terpaksa di buat atas faktor desakan oleh pihak 'atasan'.

Ahmad Abdul Jalil di tahan semula selepas di bebaskan dari pertuduhan dibawah Akta Hasutan 1948 oleh seorang Majistret Johor dari tahanan reman selama 3 hari yang didapati tidak sah. Kalau sudah Majistret kata tak sah, bagaimana pihak polis boleh menahan dia kembali. Dan yang paling penting, atas pertuduhan apa?
Hanya kerana dia menghina Sultan Johor maka tindakan yang di luar batas undang2 di ambil oleh pihak polis? Apakah kini pihak polis sudah tak dapat membezakan kesalahan jenayah berat dengan kes2 cikai begini? 
Klik sini, terima kasih.

Kes yang hangat di Facebook ini menyerlahkan lagi betapa ego nya Sultan Johor sehingga tindakan sebegini terpaksa di buat oleh pihak polis yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan bukan hanya menjaga kepentingan institusi raja serta Umno/BN. 

Jika Sultan Johor menangani isu ini dengan lebih berhemah, rakyat akan lebih menyanjungi dia. Bukan susah pun untuk memaafkan keterlanjuran atas apa yang telah dilakukan oleh Ahmad Abdul Jalil ni. Mungkin tindakan memanggil dia mengadap, menasihati dan memaafkan dia akan menginsafkan dan mungkin dengan cara begini akan menghapuskan persepsi orang ramai terhadap institusi Raja terutamanya di negeri Johor.

Wa tak kata apa yang dibuat oleh Ahmad Abdul Jalil tu betul, namun cara pihak berkuasa menangani isu ni yang menjadi pertikaian. Tetap nak mengheret dia hingga terpaksa menahan kembali walaupun mahkamah dah membebaskan dia adalah satu tindakan yang kelihatan cuba untuk menunjukkan keegoan yang menebal dalam diri.

Majistret secara teknikalnya telah membebaskan Ahmad tetapi pihak polis terpaksa menahan dia kembali hanya kerana arahan dari pihak atasan yang tetap mahu mendakwa dia dengan pertuduhan baru di bawah Akta Multimedia. Tangkap dulu kemudian baru fikir nak tahan atas akta apa? Kan ke nampak dah negara ni dah jadi negara polis.

Yang paling tak boleh di terima bila ahli keluarga dan para peguam di halang dari berjumpa dengan Ahmad. Kenapa di halang sedangkan hak dia untuk berjumpa peguam ada termaktub dalam undang2 negara. 

Atau mungkin kes ini bakal di jadikan sebagai ugutan kepada rakyat supaya jangan sesekali mempertikai institusi raja2 melayu di masa akan datang. Cuma wa nak kata, apakah rakyat akan cuak dengan ugutan sebegini? 

Rasanya tidak sebab rakyat kini bijak dalam membuat penilaian mana yang baik untuk di contohi dan mana yang buruk yang menjadi amalan para pembesar istana yang patut di sanggah walaupun di gelar penderhaka. 

Ini bukan zaman Hang Tuah di mana penderhaka di labelkan sebagai orang yang jahat. Zaman sekarang penderhaka di anggap hero kerana berani menyuarakan pendapat dan berani berkata benar untuk menyanggah kebobrokan yang ada di dalam institusi raja2 melayu.

1 comment:

  1. Wa setuju dengan lu punya komen. Memang komen lu ada asasnya. Hari ini Malaysia tidak ubah seperti regim Komunis. Mesti tunduk pada mereka. Macam cerita, Hail Hitler! Kata demokrasi tapi pembangkang dinafi HAK UNTUK BERCAKAP DALAM TV, RADIO DAN AKHBAR MEDIA UTAMA. Kalau pemerintah menuduh berton-ton keatas pembangkang bukan atas fakta tetapi fitnah. Kenapa media tidak buka ruang untuk pembangkang menjawab tuduhan pemerintah. Bukan kah ini TIDAK DEMOKRASI. Hari ini kita lihat perkembangan dalam negara ini bermula daripada ketua-ketua Kerajaan dan orang2 bawahan mereka, semuanya kaki bodek. Semua dahagakan pangkat, darjat dan wang ringgit.
    Wahai ketua2 kera ini yang majoriti besar atau boleh dikatakan mereka ini semua penganut Islam tetapi adakah mereka ini Islam pada nama sahaja. Kalau benar mereka ini orang2 mukmin yang patuh kepada AL QURAN MAKA SUDAH TENTU mereka tidak akan bertindak lebih dari seorang kafir.
    Kadang2 orang2 yang kita umat Islam melebelkan sebagai kafir mempunyai tanggungjawab yang lebih baik. Mereka mempamirkan moral yang berganda baik dari seorang Islam yang jadi hamba kepada orang'atasan' daripada menjadi hamba kepada AL QURAN dan sunnah Nabi.
    Insaf lah wahai manusia sebab manusia sentiasa dalam kerugian. Yang pelik, orang2 agamawan yang berkuasa dan memegang jawatan tinggi tidak langsung mahu bersuara tentang kezaliman yang berlaku dalam sesuah negara Islam.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...