Tuesday, October 23, 2012

Akhirnya Mami Shahrizat mengaku kalah..

 Ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya hari ni menyatakan dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon untuk bertanding mewakili Umno/BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Sumber boleh klik sini dan sini.

Semua tahu bahawa sebelum ini mereka berdua berseteru kerana berebut nak jadi calon Umno/BN bagi kawasan parlimen tersebut. Mungkin Mami Ijat dah mula sedar yang dia bukan lagi calon favourite bagi kerusi tersebut angkara skandal lembu yang sedang di hadapinya ketika ini.

Ayat cover line yang Mami Ijat keluar cukup2 terharu kerana katanya dia dah memberi sokongan kepada Nong Chik ni sejak 3 tahun lepas lagi tapi baru hari ini dia umumkan nya. Nak cover seolah2 rakyat kawasan parlimen tu tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua atau mungkin Mami Ijat dah sedar bahawa nama dia sudah tak tersenarai sebagai calon untuk kali ini.

Walaupun track record Mami Ijat di parlimen Lembah Pantai agak baik, namun hanya kerana lembu, maka peluang untuk dioa merampas kembali kerusi tersebut dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah terpadam terus.

Kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai memang sesuatu yang mengejutkan. Bayangkan seorang yang tiada pengalaman seperti Nurul Izzah sebagai MP mampu untuk menumbangkan calon favourite yang di katakan selamat.

Letak la sesiapapun kat lembah Pantai tu kali ini jika sentimen rakyat masih belum berubah, maka kemenangan yang di cari oleh Umno/BN nampak tipis. Dan PRU 13 kali ini akan membuktikan bahawa rakyat yang matang dan tidak terbatas sumber informasinya akan menolak Umno/BN buat selama2nya.


5 comments:

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...