Tuesday, November 13, 2012

55 Tahun, Sampai bila rakyat harus di tipu..??


Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana dianugerahkan berbagai khazanah. Contohnya kayu balak, petrolium dan gas,tanah yg subur,industri, hasil bumidan bermacam2 lagi tetapi malangnya gerombolan “SETAN YG DIKENALI” yang PELAHAP DAN TAMAK tanpa belas kesihan telah merampok harta rakyat. Mereka membelanjakan wang hasil titik peluh rakyat untuk projek sia-sia seperti projek Bakun, dan lain2 yg terbengkalai dan hanya menjadi projek gajah putih. 

Mereka yang menjadi Menteri, Menteri Besar dan Exco adalah dari kalangan mereka juga terlibat dalam perniagaan sama ada secara langsung atau melalui kroni. Mereka semuanya lebih sibuk menambah harta daripada mentadbir negara.

.
Sebagai contoh, Rafidah Aziz yang menjual beribu-ribu AP untuk setiap kereta yang bernilai dalam lingkungan RM20-30 ribu . Mengapa tidak kerajaan sendiri yang menjual kereta2 impot tersebut? 
Lihat di Selangor, bekas Menteri Besarnya mampu untuk mengumpulkan harta yang bernilai berjuta-juta Ringgit Malaysia dalam tempoh yang singkat semasa memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kita lihat pulak bagaimana ketiga-tiga anak lelaki Mahathir yang mempunyai harta dan aset bernilai USD8 bilion. Persoalannya, di manakah mereka mendapat wang yang begitu banyak?
 
Badan2 Kerajaan dipergunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik manakala keuntungan pulak menjadi hak milik mereka. Setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik dengan kos yg melampau dan diluar kemampuan akal.

Itu belum termasuk ratusan bilion Ringgit Malaysia wang rasuah dibawa keluar dari negara ini. (peng
gubahan wang haram berleluasa) yang hingga kini tiada jalan penyelesaiannya.

Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja. Dia menjual setiap bidang tanah2 milik kerajaan kepada pengusaha2 balak tanpa tender dan jugak menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang cukup2 lumayan. Dia dikatakan mempunyai 8 bilion USD tersimpan di bank2 dan proksi2 diluar negara. 

Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin di negeri Sarawak yang masih tinggal di rumah usang yang bagai nak roboh, tiada bekalan air bersih dan tiada sistem kumbahan yang sistematik.
 
Beribu-ribu ekar tanah jugak dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala penduduk orang asal tidak mempunyai walaupun satu ekar pun tanah diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta Ringgit Malaysia untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku. 

RM 300 juta wang kerajaan Sarawak lesap apabila projek cip komputer gagal. Dia jugak telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun. Pembaziran atas perancangan yang tidak teliti.

Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya RM 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan Mahathir. 

Antaranya RM 1 bilion hilang akibat pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat, adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat? 

Kehilangan RM 3 bilion akibat dari skandal timah London yang di fikirkan oleh Mahathir dia boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang begitu banyak? 
Manakala dalam kes Perwaja memperlihatkan kebodohan yang paling nyata dalam era pemerintahan selama 22 tahun Mahathir iaitu kerugian sebanyak RM 6 bilion.
 
Era Mahathir jugak menyaksikan skandal RM 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang. Dan k
ehilangan RM 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara.

Pembaziran RM 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia, yang mana ianya dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis dan bukan penggunaan bahan2 tempatan.
Kehilangan RM 1 bilion yang hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker secara undertable.

Sumber. Klik sini, Terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...