Saturday, November 17, 2012

Utusan kena lagi..??

Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times sebelum ini.
Bagi beliau, kedua-dua media itu membuat laporan palsu apabila mendakwa beliau anti Islam.
Turut serta bersama Nick Xenophon ialah peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Ketika perhimpunan Bersih 3.0, Xenophon telah bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati perhimpunan itu.

Beliau turut merasai kepedihan gas pemedih mata yang di tembak oleh pasukan keselamatan di perhimpunan itu.
Ekoran komennya terhadap perhimpunan itu, Utusan dan NST telah menyerang beliau dengan mendakwa senator Australia itu anti Islam.
Ia berdasarkan satu ucapan beliau di Australia. Senator ini juga didakwa seorang penyokong LGBT.

P/S : Dalam Malaysia ni kalau tak sokong apa yang di canangkan oleh pemerintah akan di anggap sebagai pengkhianat. Tak terkecuali la Senator dari Australia ni. Secara terangan Senator ni menyokong NGO yang menganjurkan BERSIH 1, 2 dan 3.
Yer la kan.. Sebagai manusia yang punyai akal fikiran yang normal pasti akan menyokong tuntutan2 yang di buat BERSIH kerana tuntutan2 tersebut di buat untuk penambahbaikan proses pilihanraya. Jadi kenapa pulak ianya hendak di halang?..
Paling tak boleh belah, bila pertuduhan yang di kenakan terhadap Senator ni pun bersangkutan dengan seks, lucah. Memang terlalu sinonim, Umno dengan kelucahan melampau tak dapat di pisahkan..
keh keh keh keh keh keh keh keh..
Jangan lupa klik sini.. TQ

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...