Tuesday, October 16, 2012

Mami Sharizat dah mula tuding jari kat geng Umno pulak..

Drama episod lembu makin bertambah kusut bila Mami Ijat dah mula menuduh pimpinan Umno terpengaruh dengan tuduhan yang dibuat oleh Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamarudin.

Tuduhan Mami Ijat bahawa Tun Madey dan bekas ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz terpengaruh dengan tuduhan Rafizi ni seperti tak relevan. Kalau dah dia dan keluarga dia songlap, jangan la nak menuding jari kepada pihak lain dengan niat percubaan untuk mengalih isu.

Wa petik laporan dalam Malaysian Insider kat sini. 

Bila dah kena asak dengan peguam, nampak benar yang Mami Ijat dah mula gelabah sampaikan jawapan yang di beri tak masuk akal. Bayangkan seorang ibu dan juga isteri boleh tak tahu apa pekerjaan anak dan suaminya.

Semua jawapan membuktikan bahawa Mami Ijat seorang yang tidak bertanggungjawab. Tidak ambil berat tentang keluarga nya sendiri.

RM 250juta bukan satu jumlah angka yang kecil wooo.. Kelabu mata bila duit dah berlambak depan mata. Tu pasal la projek untuk lembu di gunakan untuk beli kondo dan hartanah, yang ternyata telah menyeleweng dari tujuan asal dana itu di keluarkan. Kalau ikut prosudernya, sudah jelas satu kesalahan pecah amanah telah berlaku secara terangan.

Tapi mungkin disebabkan dia seorang menteri, maka kesalahan ini cuba di tutupi namun tetap gagal bila Ketua Audit Negara pecah lubang dalam laporan audit tahunan yang lepas. Pembentangan audit tahun ni belum lagi di kaji habis oleh pihak Pakatan. Tapi yang nyata, laporan audit tahun ni memuji kesemua negeri2 yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat.

Masa ambik dana lembu ni dulu pun dah berlaku sikit percanggahan bila ianya di lakukan secara runding terus dan bukan melalui tender terbuka. Jadi, bila kantoi, ramai yang cuba 'playsafe' dan tak mau di kaitkan dengan skandal yang memalukan ni hinggakan Mami Ijat terpaksa melepaskan jawatan Menteri atas desakan yang bermula dari dalaman Umno sendiri.

Nasib kau la Mami Ijat oi!!!!

1 comment:


  1. tabiat manusia - masa dedah rasa megah bila terdedah mula gelabah

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...