Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.
Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka.
Contohnya, dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan wang zakat yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk membayar yuran guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari merupakan satu contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya walaupun sebenarnya dia perlu menegur mereka.
Tidak hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling kepada PAS dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah 5 dekad mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah menyerlah. Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi seperti Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek mega yang terlampau mahal.
Satu lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah dalam kes terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad. Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya baru-baru ini dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh untuk “memberhentikan semua kritikan dan fitnah” terhadap implimentasi hudud “kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti.”
Betapa bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin sebagai seorang tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan semua berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat dan mengkritik kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri mereka yang tidak tahu dan mahukan pemahaman.
Ia adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk menerangkan dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut mereka! Islam tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi, janganlah memberi malu kepada Islam.
Pengkritik bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah mengambil jalan mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang. Bilakah sikap ini dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah? Dimanakah keikhlasan dan iman mereka? Mereka patut berubah sebelum rakyat mengubah mereka.
Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal berkaitan Islam.
Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.
Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk “Ugama, Bangsa dan Negara” begitu korup dan berterusan begitu.
Bagi hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak boleh melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan perlu penambahbaikan.
Malah, ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi untuk betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat dilaksanakan. Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti pancung dan pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti Baderudin tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri untuk memahami hukum yang kontroversi ini.
Hudud tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak patut mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud sepatutnya menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang alim sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan mereka dituruti.
Sudah pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan perbincangan yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud sepatutnya faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita semua mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak.
Kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf nahi mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud, sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani, adil dan menentang korupsi.
Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.
Sumber : Malaysia Chronicle
kerja untuk tuhan tarak wang...kerja untuk umno banyak wang woiii....ada paham...
ReplyDelete