Tuesday, July 3, 2012

Rosmah Mansor, isteri PM Malaysia yang paling kontroversi?

Kira ni kisah sambungan dari kisah2 isteri Perdana Menteri Malaysia yang penuh dengan kontroversi yang membawa imej sebagai seorang penganut agama Islam dan isteri kepada ketua sesebuah kerajaan yang sebenar.
Malaysia dengan enam Perdana Menteri dan tujuh isteri Perdana Menteri, semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini, PM Najib dianggap yang paling kerap dihurungi kontroversi yang tidak putus-putus.
Jika era PM kelima, Tun Abdullah Badawi, diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Madey kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isteri  kedua kesayangannya di dalam bangunan yang sama.
Isteri kedua PM Malaysia, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan mewah sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk dia melakukan tugas. Apa bidang tugasnya, tak pulak ada portfolio yang spesifik. 

Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat dan beberapa blog yang pro kepada Pakatan Rakyat lain, isteri PM, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya, Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi  pegawai lain. 

Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubahsuai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan. Sudah la umum mengetahui bahawa isteri PM Malaysia ni mempunyai citarasa yang cukup tinggi.


Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media yang pro Pakatan Rakyat. 

Bagaimanapun serangan dari pihak Pakatan Rakyat yang seakan baru menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi kepadanya apabila menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.
Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke hari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran PM Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran PM Najib.
Sementara itu, Free Malaysia Today pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Khim dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. 
Disamping itu, keputusan PM Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga 'dibaca' sebagai tindakkan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan pentadbiran kementerian tersebut.

Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah  dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM Najib telah memaksa Sharizat  untuk hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah Mansor sahaja.
Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan jika diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang  mana menterinya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Pernah, ketika Rosmah berada di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah-olah membelakangkan peranan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.

Bagi kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan 'busana muslim' memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.
Sementara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,00 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam.  
Kontroversi tidak putus2 yang melibatkan Rosmah juga mungkin merumitkan lagi PM Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang pernah diumumkan dalam Parlimen dahulu. 
Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah  RM111 juta bagi  Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen yang mewakili Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan PM Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya, APCO itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu. 


Sumber : Laman Marhaen

2 comments:

  1. Perempuan yg boros menyisahkan rakyat. Byk kesilapan dan jenayah tapi masih bebas. Dia joli dan shopping sampai laki terpaksa tipu rakyat utk tanggung kos. Palui x tau malu.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...