Wednesday, October 24, 2012

PRU13 Umno kekal di Perak?


Mesti ramai di kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat la ni tengah betul yakin Pakatan mampu untuk merampas kembali takhta kerajaan negeri Perak dari Umno/BN selepas pilihanraya umum yang ke 13 yang bakal di adakan pada bila2 masa saja dari sekarang.
Tapi, apakah Pakatan benar2 mampu untuk melakukannya, bagi aku nampak macam samar2 jer selagi masalah dalaman parti dalam gabungan Pakatan tak ambil perhatian dengan segera. Masalah dalaman yang bagi aku cukup senang untuk di selesaikan jika pimpinan dalam Pakatan cukup2 tegas.
PAS, PKR, DAP dan termasuk jugak PSM di Sungai Siput. Kesemua mempunyai masalah dalaman dan di kalangan parti yang mampu untuk menghakis keyakinan rakyat Perak untuk kembali memberikan undi mereka kepada Pakatan.
Pakatan harus sedar bahawa kemenangan tipis dalam PRU 12 yang lepas bukan lah kerana faktor kekuatan Pakatan semata2. Kemenangan tersebut jika di ambil kira dari jumlah ahli2 yang berdaftar parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat pun baru cuma 25% sahaja dari jumlah pengundi berdaftar di Perak. Perak berjaya di tawan Pakatan dulu kebanyakkan undi datangnya dari pengundi atas pagar.
Jadi Pakatan harus sedar hakikat tu. Jangan mendabik dada kononnya rakyat sudah menyokong sepenuhnya sebaliknya kena kerja kuat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat yang ingin melihat dan menuntut perubahan. Bukan mahu melihat pimpinan yang bakal di angkat menjadi pemerintahan nanti berebut kerusi sesama sendiri. Bukan nak lihat di kalangan parti dalam Pakatan berebut kawasan Dun, Parlimen. Dan yang paling penting, rakyat bukan nak tengok future pemimpin yang bakal jadi jutawan segera kerana terlibat dengan bisnes yang bersangkutan dengan tender2 kerajaan persis Umno/BN.
Naik heran aku bila la ni dah mula nampak muka2 yang dulunya tak keterhadapan pun dalam berjuang kini dah tunjuk belang nak menjadi calon. Dulu banyak tempat yang kononnya tak berpotensi untuk menang kini menjadi idaman banyak pihak.  Sesama gabungan parti pulak tu. Sebagai contoh, aku bagi kawasan DUN Chenderiang sebab DUN ni tengah kontroversi sekarang ni.
Seperti pendedahan2 panas oleh Brader MSK isu Bah Tony dengan Ngeh Koo Ham, dulunya DUN ni tak ada sapa pun yang mahu tapi kini dah mula jadi rebutan bila muncul seorang tokoh yang berpengaruh di kalangan lokaliti di situ. Dah mula jadi rebutan antara DAP dengan PKR kerana seat tu dulu di tandingi atas tiket PKR.  Dan Bah Tony pulak ahli DAP, jadi DAP menuntut seat tu kerana calon favourite nya adalah ahli nya. Akhirnya Bah Tony keluar DAP  yang mana dah nampak macam dah boleh selesai dah isu ni tapi masih ada ‘bunyi’2 di belakang tu yang tak berapa sedap untuk di dengar. Begitu jugak parlimen Pasir Salak yang melibatkan PAS dan PKR.
Dalam PAS pun ada masalah dalaman jugak. Tidak takkan sampai DS haji Nizar boleh berbunyi kan? Jadi kepada sesiapa yang terasa dengan apa yang Haji Nizar katakan tu, berundur awal la supaya tak merencatkan hajat rakyat untuk membuat perubahan. Tak payah la berangan nak jadi pemimpin kalau akhirnya akan membawa masalah kepada Pas nanti jika tidak kredibel dan tidak di sukai oleh para pengundi setempat.
Dan dalam DAP la yang paling nampak sekali. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah memberi amaran kepada ahli dan pemimpinnya supaya tidak terlibat dengan bisnes jika mahu berpolitik tetapi di Perak ni, dua sepupu ni sudah tidak mengendahkan amaran yang di beri oleh Guan Eng. Aku rasa macam nak mintak pimpinan tertinggi Dap siasat perkara ni dengan setelusnya tetapi aku ni sapa? Rasa nak mintak semua yang terlibat undur diri cara terhormat tetapi mampu ka?
Krisis2 ni jangan ingat rakyat Perak tak memerhati. Jangan ingat sokongan dah maksimun. Rakyat sekarang bijak menilai dan sentimen parti bukan pilihan utama. Rakyat mahu calon yang kredibel, yang mampu untuk mengetengahkan suara mereka, yang amanah, yang mesra untuk senang berjumpa tanpa ada banyak karenah birokrasi. Dan jika ciri2 tu ada pada calon pihak lawan dan tidak pada calon Pakatan, nescaya pengundi tetap akan pangkah Umno.
Aku memang nak tengok perubahan kepimpinan negara terutamanya di pusat untuk menilai sejauh mana janji2 yang dibuat mampu untuk di realisasikan. Aku paham di negeri2 yang dikuasai oleh Pakatan sekarang ni terbatas perlaksaannya kerana menghadapi pelbagai sekatan dari kerajaan pusat. Dan aku rasa bukan aku sorang yang nak macam tu. Ramai lagi rakyat yang berpemikiran macam aku kot.
Mesti ramai di kalangan penyokong tegar Pakatan akan marah kat aku kononnya tak tau apa2 rahsia dan masalah dalam parti2 diaorang dan mendedahkannya pulak kepada umum. Tapi aku rasa ada hak aku untuk membuat teguran sebagai rakyat Perak yang mahu perubahan ini tidak terbantut angkara segelintir pemimpin di kalangan gabungan parti politik Pakatan Rakyat yang akan merosakkan cita2 Pakatan untuk kembali merampas Perak.
Sumber Berita Dari: mediaperak.net

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...