Tuesday, October 16, 2012

Moh kita ke JPJ Ipoh besok..

Besok, 17hb Oktober 2012 akan di adakan satu demo membantah penggunaan kamera AES yang kini kelihatan akan menambahkan bebanan hidup kepada rakyat kerana lokasi2 kamera yang di letakkan bukan di tempat yang strategik. Kelihatan projek terbaru ni hanya bertujuan untuk mengutip untung ke atas rakyat.

Kepada rakyat yang perihatin, tanpa melihat kecendurangan kepada parti untuk sama2 berganding bahu supaya perkara mengarut ni di hentikan segera. Dah la kos nak pasang kamera ni menelan belanja hampir RM120,000 setiap satu, di tekan pulak kepada rakyat untuk mengutip hasil. 

Wa nampak penggunaan AES ni bukan nak mendidik rakyat supaya lebih menghormati undang2, tapi lebih kepada sifat untuk mencari untung kepada kroni kerana konsesi ni di beri kepada syarikat yang di pilih oleh parti pemerintah. Dan jugak seperti menggalakkan peningkatan rasuah.

Nak tau lokasi2 dan kelajuan yang tak masuk akal pasal AES ni boleh klik sini dan sini.

Wa sarankan kepada semua yang perihatin agar ketepikan dulu ideologi politik masing2 walaupun yang menganjurkan demo ni adalah dari pihak Parti Keadilan Rakyat sebab kamera AES ni tak kenal pun lu sapa. Tak kira lu sokong Umno/BN ke lu sokong PR. Kalau dah kelajuan melebihi had yang di tetapkan, kamera tu akan tetap snap lu punya kenderaan.

Dan yang paling mengkonfiuskan lagi, papan tanda had kelajuan dengan had kelajuan yang di tetapkan dalam sistem AES tak sama. Seolah2 perangkap untuk mengaut keuntungan tanpa dapat di persoalkan kelak.

So, moh kita sama2 bantah projek baru ni dan bantahan ni patut di buat di peringkat nasional.

2 comments:

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...